Diperli Dan Dipandang Serong

Terima kasih confessions kerana sudi membaca warkah ku.

Aku Amy bukan nama sebenar anak sulung dari 4 beradik yang berumur 30 an dan masih tiada masa depan.

Rutin harian aku dari pagi aku sudah bangun awal solat subuh di masjid dan terus bergegas balik rumah untuk buat sarapan pagi adik-adik aku. Biasanya nasi goreng, mee goreng bodoh.

Kalau rajin ada bahan aku akan buat lah nasi lemak kuih koci kuih donut.

Tugas aku adalah pastikan dapur bersih rumah bersih dan adik bongsu aku pergi sekolah.

Aku ni jenis pendiam di rumah. Tugas aku hantar adik balik dan terus masak nasi dan siapkan lauk tengah hari untuk mak aku.

Tengah hari aku tak balik rumah kerana aku bekerja sebagai buruh binaan. Kadang angkut ikan di pasar kadang cuci pinggan kedai makan.

Kalau ada kematian aku tukang gali kubur. Upah gali kubur tu mahal di bayar.

Tapi tu lah jarang manusia meninggal. Kalau boleh aku nak orang hari hari mati. Dapat lah gaji tetap situ.

Walaupun gaji dibayar upah cukuplah aku beli lauk untuk meringankan beban keluarga.

Aku tak nak dicop sebagai anak yang menyusahkan keluarga. Aku hanya balik ambil adik dari sekolah lalu aku pergi semula ke tempat kerja.

Balik pun selepas asar sebab aku nak siapkan makan malam untuk ayah dan mak termasuk adik adik aku.

Tujuan aku masak untuk mereka aku tak nak dicop anak yang pemalas.

Aku ni dah banyak menyusahkan mereka. Aku tahu mereka malu ada anak lepasan degree tapi masih tiada kerja tetap.

Itulah seharian rutin aku.

Sebelah malam pula aku habiskan masa di masjid aku beritiqaf. Sampai isyak.

Balik rumah aku akan ajar mengaji adik aku. Sambil lipat baju.

Dipendekkan cerita satu malam bapa saudara aku dan sepupu aku datang bertandang di rumah.

Macam biasa aku buatkan teh dan sediakan kudapan untuk di jamu.

Tiba-tiba soalan dalam perlian keluar, di tanya bila nak kahwin?

Sampai bila nak kerja bergaji hari, tak rugi ke belajar tinggi tinggi tapi duduk rumah. Hatta aku dituduh memilih kerja tak keluar dari zon selesa.

Soalan tu serius aku rasa sangat triggered.

Dia tak tahu aku dah bermacam-macam permohonan isi tapi tak dapat, sektor awam atau swasta bermacam macam permohonan aku isi tapi tak dapat.

Semua aku dah buat yang terbaik dari segi hantar resume, baiki resume, jawab ujian online UKCG bermacam benda aku isi tapi tak dapat.

Aku hanya diam sambil tunduk ke bawah. Aku jadi malu.

Dia ada cakap umur makin naik takkan tak nak kahwin kalau nak kahwin kena ada kerja tetap sebab nak sara keluarga.

Kalau kita kerja macam ni siapa nak ke kita. Aku hanya diam pura-pura tiada perasaan tapi dalam hati aku bergelora nak marah.

Macam biasa dia bandingkan aku dengan anak dia sepupu aku lah yang lepasan upsi dah posting dah dapat penjawatan tetap.

Aku ada cakap lah yang aku dah isi spp aku dah jawab ukcg InshaAllah dapat.

Ingat aku dapat doa dari mereka tapi dapat satu perkataan yang aku sangat takut. “Konfem kau tak dapat sebab kau bukan ismp”

Mereka menyalahkan aku pilih course yang tak jamin pekerjaan. Dia kata silap aku pilih course masscom.

Dia tak tahu aku ni dah pilih course yang aku minat tak dapat aku dah pilih ipta tapi tak di beri peluang. Aku hanya ambil peluang di depan mata sahaja.

Aku hanya diam tanpa bantah. Aku tak berdaya nak bantah cuma berkata dalam hati aku,

“Eleh kau mampus nanti aku lah yang galikan liang lahad untuk kau”

Ketika aku cuci pinggan di dapur sementara keluarga aku tidur, aku menangis sorang-sorang di sinki tanpa suara.

Ikutkan pisau di para tu nak je aku tikam diri sendiri sebab serabut.

Setiap malam pukul 3 aku menangis di sejadah aku dah merintih sepuas puasnya aku minta tolong pada tuhan.

Aku nak juga ada rumah sendiri duit sendiri. Aku nak juga bantu mak ayah aku dan banggakan mereka.

Aku nak sangat kerja tetap aku nak sangat jadi pendidik sebab jiwa aku ke arah tu.

Kadang tuisyen percuma aku buat untuk anak-anak kampung supaya mereka tak cicir. Bergantung masa yang terluang lah.

Hari-hari bermunajat aku doa benda yang sama.

Bila terlalu penat tertidur dalam duduk..

Aku tahu mesti mak aku berkecil hati dengan aku yang tak berjaya ini. Aku dah cuba.

Kadang kala aku rasa menyesal struggle menyesal sambung belajar. Orang lain umur 22 dah nak habis aku 22 baru dapat peluang sambung belajar.

Orang lain tengah happy dapat upu buat persiapan masuk u aku struggle repeat stpm. Itu pun cikgu sekolah suruh berhenti dan siap perli yang aku ni tak boleh pergi akademik.

Bila aku sambung ipts sebab pentingnya pendidikan itu pun orang perli kalau ipts ni semua dapat sambung.

Entah lah iman aku ni senipis bawang aku kadang rasa fed up.

Kadang aku buta mata kan aku tengok orang lain berjaya dapat kerja tetap ada masa depan.

Bila aku tengok orang lain berjaya aku rasa sangat loser.

Agak-agak apa lah mak aku jawab kalau orang lain tanya mak aku anak dia kerja apa. Entahlah.

Semakin hari aku tak ada mood nak teruskan hidup tapi aku paksa diri.

Tahajud di setiap malam sahaja aku menangis itu pun tiada air mata untuk keluar.

Kadang aku malu sebab status anak jantan tapi menangis… entah lah bila aku nak tinggalkan dunia ni.

Aku dah malas nak hadap tekanan. Hadap hutang ptptn lagi. Entahlah.

Mungkin aku tiada hak untuk berjaya, bahagia memiliki pasangan dan banggakan keluarga dan adik adik.

Aku harap orang tua aku tak berkecil hati dapat anak yang tak berjaya ini.

Sebab itulah aku jadi hamba abdi mereka aku sanggup janji tak nampak di mata mereka yang aku ni anak loser…

Terima kasih semua sudi baca luahan aku.

Semoga kalian dapat ambil ibrah dari aku yang cap ayam ini

– Amy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *