Assalamualaikum w.b.t. First of all, terima kasih admin sebab siarkan confession aku ni.
Nama aku Nur dan umur aku dah nak masuk 25 tahun 2020 ni. Aku anak yang dilahirkan tanpa sengaja jadi aku membesar dengan ibu aku dan makcik-makcik aku.
Alhamdulillah, walaupun dengan status aku yang macam ni, aku dikurniakan makcik-makcik yang baik hati dan selalu support aku dalam pelajaran, sambung study semua.
Tapi dalam semua makcik aku, ada sorang je yang aku rasa, dia banyak buatkan aku fikir sama ada aku ni anak saudara dia atau tahanan dia.
Aku ada 3 orang makcik semua sekali yang menjaga aku dari kecik. Yang perempuam sulung, aku bagi panggilan A, mak aku perempuan number 2, bawah mak aku ada lagi 2 orang aku panggil B dan C.
Aku tak nak letak nama panggilan mereka sebab seandainya kalau mereka tiba-tiba terbaca, nanti kantoi habis satu family serang aku nanti.
Aku tak ada masalah dengan makcik C, sebab makcik aku yang ni dia pelajaran tinggi sikit, hujung tahun ni in shaa Allah dia akan bergelar doktor. Makcik aku yang B, aku tak ada masalah juga, tapi kami berdua tak boleh duduk lama berdua, panas.
Masalah aku yang sekarang yang paling besar ialah makcik aku yang sulung iaitu A.
Ya. Dia punca aku nak tulis confession aku dan minta pendapat pembaca semua.
Macam yang aku cakap tadi, aku anak yang tak disengajakan.
Jadi makcik aku yang A ni lah yang banyak besarkan aku disamping mak aku dan makcik aku yang lain. Dia tak support aku financially sangat masa aku sekolah dulu, cuma dia provide aku tempat tinggal dan dia yang daftarkan aku sekolah. Yang banyak support aku financially dulu adalah arwah pakcik aku.
Cerita dia sekarang, aku dah umur 25, tapi aku rasa macam aku dikongkong teruk dengan makcik A. Mak aku pun tak kongkong aku macam ni ya.
Aku sekarang kerja sebagai kerani jualan dekat satu kedai motor ni, gaji basic+commission. Aku jual banyak aku dapat banyak. Tapi aku lifeless kerja kat kedai ni. Isnin-sabtu, 9.00am-6.00pm. And aku kerja seorang. Ada aku dan pomen untuk siapkan motor.
Aku kadang-kadang job overload tau bila kerja sorang. Layan customer, apply loan customer, daftar motor customer, nanti tengah layan customer tiba-tiba HQ ke boss aku call tanya itu ini.
Kadang-kadang aku tak sempat nak settle semua. Customer yang aku tak sempat layan, mulalah cop aku kerani sombong TT
Jadi aku cuba try cari kerja lain. And kawan aku ada promote aku pada boss dia sebab aku ada bagi resume aku pada dia, minta tolong kalau dapat carikan aku kerja dekat area sana. Aku orang pantai timur ya, dan kawan aku belah Kuala Lumpur.
Aku dapat tahu yang boss kawan aku berminat nak ambil aku kerja, gaji lebih rm1300-rm1500 bergantung pada kerja dan tahap kau belajar. Actually, gaji ni lebih kurang sama je dengan gaji aku sekarang. Jual motor aku tak dapat komisen banyak ye. Tak banyak.
Aku mintak pendapat makcik-makcik aku semua dalam group yang cuma ada aku dan makcik-makcik aku je. Makcik C dan B respon biasa je. Tapi, bila aku sampaikan turn makcik A, dia tanya aku soalan bertubi-tubi. Macam nak halang aku pergi kerja kat sana lah.
Mampu ke kakak survive?
Cukup ke gaji kakak nak bayar komitmen?
Nanti kakak nak duduk mana?
Nak drive ke pergi sana?
Jalan kat sana dah mahir ke?
Ya Allah, adakah aku masih seorang kanak-kanak ribena?
Komitmen aku cuma 3 sahaja. Kereta, ASB dan bil telefon bimbit aku sekarang. Dan Alhamdulillah aku tak ada masalah pembayaran lagi.
Aku rasa macam aku kanak-kanak yang dikongkong ibu bapa. Dari kecil sampai sekarang, aku rasa macam aku memang ditakdirkan untuk sehidup semati dengan makcik A ni.
Adakah sebab dia tak ada anak jadi punca aku dikongkong?
Oh ya, makcik A kahwin lewat. Dan dia tidak ada anak. Suami dia ada anak tiri, tapi anak tiri pun tak baik dengan dia. Tak kan sebabkan tak ada siapa yang boleh dengar cakap dia, aku jadi mangsa?
Aku cuma nak lebarkan sayap aku, mencuba benda baru dalam kehidupan, tapi aku macam tersekat. Macam burung yang terkurung dalam sangkar yang makcik A buat menggunakan besi yang tak boleh dirungkai.
Aku dah 25 tapi di depan makcik A, aku masih 5 tahun.
Terhutang budi dan nyawa sebab besarkan aku yang merupakan satu kesilapan, aku berterima kasih. Tapi, aku pun manusia. Dan aku pun nak rasa bebas macam orang lain.
Aku cemburu tengok kawan-kawan aku yang lain yang diberikan kebebasan untuk bekerja luar dari negeri sendiri. Jujur aku cukup cemburu.
Macam mana ya?
Aku dah buntu.
– Yang Di Dalam Dilema (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit