Dimana Silap Aku

Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan kisah aku ini mungkin untuk meringankan sedikit beban di dada dengan nasihat yang baik dan berguna dari kalian. Kisah ini tentang aku dan takdirku aku. Setelah sekian lama memendam rasa aku memilih untuk mencoret kisah aku disini.

Aku seorang isteri, surirumah dan ibu kepada seorang anak. Sebelum aku menjadi isteri dan suri rumah, hidup aku boleh dikatakan sempurna. Aku dapat peluang kerja di luar negara dengan pekerjaan yang sangat seronok dan bergaji lumayan. Cuma kurangnya waktu itu, aku tidak punya pasangan.

Dengan kerja yang digilai ramai perempuan dan lelaki, aku memang berkawan dengan ramai lelaki tapi masih belum jumpa yang sesuai hinggalah aku kenal dengan suamiku. Jujur dulu aku memang mudah tertarik pada lelaki yang kacak, kerana itu aku tertarik dengan suamiku. Alhamdulillah ilmu agamanya baik dan pekerjaannya baik dengan bekerja di sebuah bank terkemuka di Malaysia.

Dalam kejauhan aku di luar negara dan suami di Malaysia, semuanya baik2 sahaja. Tapi nak bagi drama berliku2 sebelum kami sah sebagai suami isteri, suamiku minta putus tiba2. Apa yang jadi padaku? Rasa nak balik Malaysia waktu tu jugak. Hahah tapi itu takkan merubah apa2 pun dan aku pun meroyan seketika sebab hubungan kami serius sebelum itu untuk kawen dan seterusnya. Tiba2 putus. Cis

Sebab kisah kami bagaikan drama hindustan main tarik tali, kami bersama semula dah terus buat keputusan untuk bertunang dan berkahwin. Dan disinilah kisahnya bermula……

Suamiku akhirnya jujur apa punca dia tinggalkan aku dulu dan masalah yang dihadapi. Puncanya hanya satu iaitu duit. Dia taknak aku berharap sebab dia tak bersedia dari segi kewangan untuk kawen dan dia sedang menanggung beberapa hutang pada waktu itu kerana menaggung keluarganya.

Jadi apa aku harus lakukan? Jujur aku bersyukur dia kembali. Aku sangat sayangkan dia dan mahukan dia sebagai suamiku. Aku beria2 doa pada Allah untuk dimakbulkan doa supaya dapat bersama dia. Jadi, kerana duit gaji aku banyak aku tak pernah kisah mengenai gaji dia atau masalah yang dia hadapi tu semua. Asalkan kita bersama.

Dipendekkan cerita, aku sponsor semua majlis tunang, nikah dan sanding dike-dua2 belah pihak dengan duit aku sendiri. Aku ambik masa 6bulan untuk kumpul duit untuk segala belanja kahwin tu. Aku hanya mintak yang wajib sahaja pada suamiku iaitu mahar sebanyak 2ribu. Kenapa 2 ribu? Sebab aku boleh keluar belanja 40ribu takkan 2ribu dia tak boleh usaha kan.

Aku bahagia menjadi isteri dia. Sebab itu yang aku mahukan dan idamkan. Tapi ujian pertama datang dalam rumahtangga kami. Sebab aku kerja jauh, bila aku balik cuti aku rasa sangat berat nak tinggalkan suami aku sorang2 di Malaysia. Pengantin baru la katakan. Mengada lebih.

Dalam waktu yang sama suamiku dah berhenti dari kerja bank untuk memulakan perniagaan sendiri dalam bidang pelaburan. Tapi biasalah kerja sendiri duit kejap ade kejap takda. Bukan mudah nak meniaga. Beberapa bulan lepas tu aku pun mengandung dan aku berhenti dari kerja diluar negara atas faktor kesihatan. Maka episod duka bertambah duka.

Dulu aku tak pernah langsung fikir pasal duit dan hidup susah sebab aku ade banyak duit. Aku suka tolong dan tak kisah sangat pasal apa2 kos sebab setiap bulan aku ada gaji kan. Aku balik malaysia dengan simpanan 20ribu tapi habis dalam masa kurang setahun. Sebab banyak tolong suami aku bayar hutang bulanan dia. Aku takda banyak komitmen kecuali kereta dan mak ayah aku.

Menjelang aku nak bersalin duit dah takda. Aku sabar dengan keadaan aku. Keluarga dan kawan2 membantu. Alhamdulillah. Suami? Suami aku baik. Dia jaga aku dengan baik cuma dia takda duit. Dia kuat berusaha, kuat kerja tapi terlalu banyak ujian dan tak berhasil.

Cuma 1, aku dan suamiku tak berminat dan dalam waktu yang sama tak dapat peluang nak kerja dengan mana2 company semula. Kami cuba sebab keadaan terlalu mendesak tapi masih takda rezeki. Kadang2 aku fikir, salahkah keputusan aku kawen dengan suami aku. Hidup aku susah sekarang. Dulu tak pernah fikir pasal duit, sekarang setiap hari fikir pasal duit. Aku tau Allah sedang menguji aku. Kadang2 rasa give up sangat dengan hidup ni. Makin kuat kami usaha, kami berdoa tapi hasilnya samar.

Duit kadang2 habis langsung macam sekarang aku ada 3ringgit je tinggal dalam dompet. Kereta aku dan suami tak bayar dari bulan lepas. Sewa rumah lusa nak bayar. Aku tau mesti ramai lagi orang susah pada aku. Itu yang buat aku masih bersyukur dan teruskan hidup. Perit, terlalu perit.

Keluarga dan orang sekeliling mula pandang jelik sebab kami miskin. Paling perit bila mak aku kata, kalau tau susah macam ni baik tak payah kawen dulu. Kerja je terus. Betul cakap mak, kalaulah anak mak tau masa depan dia begini. Dalam keadaan aku sekarang aku jadi buntu. Aku tak tau apa patot aku buat. Aku dan suami usaha keras untuk ubah nasib kami. Mungkin usaha tu lebih dari doa jadi Allah tak izinkan.

Ya Allah.. kalau ada salah dan silap aku dan suamiku yang buat engkau murka dan marah, ampunkan kami. Tolong kami tunjukkan kami jalan yang perlu kami ambil. Kesempitan ini amat memeritkan.

Pembaca semua, aku doakan Allah lapangkan jalan kalian semua dan selesaikan semua masalah yang dihadapi. Aku sedar Allah ciptakan kita untuk diuji. Semoga aku kuat untuk lalui semua ujian ni dan dapat jalan keluar.  In sha Allah, kalau aku ada rezeki lebih nanti aku nak tolong orang lain juga macam dulu.

Salam.

– Insyirah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *