Asas pembinaan tamadun ialah aqidah, akhlak, ilmu, keadilan, semangat kejiranan dan toleransi.
Syed Naquib Al-Attas menyatakan tamadun bermaksud pencapaian tahap tatasusila dan kebudayaan yang tinggi dan luhur oleh masyarakat.
Apa yang boleh kita lihat dengan anak melayu kini, mereka seperti ketandusan ilmu tentang bangsa bertamadun.
Mereka seolah tidak pernah diajar tentang konsep tamadun.
Tuhan bagi mata, untuk melihat.
Tuhan bagi telinga, untuk mendengar.
Tuhan bagi akal, untuk berfikir.
Jadi,
Gunakan kelebihan yang diberi.
Kadang, aku berasa malu tatkala memikirkan sifat orang Melayu yang selalu mementingkan diri dan tidak prihatin terhadap orang sekeliling.
Aku membesar dalam keadaan yang setiap hari bergerak menggunakan pengangkutan awam(public transport). Bahkan hingga sekarang.
Sepasang mata ini telah menyaksikan berbagai-bagai ragam manusia. Dan hari ini, terdetik di hati untuk meluahkan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku pada era globalisasi ini.
Harus aku akui, aku berasa malu dengan sifat orang Melayu. Pelbagai situasi telah aku lihat dengan sendirinya tentang sifat bangsa kita yang kian membiak ni. Anak-anak Melayu memang tidak dididik untuk berbudi pekerti dan bersikap prihatin ke? Kerana apa yang aku lihat, orang Cina dan India lebih berakhlak dan bertoleransi.
Mari aku berikan beberapa situasi.
Situasi 1:
Seorang ibu mengandung menaiki bas awam. Bas penuh dengan pelajar sekolah pelbagai bangsa yang ingin pulang ke rumah setelah penat seharian belajar. Wanita tersebut berterusan berdiri sehingga 10 minit berlalu. Kemudian, seorang wanita India dalam linkungan umur 30-an bangun dari tempat duduknya dan menyantuni ibu mengandung tersebut dengan memberikan tempat duduk.
Aku tertanya-tanya akan satu hal, apakah tidak diterangkan kepada anak-anak muda kita ini untuk belajar tentang civilization? Atau mungkinkah anak-anak muda kita terlepas pandang dan leka akan perkara sehingga lupa tentang civilization?
Situasi 2:
Seorang warga emas yang hendak turun dari bas dan pemandu bas yang berbangsa Melayu menggesa orang tua itu untuk turun dengan cepat. (Tidakkah kau guna mata untuk melihat kudrat orang tua itu? Tidakkah kau tahu golongan ini perlu diberi kelebihan dan keutamaan? Dan tidakkah kau diajar untuk beradab dengan penumpang?) Seorang pelajar lelaki berbangsa Cina yang melihat keadaan itu, terus dia membantu si warga emas yang semakin uzur untuk turun dari tangga bas.
Terus aku memandang si lelaki Cina itu dan senyum untuk menyatakan terima kasih. Dia membalas senyumanku sambil menggelengkan kepala.
Kenapa bangsa lain lebih berakhlak dari kita yang beragama Islam ini? Dimanakah kurangnya? Dimanakah silapnya?
Seharusnya, semua perlu tahu bahawa dalam banyak-banyak manusia di dunia ini, ada beberapa golongan yang perlu diberi keutamaan dan kelebihan. Antaranya golongan warga emas, ibu mengandung dan orang kurang upaya(OKU).
Anak-anak muda perlu diajar tentang ketamadunan dan bangsa yang bertamadun. Mereka perlu tahu tentang common sense. Bila tiada common sense, maka wujudlah bangsa yang tidak bertamadun.
Ibu bapa sekalian, didiklah anak masing-masing dengan sebaiknya. Ajarlah mereka untuk hidup bermasyarakat. Hidup dalam keprihatinan. Hidup dengan sikap hormat-menghormati. Ajarlah mereka tentang erti hakikat kehidupan yang sebenarnya.
Generasi muda kini adalah bangsa harapan negara.
Sekian.
Minta maaf jika ada yang tersilap. Sekadar meluahkan isi hati.
Dan minta maaf juga jika terlebih emosi.
Aku hanyalah insan biasa.
#FightForOurNation #EducateOurYoungGenerations
Yang Ikhlas,
PYSE
– Perempuan yang sering emosi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit