Dipalaukan Seumur Hidup

Hai Assalamualaikum. Saya Mrs X dari negeri Utara. Tujuan saya menulis ni bukan lah nak mintak simpati satu dunia sebab masalah ni tak semua orang faham pun, melainkan yang sedang mengalaminya.

Tujuan menulis? Haha entah. Sebab nak luahkan saja kot, kalau nak cerita dengan orang pun mesti orang tak faham. Walaupun saya tahu end up form this confession netizen mesti ada yang kutuk saya balik. Takpelah, silakan.

Saya just nak kongsikan cerita dan jika pembaca sekalian mampu beri saya kata kata semangat, saya sangat perlukan itu dan menghargainya.️

Ok, Akhir akhir ni kes b*nuh diri semakin banyak. Otherwise, Alhamdulillah sekarang ni kesedaran berkaitan penyakit mental ni sangat mendapat tempat dalam masyarakat kita.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang tak sempurna. Ayah dan ibu berpisah sejak saya kecil seusia 1 tahun. Ayah tak pernah langsung berniat nak jenguk saya, sehinggakan pada hari pernikahan, beliau tidak munculkan diri. Tapi, confession ini bukan nak cerita pasal ayah, cuma nak menunjukkan bagaimana persekitaran saya dari kecil hingga besar.

Ibu berkahwin lain pada usia saya 7 tahun, hingga 17 tahun. Mereka berpisah. Ayah tiri saya seorang kaki pukul dan boleh diketogarikan gila kot, sebab dia boleh saja bogel berlari lari di kampung kejar ibu dan pernah berniat nak bunuh ibu. Gila, pyscho.

Alhamdulillah, dengan berkat doa ibu, saya tak pernah ‘diganggu’ oleh ayah tiri sepanjang saya membesar.

Saya tiada adik beradik lain. Kehidupan saya dari kecil hingga besar sunyi dan keseorangan. Main basikal sorang, main tengteng sorang. Sedih kan? Takda memori berkawan even waktu kecil. Saya kot tak reti nak berkawan.

Walaupun macamtu, saya seorang yang bijak dan pelajar straight A sejak sekolah rendah hingga menengah. Semua acara sekolah saya balun, sebab bagi saya, ini adalah cara saya menutup kesunyian dan kesedihan saya semasa membesar. Pidato, sajak, syarahan, debat, pantun, saya balun.

Saya memang dengan buku sahaja. Itu saja cara saya nak deviate rasa serabut dalam kepala hotak saya daripada kesedihan, dan fokus saya pada akademik dan kokurikulum.

Bayangkan kalau setiap malam korang dengar ibu kena pukul, bergaduh sampai semua jiran tahu. Pinggan pecah. TV pecah. Jerit terpekik.

Jangan tanya saya kenapa ibu masih bertahan sehingga 10 tahun dengan setan tu, sebab jadi janda bukan mudah nak menutup kesepian di hati.

Begitulah sepanjang proses saya membesar, dari sekolah rendah hingga habis sekolah yang sepatutnya proses tumbesaran dan sosialisasi yang baik untuk develop intrapersonal skills, saya diapit dengan masalah keluarga dalam tempoh tersebut.

Tapi siapa yang akan faham bila tengok saya pelik? Because people not interested at all. Even people know, some people they keep on judging dan tak membantu pun.

Kesannya, saya tak reti berkawan. Saya bukan tak cuba, tapi, bila saya cuba blend dengan kawan. It was like, they dont like me. Saya dapat rasa respon saya menyebabkan mereka tak selesa. Cara saya, how i speak, how i try to make people accept me. Its hard and I am struggle in it.

Jadi saya pilih untuk menyendiri saja. Saya jadi pendiam, susah sangat nak berborak. Sebab takut menyakitkan hati sapa2. Sedih? Haha of kos sedih. Sebab bila ingat balik, I have no memories with friends during my childhood and teenagers at all.

Ibu terpaksa bekerja siang malam untuk menampung kehidupan. Ayah tiri? Pergi mampus lah dia memang tak bertanggungjawab. Ayah sendiri? Kenal atas dasar nama di IC sahaja.

Kesian ibu, membanting tulang untuk saraan. Saya ingat lagi, semasa menerima anugerah, ibu tak boleh datang sebab kerja.

Guru yang sambut saya di pentas bila nama yang patut diumumkan dengan kehadiran parents, cuma ada saya seorang tanpa kehadiran sesiapa walaupun saya dapat anugerah. Jujur. Saya menangis, sedih.

Saya cemerlang. Tapi sangat kesunyian. Bukan sekadar sunyi sebab takda kawan, bahkan rasa kesunyian tanpa keluarga juga. Dah lah takda adik beradik lain. Saya tak bergaul. Tapi saya tak menyalahkan ibu. I love her so much. But the truth is i feel alone.

Kesan daripada persekitaran saya membesar memberi kesan kepada skill saya untuk bersosial hingga saya dewasa bahkan berkahwin dan bekerja. I feel that people is hard to accept me. And i struggle to blend with people. Saya takut di keramaian.

Saya berdebar dan penat bila terlalu lama ‘paksa diri’ to blend with people. Yang ni saya share nanti. Even sekarang pun saya struggle nak blend with husband’s family. Saya takut orang terasa dengan apa yang saya cakap, saya takut orang tak suka saya. Last2 saya jadi senyap dan bawa diri.

Berkat doa ibu, saya terpelihara daripada anasir anasir sosial yang buruk semasa membesar sebagai seorang remaja dan belia.

To be truth boleh cakap, saya agak femes di sekolah dan universiti sebab muka saya ada kacukan sikit haha. Mata bulat dan coklat, hidung mancung, dan putih kemerahan.

Memang ramai lelaki yang cuba approach sejak sekolah, abang angkat, adik angkat, pakwe ke apa ke, tapi sorang pun tak lekat dan terus shut down, turn off bila diorang sendiri tengok saya ni pelik. Haha.

Lantak korang. Saya garang dan serius. I have no experience in couple2 issues. Alhamdulillah saya bercinta selepas nikah.

Pelik macam mana saya ni, saya pun tak boleh explain dalam penulisan. Kalau korang jumpa saya mesti korang pun rasa saya pelik. Cara saya, percakapan saya, how i react with something, membuatkan orang tak suka kot berkawan. To be truth is saya dipulaukan dan tak disenangi.

Maybe orang rasa serabut? Yela, dah kalau kawan buat event pun tak ajak kau, beraya pun tak ajak, keluar makan pun tak ajak, buat group discussion walaupun bijak pun depa taknak, memang dipulaukan lah tu kan?

Tapi takpela kan maybe sebab tu juga Allah jaga saya daripada dosa couple dan terjerumus dalam masalah sosial yang bukan bukan.

Saya dikenali guru guru. Guru adalah ‘kawan’ saya di sekolah. Guru ialah penyebab saya suka ke sekolah walaupun takda kawan. Sekolah dan tempat tuisyen adalah tempat yang paling saya suka daripada rumah sendiri.

Jika saya tak selesa di rumah sebab ayah tiri gila tu, saya ke masjid taman untuk study and sometimes saya menangis seorang diri. Tak siapa tahu.

Bilik kaunseling sekolah adalah tempat saya lepak sebab, i am form ruined family. Library pun tempat saya suka lepak. Bosan kan hidup saya semasa membesar? No friends.️

Sampai pengetua sekolah pernah cakap, ”Saya tak sangka yang ayah tiri awak ialah XXX sebab…saya satu kampung dengan dia sejak kecil.

Satu kampung kenal dia macam mana.”

Begitulah. Saya dapat rasa, cikgu2 sekolah sayang sebab simpati juga saya dari keluarga macam tu, tapi saya pandai. Alhamdulillah la Allah bagi saya pandai dan harumkan nama sekolah. Saya bersyukur yang tu.

Allah jaga saya. Di masa Allah tarik nikmat keluarga dan bersahabat, Allah hadirkan nikmat lain yang tak semua orang dapat rasa. Baiknya Allah pada saya.

Ok, tu perjalanan kehidupan saya. Masuk tajuk sekarang,

Alhamdulillah saya dah berkahwin. Kehidupan saya sebenarnya tampak berjalan dengan sangat baik jika orang taktahu kisah keluarga saya.

What i have been before.

Ada beberapa adik2 junior hubungi untuk interview ketokohan, sama ada di sekolah atau universiti.

Pelajar cemerlang, tokoh pelajar, masuk universiti 4 flat graduate, dapat kerja terus, dah kerja beberapa tahun naik pangkat jadi pengurus. Di sebalik kesukaran saya nak blend dengan masyarakat, saya berjaya mencapai semua ini. Bersyukur.

Alhamdulillah berkahwin dengan suami yang sangat baik dan soleh. Mesti korang pelik macam mana boleh lekat pulak mamat ni kat aku, haha. Kahwin pulak kan, pelik2 takda kawan pun.

Saya pun pelik macam mana suami nak kat saya ni. Saya memang cakap dia kena istikharah dulu sebelum nyatakan perasaan pada saya dan tak perlu main main. Haha berlagak.

Selepas kahwin, Suami bagitahu, ”awak memang pelik, tapi awak tak sama dengan perempuan2 lain dan saya tahu awak sangat menjaga diri awak sebagai perempuan”. Fuh,

Masa mula kenal, memang kami jaga batasan berhubung pun sekali sebulan. Dah laki2 dulu tu agaknya turn off, sebab saya garang.

Saya maklum awal2 pada suami sebelum kahwin, tentang keluarga saya, kisah saya, dan boleh ke dia menerima saya seadanya. Boleh ke keluarga dia menerima saya seadanya.

Sebenarnya suami saya jurang perwatakannya sangat lah berbeza dengan saya.

Beliau good looking juga, putih, rambut ikal mayang, tinggi dan sado. Ha korang tengah bayangkan ke? Haha jangan macam2 ye. Sila bayangkan suami sendiri.

Perwatakannya ceria dan sangat pandai bergaul, sangat pandai mengambil hati orang tua, sangat disenangi kawan, bersikap terbuka. Ramai sangat kawan. Seniors pun senang dengan dia.

Berbanding saya, saya pendiam. Orang nampak saya jenis dingin, bercakap perkara penting sahaja. Sukar didekati. Takda kawan. Cuma ada suami sebagai kawan.

Rasanya, tentu orang lain pelik tengok macam mana laki aku ni boleh pilih aku sebagai isteri. Dah lah pelik. Tak blend. Lonely.

Saya sebenarnya pernah terbuka mesej lama suami. Ohya mesej2 ni dm pm sebelum kami kahwin. Masa zaman belajar. Sebab suami ni jenis beraktiviti dan pegang banyak jawatan masa kolej, budak sukan pula tu. Jadi banyak lah kena interact dengan orang.

Beliau sebenarnya tidak lah melayan pun. Saya syukuri itu. Cuma sikap dia sendiri yang disenangi, buat ramai perempuan confess sendiri dengan dia nak jadi isteri, nak jadi gf and lain lain.

Tengok cara pm tu suami tak melayan dan tak memberi harapan, dan dia menolak cara baik dan nyatakan ‘dah ada calon bakal isteri’.

Saya kenal perempuan2 yang pernah confess tu. Sedikit sebanyak buat saya rasa down juga, sebab diorang so cantik. Chinese look, arabian look. Dan mereka tu juga famous semasa di kolej. Ramai kawan. Lemah lembut. Tak macam saya, Saya ni kasar saja.

Kadang2 saya rasa takut sangat if suami rasa fed up dengan perangai saya yang pelik ni. Saya rasa tak normal. Kadang2 saya tanya dia, ”Saya sakit ke?”. Sambil menangis. He looked so perfect instead of me. Tapi suami keep on yakinkan saya dengan kata, ”Saya ada selalu untuk awak”.

Saya sukar mengawal perasaan jika tengah marah, suami lah penenang. Saya pernah menangis2 meracau sebab stres. He calmed me. Dulu, saya menangis racau2 juga cuma seorang tanpa seorang pun tahu. Hanya Allah.

Termasuk lah dalam alam pekerjaan, saya turut dipulaukan. Bila collegues makan, tanpa ajak saya. Buat function, tanpa saya. Bila nak keluar, tanpa saya. Bila nak beli baju sedondon, tanpa saya.

Nampak remeh, tapi ia adalah satu tindakan memulaukan satu individu dan beri kesan pada emosi sebenarnya.

Siap cakap belakang lagi tu kata pelik la apa la. Sama saja dari kecik sampai besar. Tu lah yang saya hadapi. Kenapa ya? Saya tak cakap pasal orang, saya tak kutuk orang. Kenapa orang tak suka saya?

Walaupun saya dah biasa sejak kecil dipalau, sedikit sebanyak ia memberi kesan pada emosi. Bayangkan lah sejak kecil kot, tak haru ke perasaan?

Saya sendiri masih struggle untuk blend dalam masyarakat, termasuklah keluarga besar sendiri dan keluarga suami. Alhamdulillah keluarga suami baik baik.

Ahli keluarga? Kadang saya tengok depa sepupu papat keluaq makan2 kedai , tanpa saya. Termasuk lah adik beradik ibu, beli barang baju sedondon, tanpa ajak ibu. Adakah kami ni dilahirkan memang untuk dihina dan dipalaukan oleh masyarakat termasuk sedara mara sendiri ya?

Itulah yang saya rasa.

Apa yang nak saya sampaikan dalam confession ini sebenarnya ialah,

Relate dengan kes depresi kini,

Orang dok pompang2 cakap orang sekeliling teman sepejabat la sekerja la kena bagi sokongan kat golongan depresi dan kemurungan sebagainya, yang nampak stres.

Bertanya dia okay tak. Kena bagi sokongan selalu. Tapi sebenarnya saya mampu cakap, itu semua semmmbanggg.

Entahlah, jarang sangat orang sekeliling nak bagi sokongan, palau lagi ada. Kawan dan saudara mara yang konon sepatutnya support, tapi tidak. Jiran?

Kelaut, jadi buah mulut saja. Orang macam kami ni jadi bahan saja. Tak pernah support, buat kami yang struggle nak adapt dengan diri sendiri ni bertambah2 sedih lagi ada.

Ingat Allah saja untuk kekal kuat di dunia ni. Bukan orang tak tau kenapa dia jadi macamtu melainkan ada masalah keluarga atau masalah peribadi. Dia jadi pelik sebab apa, mesti ada asbab.

Ibu pernah kemurungan, mana sokongan? P palau dan kena kutuk lagi ada sebab sara laki tak guna masatu. Sokongan orang sekeliling konon.

Saya bersyukur sebab Allah kurniakan supportive guru2 masa saya membesar dan supportivenya suami untuk saya harungi semua ni. Lagi kesian ibu yang harungi seorang. Ya Allah kurniakan kekuatan bagi ibu ya Allah. Ibu cuma ada saya sebagai penguat.

Kitaorang yang ada masalah ni, struggle tau untuk masuk dalam masyarakat. Kadang2 menangis sendiri untuk lawan rasa takut nak blend dengan masyarakat. Nak diterima dalam masyarakat. Bukan tak cuba. Buat macam2 untuk masyarakat terima kami. Bagi makanan, bagi hadiah.

Tapi support dari kawan dan saudara mara? Tak pernah ada. Cakap belakang lagi ada. Palau lagi.

Yillek! Memang kami yang takda keluarga macam orang lain ni, takda tempat ke dalam masyarakat? Tak layak ke?

Saya taktahu saya ni ada mental problem ke tak. Saya taknak la diagnose sendiri. Tak pernah jumpa psychologist pun.

Banyak sangat kes kemurungan berlaku, jangan palaukan depa. Depa perlukan support dan perlukan penerimaan dalam masyarakat.

Tak kurang juga yang ada kemurungan ni mungkin ada sejarah yang buat diorang jadi macam tu. Buat lah mereka rasa diterima dan tak keseorangan. Buat la depa rasa depa wujud di dunia ni.

Slow2 dia akan belajar untuk blend dan ubah diri sendiri juga. Bila rasa terlalu keseorangan, tak pelik hadirnya rasa tak perlu wujud lagi di dunia ini nanti.

Saya pun pernah saja fikir masa sebelum kahwin dulu, sebab kena palau dengan collegues, dengan kawan U, dengan housemates, ”Kalau mati kena culik ni bukannya orang perasan”.

Saya pernah rasa nak hilang kat dunia ni nak tengok orang lain sedar tak kehilangan saya, rasa bersalah tak palaukan saya.Tapi bila ingat Allah dan ibu, saya istirgfar.

Saya cuma nak sampaikan dan luahkan, ini point saya menulis luahan ni,

Dugaan orang yang ada dipresi, kemurungan ni bukan sekadar ujian untuk diri mereka sendiri, tapi ujian untuk orang lain yang disekitarnya sejauh mana boleh support dia mengharungi hidup. Ujian untuk semua. Ujian untuk anda. Anda. Anda. Anda. Kita.

Tak takut kalau Allah persoal kan, apa peranan kita untuk selamatkan si dia yang bunuh diri?

Pesan kat diri sendiri jugak ni. Jangan lah palau orang. Hargai lah orang lain selagi dia tak cakap besar, tak berbohong, tak sombong, tak berlagak. Kenapa dia harus dipalau.

Sebab dia lahir dari keluarga yang tak normal? Sebab dia pendiam? Tak pandai sosial?

Support la orang lain. Jaga la mulut tu dari cakap busuk tentang hidup orang lain. Walaupun masing2 ada ujian, we doesnt know how much our words and acts might effect peoples’ emotion. Thats All. Kalau sebab mulut yang buat depa down dan bunuh diri, nak jawab apa dengan Allah?

Sekali lagi, akhir kata Alhamdulillah saya syukur sayangnya Allah pada saya, dengan doa ibu yang tulus. Allah kurniakan sokongan yang padu dari suami untuk saya menghargai diri sendiri.

Saya sendiri masih belajar cara bersosial dan berinteraksi dengan orang. He teaches me a lot. He teaches me what the meaning of friendship.

Mungkin Allah takdirkan saya untuk tak berjumpa sahabat2 yang beri sokongan. Itu pengalaman saya. Tapi saya tahu, sahabat yang baik tu wujud. Cuma tak ramai. Tahniah kalau korang salah satu darinya. Allah sebaik2 pembalas.

Saya syukur akhirnya saya berpeluang rasa dihargai macam ni, yang kewujudan saya diterima baik akhirnya, oleh orang lain, bila saya berkahwin. Tak kesepian. Faham bagaimana erti berkawan.

Ibu dan suami kawan saya sampai syurga. Dan saya yakin, tanpa support guru sejak zaman saya sekolah, tentu juga saya hanyut dibawa arus memberontak masatu. Guru juga asbab saya boleh capai semua ni.

Apapun syukur atas semua kurniaan Allah. Sedih kita ni, ada lagi kisah orang lain yang lebih menyedihkan. Ini selalu saya remind diri sendiri agar selalu syukur.

Saya selalu berharap, biarlah Allah ambil nyawa saya dulu berbanding suami, sebab, dia saja kawan yang saya ada hingga Syurga. Di samping ibu yang amat saya sayang.

Sekian…

Ok nak komen kutukan, silakan kutuk. Ada la sebutir dua nak komen ”Entah2 tt ni pun tak support kawan2 dia”. Eh? Haha. Macam mana boleh tahu? Tt tak cerita dalam pos ni nanti terlalu panjang.

”Tt ni mesti perangai dia sendiri pun taknak berubah lagi nak judge orang”. Emm, huhu. Takpelah ikut la kata apa.

Nak komen sokongan pada saya dan ibu. Saya doakan Allah memberi barakah kepada hidup kalian. Ameen. Doakan ibu saya bahagia ya. Biarlah ibu rasa bahagia setelah terlalu lama menderita sebab mulut puaka orang dan asbab lelaki durjana dan tak bertanggungjawab.

Terima kasih sudi baca luahan hati saya, yang tak pernah saya cerita pada sesiapa.
End.

Yang Selalu Dipalaukan,

– Mrs X (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *