Dipergunakan

Pernah tak di antara kalian ni berkerja dan dalam masa di pergunakan majikan. Majikan guna kata-kata manis, Melayu dan agama Islam.

Aku nak berkongsi sedikit kisah hidup, dari aku tingkatan 3 bekerja separuh masa dan hingga sekarang yang hampir mencecah 40 tahun aku bekerja di tempat yang majority nya majikan dan pekerja Melayu.

Kalau aku kira-kira dari umur 15 tahun hingga 30 tahun, dari kedai makan, kedai kasut dan ke professional career semuanya Melayu.

Dulu aku selalu fikir, Melayu mesti jaga Melayu. Tapi silap, selama 15 tahun tu memang tak langsung Melayu jaga Melayu. Lebih kepada Melayu perguna Melayu. Jadi aku bekerja dekat satu syarikat printing.

Bos dia Melayu, setiap hari datang kedai pagi² bukak lagu² islamik dan lain². Setiap kali kerja kami di suruh kerja lebih masa cakap kena rajin dan siap perguna nama Tuhan dan Nabi. Tapi bila bahagian gaji, jarang tepat selalu hampir seminggu lambat.

Bila kami complain, di makinya kami. Yang kami ni pekerja telan sahaja sebab nak kan gaji hasil titik peluh selama sebulan lebih.

Akhirnya aku berhenti. Jadi pergi ke tempat kerja lain. Kilang, kilang proses makanan. Bos dia seorang islamik yang agak terkenal. Tapi masalah yang sama, gaji lambat, selalu mencarut dan marah pekerja.

Orang luar tak nampak benda tu, tapi kami yang pekerja ni hari² saksi. Tidak lupa juga sentiasa guna ayat “gaji biar sedikit yang penting halal” setiap kali dia potong gaji.

Mungkin ada yang cakap, “salah kau ni tak reti cari kerja yang betul-betul. Aku okay je kerja dengan Melayu” salah.

Penulisan aku sebenarnya nak kongsikan yang hakikat sebenar Melayu tak jaga Melayu. Kalau Cina iya mereka jaga Cina. Sebab itu bila kau kerja majority company Cina.

Pekerja bangsa mereka akan dapat Gaji lebih berbanding bangsa lain walaupun scope kerja sama. Nampak? Itu baru namanya Jaga.

Sekarang, cuba kalian imbas kembali tak kira, orang kaya Melayu baikpun pemerintah. Betul atau tidak mereka jaga orang Melayu? Tidak. Dari luaran mereka guna nama Islam dan Melayu. Tapi hakikatnya, yang merempat ramai di Tanah Melayu? Orang Melayu kita sendiri.

Jadi masuk umur 30 tahun aku tukar kerja, syarikat yang majority nya bangsa Cina. Hal Gaji? Selalu tepat. Hal bonus? Selalu elok. Bila aku kerja dengan syarikat ini. Baru aku rasa oh ini baru satu kerja yang selesa.

Walaupun kau stress dan penat, tapi gaji tepat pada masa. Tak ada guna nama Bangsa dan Agama nak justify hal gaji dan titik peluh pekerja. Diskriminasi? Tak juga. Sebab hampir 10 tahun aku kerja 4 kali aku naik pangkat.

Sebelum ini ada juga kawan aku yang cakap jangan kerja dengan bangsa ini nanti macam-macam jadi. Tapi bila kerja benda yang mereka cakap tu hanya 2/10 seterusnya bekerja seperti biasa.

Mungkin ada yang cakap aku “puji bangsa lain tapi pandang teruk bangsa sendiri” tidak, aku cuma nak ingatkan 2021 dan ke atas ni kita kena lari dari pancingan demi bangsa dan agama.

Hakikatnya, hanya untuk kepentingan mereka. Aku taknak ulas soal politik, sebab sepanjang merdeka ini kau sendiri boleh tahu apa betul Perjuang untuk Melayu atau itu hanya 20% .

Jadi setiap kali kita nak “percaya” orang itu perjuang agama dan bangsa kita tengok sekeliling dan tanya diri sendiri betul ke?

– Ikhwan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *