Dipandang Hina

Assalamualaikum reader, saya ibu kepada 4 orang anak. Saya seorang suri rumah yang cuma bantu suami sikit sikit berkaitan perniagaan kecik kecilan dia.

Saya baru hampir setahun lebih habis belajar PJJ dalam degree accounting with honours.

Sambil kerja sambil belajar dalam kerani akaun hampir 10 tahun pada usia 19 tahun.

Dan pada usia 28 tahun saya sambung belajar terus ambik degree tanpa ada diploma sebab pengalaman kerja terus dicadangkan ambil degree oleh majikan,

Namun hampir setahun belajar, suami suruh berhenti kerja sebab kesiankan saya dan anak yang terabai dengan kesibukan saya.

Setelah berhenti kerja namun saya masih study sambil fokus jaga anak,

Saya mengajar anak membaca, mengaji, menulis dan usia 5-6 tahun anak saya dah boleh membaca, menulis boleh hafal almulk, alkahfi dan lancar al quran.

Namun sebaliknya terjadi apabila saya balik kampung parent, mereka seolah malu bila orang atau jiran tanya perihal kerja saya, adik adik pandang rendah.

Tapi saya tak pernah abaikan mereka, walaupun tidak bekerja.

Setiap bulan saya akan beli barang dapur, bagi duit ditangan sekadar mampu. Dan sebenarnya parent lebih dari mampu sebab adik beradik lain turut hulur,

Duit yang saya beri tu hasil simpanan kami buat kerja sambilan pelbagai kerja.

Ayah dan mak pilih kasih dalam memberi pendidikan dan dari segala segi. Namun bab pekerjaan nak kita kerja tetap, yuran belajar PJJ pun hasil ehsan suami dan epf saya..

Hampir 5 tahun baru saya habis belajar tapi sepanjang tak kerja tu terlalu banyak air mata menitik dengan kata kata adik beradik dan parent sendiri.

Nak minta pendapat, ada tak kerja account yang masih work from home, atau sekadar part time dirumah?

Sekurangnya parent saya tak la malu kalau saya bekerja walaupun work from home,

Sebab saya betul betul nak fokus jaga anak untuk jadi hafiz dan hafizah dan tak terjebak dengan media sosial yang terlampau.

– Timah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Salam sis. please jgn rasa terhina. ibu yg ada pendidikan tinggi insyaAllah boleh mencorakkan anak dengan baik. x da istilah sia2 untuk pendidikan. saya ada ijazah master. tp memilih untuk mnjdi suri rumah dlm tmpoh 3-4 tahun utk luang masa dgn anak. anak membesar sekelip mata tanpa kita sedar. please jgn rasa terhina. org lain x hargai kita, but trust me, anak2 akan hargai segala masa dan perhatian yg kita dah curahkan. saya pula kagum puan blh didik anak hafal almulk seawal tu. anak sya 4 tahun baru blh hafal 3 qul dan fatihah. ☺. jgn risau puan, kita dlm kasut yg sama. jgn cari org yg bertentangan dgn puan. cari circle yg positif, yg sama dlm perjuangan puan nak lahirkan hafiz hafizah. subhanallah. niat murni tu puan. Allah akan bantu. amiin. ☺

  2. tanya sikit boleh? nak puaskan hati siapa eh? skrg dah bersuami, and according to you, pelajaran dan makan minum hg, husben yg support, but hg nak puaskan hati manusia yg sakitkan hati hg? aku syak pompuan melayu ramai yg terkena stockholm syndrome. yg sakitkan depa la yg paling depa nak jaga/puaskan hati.

    patutnya bila dpt laki baik mcm tu. try ur best to fulfill apa yg husben nak. bukannya hg guna husben punya resources utk puaskan hati org lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *