Assalamualaikum semua,zaman sekarang kita kerap digemparkan dengan berita kecederaan dan kematian anak2 di tempat asuhan kan? Tahukah kalian bahawa perkara ini sebenarnya telah lama menular sejak dulu lg. Sejak manusia mula buta antara wang atau tanggungjawab.
Aku perkenalkan diri aku sebagai Sha. Pada tahun 2011, aku tamat SPM. Sambil menunggu keputusan SPM dan ditawarkan pengajian ke mana2 IPT, aku mula mencari wang saku dengan bekerja sebagai pembantu taska di Ampang.
Tempat yang aku sangkakan penuh dengan kasih sayang dan hilai tawa anak2 kecil rupanya neraka! Aku memulakan hari pertama aku dengan penuh tanda tanya apabila ku lihat anak2 yang usianya diantara 6bulan-5tahun dilayan teruk oleh pembantu-pembantu taska yg telah lama bekerja daripada aku.
Anak-anak yg mulanya ceria bersama ibubapa masing2 mula merengek & menangis semahunya bila mereka ditinggalkan di taska itu. “Alah, adik memang manja. Dah jumpa kawan nnt okay lah tu” sangkal si ayah kepada ibu, kononnya anak yang kecil itu mengada-ngada.
Jam menunjukkan pukul 9:00pg, usai ibu-bapa menghantar anak2 mereka ke Taska maka bermulalah hari mereka. “semua duduk tepi dinding!” bentak cikgu A dengan rotan ditangan. Dirampas segala bentuk makanan yg dipegang oleh anak2 itu. Maka semua ketakutan, suasana senyap sunyi. Aku masih tercengang, wow..bagusnya budak2 ni dengar kata.
Panggggg! Mata aku laju mencari arah bunyi itu. Ku lihat susuk tubuh anak lelaki kecil yang menangis sambil menggosok pipinya yg merah lantaran ditampar cikgu A. “Aku cakap apa td? Diam kan? Ko berbual dengan sape?! “. Suasana kembali senyap, merah muka aku seperti tamparan tadi juga hinggap dipipiku. Ya Allah, apa yg aku lihat ni?..
Semua disuruh buka baju, aku yg berdiri di penjuru dinding duduk membantu anak2 yang masih kecil untuk membuka pakaian mereka. Kerana ini hari pertama aku, aku hanya belajar bagaimana pengurusan di taska ini. Mereka dimandikan beramai-ramai. Selesai mandi, mereka akan duduk kembali ditepi dinding dan memakai pakaian masing2. Yang kecil2 akan beratur untuk memakai pampers dan pakaian mereka. Aku kagum bagaimana mereka menjadi begitu tertib dalam menerima arahan. Tapi bila dilihat bagaimana mereka dilayan, aku tahu mereka sangat takut sebenarnya.
Waktu makan pagi, segala bentuk makanan yang dibawa dari rumah oleh anak2 akan dipotong menjadi cebisan kecil. Dicampur dengan makanan yg pihak taska sediakan. Diletak dalam mangkuk yg kecil untuk dikongsi 6-7org kanak2 lain. Anak2 td mula membuat 6 kumpulan kecil dan mengelilingi cikgu2 mereka. Diberi segelas air teh suam atau milo. Maka makan lah mereka dengan makanan yg sedikit itu. Ibubapa jangan haraplah makanan yg disediakan oleh mereka dirumah itu akan dimakan oleh anak mereka sahaja. Mustahil.
Setelah itu mereka akan membuat aktiviti pembelajaran. Ini sahaja part yg aku boleh terima walaupun sepanjang waktu cubitan, tamparan dan rotan je yg mereka akan dapat, sehinggakan waktu aku menjaga anak2 usia 5 tahun membuat latihan mereka..ada antara mereka yg silap membuat kerja, bila aku semak..ye hanya ada satu atau dua yg silap. Maka aku perbetulkan. Lantas anak kecil itu berkata, “cikgu Sha, sy pun salah ni” sambil menghulurkan tangan kecil mereka. Tergamam aku. Kata mereka cikgu A akan rotan kalau salah. Aduh, apa aku nak buat ni..takkan aku nak rotan sbb kes latihan mewarna je. Aku terus tukar topik aku cakap kali ni aku bagi peluang, sekali lg salah baru aku rotan. Menitik peluh membasahi dahi aku. Tak pernah2 aku nak merotan budak tambahan waktu tu aku masih belasan tahun. Tak pandai nak bertindak garang lg.
Selesai semua aktiviti, jam 1-3ptg mereka akan tidur. Maka tidurlah mereka semua berlapikkan toto nipis. Aku yang masih terpinga-pinga terus mencari cikgu lain untuk bertanya tugas apa lg yg perlu dibuat. Aku terlihat bilik kecil disebelah kananku, aku masuk dan melihat cikgu B sedang memakaikan bayi2 pakaian dan pampers. Aku turut membantu. Oh, ni ke bilik bayi. Ada 3 org bayi, dan yg paling kecil usianya 6 bulan. Sombong betul cikgu B ni, layan tak layan je aku ni. Usai pakaikan mereka pakaian, cikgu B suruh aku ambil botol susu di dapur. Lantas aku ambil dan bawa ke bilik bayi, setelah kenyang mereka akan tidur. Cuma bayi Z ni taknak tidur malah menangis dan merengek. Cikgu B mula membentak, “ko ni bising laa, nak apa lg? Susu pun dah bg!” makin kuat kedengaran tangisan bayi itu. Ditepuknya mulut bayi Z td berulang kali. “haa, nak nangis kan? Tunggu ko”.. Dicari sesuatu di dalam laci. Mata aku masih terpana pd bayi Z, kesian dia..aku menawarkan diri untuk mengangkat bayi itu tp dimarah pula oleh cikgu B. “ingat eh, peraturan kt sini cikgu2 dilarang nak manjakan budak2..tak boleh nak dukung2 nanti kita jugak yg susah..asyik nak jaga diorg je. Biar je diorg melalak kt situ!” aku anggukkan saja. Garang betul. Patutlah budak takut. Dicapainya selotip tebal berwarna hitam itu, di tutupnya mulut baby Z. Kain2 tudung yang lama itu di ikat tubuh bayi malang itu. Menangis dia tanpa suara. Ya Allah, woii tu baby lagi..mati la anak org. Apa aku nak buat? Aku sendiri takut nak bersuara sbb aku masih budak dan org baru disitu.
Kak Ani, pengasas taska itu menegurku. “Sha belajar je dulu ye harini, tgk macam mana diorg uruskan budak2 tu. Kita x boleh manjakan diorg. Penat kita nanti”. “Belajar kepala hangguk kau, belajar buat naya kt anak org?” ujarku panas dalam hati. “gi makan dulu, makanan ada kt dapur” katanya sambil mencapai file diatas mejanya. Aku terus ke dapur, ku jamah nasi lemak diatas meja. Terasa pahit untuk ditelan. Aku tak kira, esok aku nak berhenti kerja! Tak sanggup aku.
Dan waktu terasa lambat berlalu, anak2 itu terus melalukan aktiviti mereka. Mandi, makan dan bila jam 5 ptg..mereka akan dibenarkan keluar bermain..dan aku rasa itu setakat mengaburi mata ibubapa mereka jee.. So nampak laa budak2 tu happy.
Pengajaran yang aku cuba sampaikan kt sini, ibubapa tolonglah pilih pusat jagaan kanak2 yang terbaik. Jangan silap pilih mcm taska yg aku pernah keje ni. Jangan tengok luaran sahaja. Ada masa pergi la spotcheck. Kedua, kalau anak2 ada mengadu apa2 or nampak ketakutan..tolong lah selidik, kanak2 tidak pandai menipu. Mesti ada yg x kena. Ketiga, wahai pengasas dan pekerja taska sekalian. Tolong lah terapkan dalam jiwa kalian sifat kasih sayang dan belas kasihan pd anak2 org lain. Aku faham tanggungjawab kalian tp itu bukan bermaksud kalian boleh sesuka hati mengasari anak2 orang lain. Last but not least, aku harap pihak kerajaan akan ambil inisiatif untuk sentiasa membuat pantauan kepada pusat jagaan kanak2 persendirian mcmni. Do something! Tolonglah, aku tak nak makin ramai yang jd korban. Demi Allah ini kisah benar yang terjadi pd aku, aku sampai sekarang masih rasa berdosa sbb aku tak mampu nak buat apa2 demi kebajikan anak2 jagaan mereka. Aku pun tak tahu wujud lg x taska tu. Itu baru satu taska, dan baru hari pertama aku bekerja disitu. Aku percaya lebih dari tu yang mereka lakukan pada anak2 jagaan mereka. Aku tak kata semua taska mempunyai pengurusan macam tu, maybe segelintir sahaja. Maafkan aku. Tak salah berbaik sangka, tapi biar kena pd tempatnya.
– Cikgu Sha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit