Hi dan assalamualaikum kepada semua pembaca confession di sini. Terima kasih IIUM Confession jika confession ni disiarkan.
Aku kenalkan diri sebagai Li, seorang peniaga kedai makan di selatan tanah air. Zaman pandemic sekarang ni memang sangat mencabar mental dan emosi aku.
Walaupun kurang, tapi Alhamdulillah, Allah tetap bagi rezeki.
Sejak lockdown, kerajaan dah tetapkan customers hanya boleh beli bungkus sahaja. SOP semua aku ikut. Aku cari rezeki untuk bantu mak ayah aku.
So, memang SOP sangat2 aku jaga sebab aku taknak kalau aku balik rumah, aku bawak virus c0v1d sekali.
Mak ayah aku pun dah tua, setiap kali lepas habis meniaga, memang aku akan terus mandi lepastu baru jumpa mak dan ayah aku.
Nak dijadikan cerita, sejak kerajaan umum hanya Dua dose lengkap sahaja yang boleh dine-in (dua dose+14 hari), aku happy. Yela, dapat jugak jana income lebih sebab ramai nak dine-in.
Yang menjadikan masalah bila yang partially vaccine pun nak dine-in.
Bila tak dapat dine-in, diaorang mula marah2, maki hamun sebab kedai aku memang ikut SOP yang kerajaan dah tetapkan.
Bukannye lurus sangat, tapi kalau penguatkuasa datang check, jika peniaga bagi yang partially vaccine pun boleh makan, yang kena saman nanti, peniaga kedai dan customer.
Dah la nak cari duit pun susah zaman sekarang. Ade segelintir customers yang mempersoal, kenapa kena cukup 14 hari?
Astaghfirullahal’azim, bukan peniaga kedai saje2 nak letak. Kalau kau dah fully vaccinated, kau nak dine-in pun takde masalah.
Sekarang ni amanah perlu dipegang. Ade yang cakap skema la ape la. Kat kedai makan bukan kau sorang saja yang duduk situ, tapi ramai. Peniaga kena jaga customers yang lain.
Lagipun, tu SOP yang ditetapkan kerajaan. Dan dah jadi satu amanah untuk kedai makan ikut.
Peniaga pun ade family. Kalau peniaga kena c0v1d, kedai kena tutup, siapa nak cari rezeki untuk mak ayah dan kalau yang dah kahwin, macam mana dengan anak-anak kalau suami isteri berniaga?
Yang lagi tambah masalah bila dia cakap, kedai lain boleh saja dia dine-in walaupun tak cukup vaksin.
Hanya satu aku nak pesan, duit boleh dicari, tapi sekali kau sakit, takde pape kau boleh buat. Kepada peniaga, jaga la kesihatan dan utamakan keselamatan diri dan keluarga.
Kadang2 aku stress sangat dengan customers ni. Kalau yang baik, Alhamdulillah, aku syukur sangat. Kalau yang degil dan bila masuk tempat orang, dia nak buat kepala sendiri ni susah.
SOP ni bukannye susah. Kau ikut saja. Scan MySejahtera dan tunjuk kat peniaga. Bukannye kau kena buat swab test kat situ. Allahh.
Pape pun aku bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah.
Dan lagi satu, ade customers yang terjerit-jerit makin hamun aku sebab tak dapat dine-in. Customers yang lain hanya tengok saja.
Takde yang backup or pape. Untuk pengetahuan, kedai aku ni takde pekerja dan takde orang lelaki. Aku n adik perempuan aku saja meniaga.
Nak hire pekerja belum mampu. Malu pun ade bila kita kena marah2 macam tu. Rasa macam, salah sangat ke ikut SOP?
Dan lagi satu, kalau customers create scene, betul ke peniaga boleh panggil polis? Polis akan datang segera ke?
Sekarang ni aku cari rezeki untuk bantu mak ayah aku. Kadang2 aku risau kalau2 customers bawak virus. Tapi aku bertawakal sepenuhnye kepada Allah Taala.
Walaupun dah divaksin complete, tetap rasa risau dan takut tu ade.
Dan aku jugak nak cakap, jika mahu kematian yang baik, berbuat baik la dengan semua orang dan semua benda.
Peniaga ke, makcik cleaner ke, pakcik tukang sapu sampah ke, adik2 yang meniaga buah-buahan, haiwan ke, semua kita kena berbuat baik.
Walaupun kau datang kedai makan dan bayar makanan, tak bermakna kau boleh sesuka hati jatuhkan maruah orang lain. Hormat mereka dan jangan perlekehkan orang lain.
Belum tentu kamu dapat mintak maaf dengan mereka yang kamu sakitkan hati. Sama-sama la kita menghormati sesama manusia dan makhluk Allah.
Sorry panjang. Hanya nak meluahkan rasa sedih dengan sikap manusia yang pentingkan diri dan suka merendah-rendahkan orang lain. Terima kasih baca.
Doakan saya kuat dan dimurahkan rezeki. Terima kasih.
Sekian,
– Li (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit