Dimanakah Silapnya?

Haii, saya N. Dah berkahwin 8 tahun, 2 orang cahayamata. Jarak umur kami belasan tahun, tapi bukan itu yang saya ingin luahkan.

Tak tahu nak mulakan dari mana. Sebab tengah fikir ayat ni pun dah bergenang air mata.

Suami saya bukan lah pandai menggunakan media sosial. Facebook dan istagram dia tak ada. Tapi sejak tiktok mula berleluasa suami turut tak nak lepaskan peluang untuk buat akaun tiktok.

Pada mulanya saya ok sahaja. Sebab saya pun ada akaun tiktok. Tapi saya banyak gunakan tiktok untuk join live dan beli keperluan anak².

Ada satu hari tu anak saya gunakan telefon suami saya untuk tengok youtube dan tiktok tu lah.

Biasalah, anak² pun dah pandai juga tengok tiktok. Hihi.

Masa tu saya tengok banyak sangat keluar dekat wall “perempuan seksi”. Jadi saya macam pelik lah kan. Asyik fyp perempuan cantik² seksi².

Mula2 tu memang saya tak kesah. Tapi lama² saya jadi pelik. Sebab tengah malam baru nak masuk bilik. Kadang² sampai tidur dekat luar.

Saya struggle tidurkan anak sorang² dalam bilik sampai saya pun tertidur.

Ada satu hari tu suami tak bawa telefon pergi kerja. Saya cuba bukak watch history dekat tiktok dia.

Allahurabbi meleleh air mata saya. Semua berkaitan perempuan seksi yang putih² gebu, yang pakai seluar pendek, kaki suci bersih. Pakai singlet sahaja pun ada. Yang berbikini jangan cakap lah. Terus luluh hati saya rasa.

Saya tak tahu, apa salah saya. Apa kurang saya. Saya surirumah je. Duit nafkah tak pernah bagi, alasan perniagaan tengah merosot. Itu saya tak kesah.

Tapi kenapa dengan ada nya akaun tiktok, suami saya jadi macam kejutan budaya. Ingatkan budak kampung pergi bandar je jadi macam tu. Rupanya, suami saya pun macam tu.

Ada satu hari tu saya tengah gosok baju sekolah anak, saya nampak dia tengah scroll gambar² dan video² perempuan seksi. Dia ingat saya tak nampak lah tu.

Saya cuba buat akaun tiktok baru tanpa pengetahuan dia. Dan saya ingatkan dah berjaya.

Tapi semalam ada lagi dia tengok wall perempuan tu dan kesemua video dari perempuan tu dia tengok.

Ya Allah kadang dalam doa saya tanya pada Allah. Apa dosa saya. Apa kurang saya. Apa yang dia mahukan sampaikan saya mohon petunjuk dri Allah.

Para suami yang lain. Tolong hargai isteri awak. Seharian mereka dekat rumah. Jaga anak makan pakai semua. Awak jangan hancurkan hati isteri dengan benda² macam ni.

Jujur saya cakap, sejak saya tahu suami saya jadi ketagih dekat tiktok, hati saya macam dah mula tawar. Tengok muka suami pun saya tak nak. Bercakap pun macam tak de perasaan. Hati saya sedih sangat².

Minta pendapat dari isteri² yang pernah lalui perkara macam ni. Atau pun kata² semangat untuk saya. Bukan kecaman yaa.

Alhamdulillah, walaupun dapat taip sahaja meluahkan apa yang terbuku rasa lapang sedikit sesak di dada. Terima kasih mana yang memahami.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *