Aku gembira sambut ulang tahun kelahiran aku. Semua aku nak makan, teringin apa, suami aku bagi.
Sebelum ni kena jaga-jaga sebab aku pesakit diabetes Type 1. Lagi happy, aku dah 6 bulan mengandung. Dan selang seminggu lagi, ulang tahun kelahiran suami pula.
Tapi selang dua hari lepas tarikh aku gembira, ada satu peristiwa terjadi.
Waktu petang, tiba-tiba air ketuban aku meleleh dengan banyak. Tanpa banyak soal, kami ke hospital.
Waktu di hospital, doktor bagitahu air ketuban dah berkurang, tapi baby ada lagi. Masih ada denyutan jantung. Masa ni, aku yakin anak aku kuat. Aku ditahan di wad.
Satu hari di wad, segala kemungkinan doktor terangkan. Walaupun ada harapan, ada kesedihan, aku masih baik. Aku yakin anak aku kuat. Aku baik semua.
Sepanjang mengandung aku tiada alahan, tiada isu, tiada mengidam, tak letih, aku cergas.
Tapi malam tu, doktor datang dan bawa berita, baby aku kena keluarkan sebab dah ada jangkitan kuman. Tak boleh tunggu, risau bahayakan nyawa aku.
Aku merayu-rayu minta tunggu. Aku dah 24 minggu mengandung masa tu.
Tapi aku kena buat benda yang aku tak nak, yang aku tak sanggup. Sebelum pembedahan aku lemah sangat. Aku cuma nak anak aku hidup. Bayangkan masih dalam perut, tapi aku dah tahu apa pengakhirannya.
Selepas operation, aku tak boleh pegang, tengok, skin to skin anak aku. Anak yang aku bawa 6 bulan lamanya. Anak yang 7 kali aku tengok dekat skrin. Sudahlah dia keluar tak bernyawa, tengok jasad dia pun tak boleh.
Aku merayu lagi pada suami, adik-beradik aku yang sempat tengok anak aku, tapi tak seorang pun bagi aku tengok walau sekeping gambar. Risau aku terlampau sedih. Dan waktu tu aku di wad seorang.
Semua orang tenangkan aku dengan alasan anak syurga. Tapi di mana syurga itu? Tiap-tiap hari aku bercakap dengan baby aku. Suami aku pun.
Di bulan Ramadan, pagi, petang, siang, malam aku berdoa. Semoga anak aku selamat, sihat, sempurna, hidup dengan bahagia. Katanya doa ibu hamil tu diangkat.
Tapi selepas Ramadan, di bulan Syawal, anak aku yang diangkat. Bukan doa aku.
Aku masih tertanya, syurga itu di mana? Melepaskan saja berat, apatah lagi mencari redha.
Syurga itu di mana? Aku masih tertanya. Bukan aku syurga untuk anak lelaki aku?
Sampai sekarang, aku masih belum ziarah kuburnya lagi. Dengan sakit luka czer-nya, satu ruang dengan orang yang menyusu dan ada teriakan bayi di sebelah, aku masih tertanya, syurga itu di mana?
Kalau doa aku tak diangkat, dikembalikan anak aku. Sakit melahirkan tapi tiada anak, bersama persiapan barang baby di rumah aku, di mana syurga itu untuk aku lalui hari-hari ke depan?
– Kehilangan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
saya tahu saya tidak hak untuk minta puan bersabar. apa yang puan rasa semuanya valid. kita manusia. cuma nasihat saya, puan ambil masa untuk healing. kita manusia. ada realiti yang kita kena sedar, iaitu bahawa semua yang di dunia ini milik Allah swt. semua pinjaman. ada yang Allah swt bagi pinjam sekejap, ada yang Allah swt bagi pinjam lama.
semoga puan dan suami dikurniakan dengan anak-anak yg soleh & solehah. semoga puan dan suami tabah menghadapi ujian ini.
sabar ya saudari,
insya allah 1 hari allah akan temukan saudari dengan anak saudari di syurga..
amin
Allah… berat dugaan puan. Saya tak berhak menasihati puan bersabar tapi yg boleh saya doakan moga Allah mengangkat segala rasa sedih dan kecewa serta kesakitan puan dan digantikan dengan kebahagiaan dunia dan akhirat. Semoga selepas ini, Allah memberi putra dan putri yang soleh solehah buat puan dan suami. Aamiin
Allah ambil yg ni, pasti! DIA akan gantikan dengan suatu yg LEBIH BAIK. Kunci ya, sabar & redha..