Hai. Assalamualaikum semua. Selalu aku baca kisah hidup kat IIUMC ni. Kalini aku nak bercerita juga, tapi bukan 100% perihal aku. Tapi hal hubungan suami aku dan keluarganya.
Aku dan suami kenal tidak lama pun, kami kenal dan berkawan pun daripada facebook ni. Kenal bulan 8, bulan 11 kami tunang dan tahun seterusnya kami nikah.
Alhamdulillah usia perkahwinan dah menginjak 4 tahun dan kami juga dikurniakan 2 puteri yang comel.
Hubungan aku dan suami alhamdulillah baik. Suami juga seorang yang bertanggungjawab dan seorang ayah yang sangat loving dan caring.
Alhamdulillah. Cumanya bila perkenalan aku dengan suami ini sekejap saja, jadinya aku tidak tahu hubungan kekeluargaan mereka bagaimana sehinggalah aku berkahwin dengannya.
Selepas kahwin, bila suami aku tengok hubungan aku dengan adik beradik dan ibu bapa, dia sedih, dia pernah meluah dan tanya aku kenapa keluarga dia tak macam tu. Kenapa mak ayah dia tak macam ibu bapa aku.
Keluarga aku memang rapat antara satu sama lain, pendek kata, kalau ada yang susah, kami bantu.
Ada masalah, sama-sama nasihat. Rahsia? langsung tak ada.
Aku cuba bagitau dia yang budaya setiap keluarga tak sama. Jangan bandingkan keluarga dia dengan keluarga aku, masing2 ade kelebihan sendiri.
Dan suami aku sangatlah selesa bila bercerita apa-ape dengan ibu aku. Dengan mak sndiri, memang mulut macam kena kunci.
Berbuih juga kadang mulut aku ni nasihatakan dia supaya jangan dingin sangat dengan mak ayah sendri.
Suami pernah bagitau yang dari kecik tak pernah pun mak ayah ambil tahu hal dia dan tak pernah pun nak faham hati anak-anak. Aku nampak tu sebab semua adik beradiknya begitu. Jenis buat hal sendiri.
Bila suami dapat beli rumah dan renovate, mak ayah bising sebab katanya terlalu banyak belanja yang keluar padahal memang begitulah harganya, zaman sekarang.
Berkali2 beritahu, tetap juga tak faham. Aku cuba untuk fahamkan mereka pun, tetap mereka tak faham sampaikan mereka ingat yang suami aku tu kena pukau.
Allahuakbar. Memang lagi bertambah mengamuk la suami.
Actually benda ni pun berpunca dari aku juga. Aku beritahu total belanja yang habis tu berapa, aku ingatkan tak jadi masalah, rupanya menjadi masalah besar sampai sekarang masih lagi mengungkit. Itu satu hal..
Bulan lepas adalah hari lahir suami, aku minta suami untuk ws maknye dan cakap terima kasih sebab lahirkan dia walaupun aku tahu suami takkan buat macam tu.
Mak pernah meluah cakap yang suami tak pernah pun call tanya khabar apa semua. Aku yang dengar ni kadang sedih juga tapi kadang aku pening juga, tersepit tak tau nak buat apa.
Nasihat, nasihat dah. Tapi bagi aku mak ayah kena taulah benda ni semua dari awal pun berpunca dari mereka juga, tak pernah nak dekati anak2 n tanya masalah mereka, itu yang masing2 macam jauh hati dan membawa diri tu.
Aku kadang perati juga, mak ni seakan sibuk sikit hal rumahtangga kami tapi taklah kepoh macam mertua yang selalu orang duk canang tu.
Aku bangun lewat pukul 9/10, duk bising. Anak dara sendiri yang duk bangun pukul 11 lebih tak ada pulak nak bising.
Pernah jadi 1 peristiwa sampai aku meletup sikit, aku meluah dekat suami, suami suruh sabar saja dan dia cakap,
“Baru tahu kenapa abang tak pernah nak bercerita dekat mak ayah, sebab inilah, dorang memang takkan faham, kalau kita explain cemane sekalipun memang dorang takkan faham”.
Tapi aku tak selesa tengok hubungan dingin suami dengan mak ayah sendiri.
Guess whatt, dengan mak dia sendiri tak pernah pun dia request nak makan pape, dengan ibu aku, bila balik kampung sebelah aku, elok saja dia request nak makan pape.
Aku suka tengok perangai dia bila balik kampung sebelah aku, tapi bila sebelah dia terus air muka berubah jadi dingin.
Tak tahu apa lagi yang aku boleh bantu supaya budaya @ hubungan antara mak ayah dan suami okey walaupun aku tahu sejak azali lagi memang mereka begitu.
Sorry kalau penulisan agak berterabur, lama betul tak menulis panjang2 begini. Hope kalau ada cadangan bolehla tepek sini. Hehe.
– Tia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit