‘Dipaksa’ Menghafal Membuatkan Aku Cinta Al Quran

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

First of all, sebelum anda teruskan bacaan, saya nk perkenalkan diri saya sikit lah, sikit.. hehe. Ok, dalam 1 point berapa entah billion manusia dalam dunia ni, tak sampai 1% pun manusia yang kenal saya.

Minta maaflah kalau kejap2 saya guna aku dan kejap saya guna saya atau maybe I?

Ok, straight to the story.. Saya tak tahulah story ni dapat meng’inspire’ anda sekalian semua ataupun tidak, cuma saya rasa daripada 0 better saya choose 0.001

Sewaktu saya di alam sekolah menengah, alhamdulillah Allah letakkan saya di satu sekolah agama di Pahang,at first I was like ‘NOOOOOOOOOOOOOO!!!’ :O

Why?

Because ada program Tahfiz disitu….. jengjengjeng..

Saya accidentally unfortunately pathetically chosen without any interviews untuk masuk ke sekolah tu..

Bayangkan…

waktu darjah 6 kat sekolah agama ustazah suruh saya hafal surah ‘Abasa…

Dalam 1 jam…

Saya berjaya dapat hafal : ….

Bismillahirrahmanirrahim
‘Abasa watawalla
‘Annjaa ahul a’ma

Sodaqallahul ‘azim…..

Yes, you’re right.

Two verses only maa… T_T

So since that,saya macam giveup dalam hafazan eventhough both my brother and sister are also memorising the Al Quran..
But I don’t know how to describe my jahiliah that time that I wasn’t inspired at all by their achievements, not even a little mini mili micro nano pico femto atto zepto yotto..

So start dari situ mmg azam saya ialah saya nak masuk sekolah agama, but say no no to hafazan.. (huhu jahilnya aku…)

Day by day passed, alhamdulillah saya dapat 5A and that qualifies me to apply MRSM, SBP and whatsoever..

So singkatkan cerita, aku tak dapat.

HAHAHAHAHA…

Jadi aku sekolah la kat SMK dlm kelas arab buat sebulan.

Singkatkan lagi.. aku masuk 2nd intake kat sekolah baru aku.. So first day aku jejak kaki kat situ aku macam…

‘WHAT WHY HOW CAN THIS HAPPEN??’

Rupanya sch saya tu first year launch program tahfiz without any prior notice…

Aku punyala buat2 takleh hafal masa interview imtiyaz and MRSM Gemencheh.. sebabb apa? Sebab taknak hafazaannnnnn.. walaupun both my lebli parents really²²²²²² mengharapkan aku jadi Al hafizah..

Then years passed… Then masa aku tingkatan 3 barulah aku ter’realize’ this one thing.

Dari aku form 1, aku one of those yg agak lambat, dan sentiasa tak lepas muqarrar (syllabus) hafazan setiap tahun..

BUT

Setiap kali exam kami akan ada exam hafazan kan… means dia baca satu ayat secara random then kita kena sambung ayat tu (saya explain sbb takut ada yg mungkin tak tahu cara exam ni dijalankan ^_^)

Each exam saya sentiasa dapat A.. selalunya A+ lah , hihi.. (cuma masa form 3 selalu dapat A je T_T)

Aku baru nampak, walaupun aku usaha tahap gila2 takmahu masuk sekolah tahfiz, mcm2 cara lah aku kelentong kan, tapi end up still aku stranded unpredictablely kat sekolah tahpiz.

That means, Allah still pilih aku untuk jadi salh seorng yang sentiasa membaca kalamNya setiap hari siang dan malam… walaupun aku menangis2 banjiq ayaq mata susah ngat nak ngapal kan, and sometimes aku even mengeluh mcm,

‘Kenapa aku terpenjara kat sini? Kan best kalau aku mcm budak lain, takdelah beban fikiran aku , akademik yg berbulun subjek plus beban hafalan lagi’

Dah form 3 baru aku betul2 sedar, betapa besaaarnya nikmat yg Allah dah kurniakan kat aku, dan aku pulak cuba lari dari nikmat yg besar tu.

Sedangkan waktu Rasulullah terima wahyu ayat2 AlQuran tu, sangatlah dahsyat sehinggakan unta tunggangan Rasulullah jatuh terduduk akibat besarnya wahyu tersebut. Inikan pula aku Allah nak kasi free2 je senang je, tapi aku lari..

Jujurnya aku rasa kecewa sgt dengan diri aku sebab aku agak lambat tersedar hakikat ini.

Beribu-ribu pelajar kat Malaysia ni berduyun2 memohon merayu pergi interview sana sini, sanggup rentas laut demi dapatkan peluang ke sekolah tahfiz .. Tapi aku pulak beria2 nak keluar
. sebab apa? Sebab aku kalah dengan pujukan SYAITAN dan tuntutan NAFSU aku sendiri…

So masa form 3 aku makin semangat lah nak hafal dan capai target silibus iaitu minima juz 18… Srsly sebenarnya rasa exhausted sangat masa tgh strive mnghafaz tu, tapi bila dh dapat, rasa macam … wahhhh.. :)

So one day, aku masuk juz 16, surah Taha…

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ta Ha (1)

Kami tidak menurunkan AlQuran ini untuk membebankan kamu (wahai Muhammad) (2)

T_T T_T T_T

Masatu saya menangis sangat² sebab selama ni saya sentiasa set minda saya bahawa ‘aku stress kat sch ni sebab subjek hafazan’

‘Hafazan ni membebankan hidup aku’

‘Orang yg menghafaz AlQuran ni dosa dia dua kali ganda, I should stop’

‘Kalau aku hafal tapi tak murajaah (mengulang) dosa aku besar sangat²²², baik aku berhenti!’

‘Kenapa ustaz ustazah macam paksa? Hafal AlQuran bukannya wajib kan?’

‘Umiiiii abiii nak berhenti!!’

Waktu tulah aku betul2 rasa tamparan hebaaat,, zapppp

Allah tegur aku!

Direct message pulak tu!

Jadi sejak tu aku betul3 berazam nak habiskan hafalan aku dgn betul2..

My brother and sister both hafal jugak yes.. tapi diorang pun tukar sekolah atas beberapa alasan yg berat la tak macam aku.. e.g : buli.. oopss…

Alhamdulillah dari segi akademik aku pun setelah aku analyse, aku nampak akademik aku melonjak bertingkek tingkekkk sejak aku masuk sekolah tahfiz.. Alhamdulillah aku antara top student jugak la .. betullahkan kajian mengatakan orang yg sering membaca AlQuran, memori dan mindanya lebih tajam, erti kata lain ‘cepat tangkap’ *huhuhu* Ini dibuktikan jugak dgn history hidup kawan2 saya yg seperjuangan dgn saya…

Kini saya belum lagi menamatkan hafalan saya 30 juz, still working on it.. Tapi ada sedikit lah yg saya ingin share,, saya malu sebenarnya sebab saya rasa antara anda yg membaca ni mesti ada yg dah khatam 30juz kan? Huhu.. tapi takpelah eh huhuhu,

‘jangan pandang siapa yg berucap, pandanglah apa yg diucapkan’

Jadi , pesanan saya untuk pembaca semua…

»Kalau anda kini sedang menghafaz, tetapi anda masih tercari2 mengapa anda perlu menghafaz,
HAFAZlah dengan bersungguh2, jawapannya ada pada hati anda

»Jika anda menghafaz kerana ibubapa mu, upgradelah kepada ibubapa + Tuhanmu

»Jika anda menghafaz kerana mengharapkan pujian dan nama atau gelaran Al hafiz / Al hafizah , atau kerana ingin mendapat perhatian, saya nasihatkan berhenti sekejap, buatlah solat taubat kpd Allah, the author of the Holy Quran, betulkan niat because of Him, then proceed happily

» Jika anda menghafaz kerana interest diri, HEBAT , anda HEBAT.. Tetapi belum cukup hebat kalau masih tiada niat demi akhirat

»Jika anda belum mula menghafaz, tetapi anda terdetik dan teringin untuk menghafaz, nescaya andalah yang paling HEBAT kerana berjaya men’smackdown’ kan nafsu anda dengan usaha anda sendiri, teruskanlah, mulakanlah sekarang .. in shaa Allah!! ^_^

»Jika anda belum menghafaz, dan mungkin tak berniat untuk menghafaz.. hmm.. fikirkn lah semula , kerana apa? Kerana hala tujuan kita dunia atau akhirat? :)
Ini bukan paksaan, hanya sekadar galakan..

»ingatlah , menghafal Al quran ni bukannya Fardu Ain..Tiada paksaan dan tiada jaminan bahawa siapa tak hafal dia tak mukmin dia takbole masuk syurga.. NOOOOOO.. It’s so far than that…

Kalau mnghafal tetapi masih mengamalkan dosa yg buruk2 huduh2 tak hensem2 tak comel2,, tak ada faedah jugak kan?

Huhu.. lagi satu bila anda sedang menghafaz, cuba anda bayangkan Rasulullah SAW, manusia pertama yg mengucapkan kalimah2 suci Al Quran tersebut, duduk di samping anda…
Tersenyum
Gembira kepadamu
Setelah 14 Abad baginda meninggalkan anda, namun ayat ayat Allah masih kekal terpelihara, malah disanjung dan dihafaz oleh anak2 muda seperti mana sahabat2 baginda dahulu..

Dan bayangkan tikamana anda terasa beban atau kurang suka utk mengaji or whatsoever related to Al quran, Bayangkan mcmana agaknya perasaan Nabi kita masatu…

Ilmu tanpa amal GILA
Amal tanpa ilmu SIA-SIA

Diharap adalah sedikit manfaat yg boleh kalian dapati huhu,

Saya minta Maaf sangat2222 kalau ada yg tersinggung dengan perkataan saya

Syukran jazilan kerana sudi membaca.. :)

~nukilan drpd insan yang terleka dan terlena sedang cuba menyimbah air ke muka agar tersedar kembali~

:)

Andai anda ada rasa kurang setuju/ingin membantah/menegur apa yg saya taip ni.. Kemukakanlah ya, saya ingin repair diri saya dan upgrade sedikit ilmu saya,

:)
Inshaa Allah

#satuukhwah
#islamituindah

– SayaSeorangTyper

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit