Dimana Hormat Anda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera for non muslim. Aku harap confession ni disiarkan. Aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa dari cerita sahabat aku.

Aku ada seorang kawan yang mana dia ni jenis dress up ikut trend. Ala2 hijabista instafemes tu dan dia ada wajah yang cantik. Dengan badan dia yang langsing so dia pakai apa pun nampak cantik. Dia suka tuck in baju tau tapi aku tak rasa seksi pun sebab badan dia kurus je so tak nampak sangatlah apa yang sepatutnya nampak tapi ha aku nak cerita kejadian minggu lepas.

Kawan aku ni nak jumpa dengan stranger yang dia kenal dekat instagram tapi dia risau sikit sebab baru kenal aje dengan lelaki tu so dia ajak aku teman dia. Aku ok je. Aku namakan stranger tu Hanan. So masa dia nak jumpa tu, Hanan ni datang rumah member aku dan jumpa dengan orang tua member aku tu. Satu sifat yang aku boleh puji lah sebab lelaki yang baik akan minta kebenaran dari orang tua perempuan tu kalau dia nak bawa anak dara orangkan. Jadi lepas minta kebenaran, kami pun pergi lepak mall. Boyfriend aku pulak memang dah tunggu kat mall tu so kami berpecah. Member aku dengan si Hanan. Aku dengan boyfriend aku.

Dalam dua jam lepas tu kami jumpa balik. Masa tu jam pun dah pukul 6 petang so kami putuskan untuk balik. Sampai je rumah member aku tu, aku ajaklah member aku membawang kejap. Aku tanya dia, so macam mana bakal boyfriend kau? Hahaha.

Tahu apa reaksi dia? Wajah dia kosong. Dia pandang bawah dan tanya aku, “Waktu kau keluar dengan bf kau untuk first time, dia sentuh kau? “. Aku jawab tak. Kenapa? Then muka member aku tu start merah lalu dia cakap “Aku takut betul tadi. Masa kami kat popular, Hanan cuba sentuh2 aku. Waktu aku belek buku, dia cuba dekatkan bahu dia dengan bahu aku. Lepastu masa dalam kereta, dia cuba sentuh hidung aku. Cuba pegang tangan aku. Pegang kening aku. Memanglah dia tak sentuh tempat yang sensitif tapi dia tak hormat aku ni sebagai perempuan wey. Aku tahu pakaian aku macamni so dia mesti anggap aku mudahkan? ” Aku tergamam. Member aku tu menangis. Lepastu member aku sambung lagi. “Aku rasa terhina. Even ex aku tak pernah kot aku buat macamtu. Aku tahu aku salah sebab berdua dengan dia tapi tolonglah hormat aku ni. Aku rasa dia tak patut buat aku macamtu, dahla kami ni kawan je blablablaaa”.

Ok. First aku nak bagitahu dekat netizen, tolong. Tolonglahhh jangan judge jangan perempuan yang berpakaian trendy ni sejenis yang mudah bagi kau sentuh2 dia, kau kena ingat even awek kau or kawan kau yang freehair tu pun, dia layak dan ingin dihormati. Korang boleh cakap tak luak pun setakat sentuh hidung, laga2 bahu bagai tapi aku perempuan so aku faham perasaan bila diri dipermurahkan oleh manusia yang bernama lelaki. Tak cukup dengan itu, member aku cerita yang Hanan ada bergurau agak scary dengan dia. “You ni cantik sangat. Ikut I balik rumah jom”. Perasaan member aku masa tu macam nak gugur jantung dia tahu. Tolonglah wahai lelaki.

Second, ini untuk perempuan. Dah boleh kot stop rasa lelaki yang baik adalah lelaki yang jumpa orang tua dulu sebelum nak bawak kau keluar. Tengok apa yang jadi dekat kawan aku? Kalau lelaki tu nak jahat, dekat mana-mana pun dia boleh buat jahat. As perempuan, kena hati-hati. Dalam kes ni, aku tak salahkan Hanan 100%. Aku tahu korang ada pendapat sama macam aku, kenapa nak jumpa stranger sangatkan? Tanggunglah nasib. Weyy, member aku tu percaya yang lelaki tu baik so dia beri kepercayaan pada lelaki tu tapi bila kepercayaan dia dikhianati, kau rasa?

Mentaliti manusia susah nak ubahkan. Kalau perempuan tu seksi sikit, mesti rasa perempuan tu jenis mudah. Padahal bersepah perempuan freehair tapi solat. Cukup pesanan aku, tak kira macam mana pandangan kau pada seseorang perempuan tu, tolonglah. Tolong hormat dia. Bila kau rasa nak buat sesuatu yang kotor atau jijik pada perempuan, cuba fikir adik or kakak kau. Mak kau pun perempuan jadi kau boleh faham.

– Sahabat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *