Assalamualaikum, cerita ni biasa2 je tapi amat mengurus hatiku. Aku mempunyai adik beradik seramai 11 org dimana aku anak yg ke4. Dijadikan cerita arwah bapaku kerja kampung dan utk membesarkan dan menyekolahkan anak amat payah. Jadi bila aku nak masuk tingkatan 1, kakak aku berhenti sebab x cukup duit. Akak aku ni belajar pandai upsr 4A. Jadi dia kerja kilang dan bila adik aku nak masuk tingkatan 1, maka aku kene berhenti. Begitulah rutin kami sehingga lah turn aku. Aku cakap aku nak sekolah dan akan buat part time utk yuran dan duit buku. Maka arwah abah setuju. Alhamdulillah, dari tingkatan 2 sampai tingkatan 5 aku buat kerja part time, keputusan spm ku 9A1 & 1A2. Senang cerita dlm keluarga aku ni aku sorang je yg ada spm, yg lain semua berhenti ting. 2,3&4. Abahku dah penat bantai sampai lembik2 tp adik2 aku semua degil.
Jadi aku meneruskan pendakian ku sehingga mndpt master. Disinilah bermula kisah ku. Sepanjang aku belajar kat universiti, duit biasiswa akan aku beri pada emak sebanyak 500.00 dan abah sebanyak 500.00 setiap sem. Aku mengikat perut sbb nak bantu adik beradik yg lain. Last2 semua belajar x habis. Maka aku berjumpa dengan isteriku di universiti awam. Lepas habis master, aku kerja dan dalam 6 bulan aku menyuarakan untuk berkahwin. Abah setuju tetapi emak dan adik beradik yg lain x setuju. Mereka ckp sapa nak bantu kami (adik beradik) tetapi abah marah dan ckp itu hak aku. Maka aku pun berkahwin dengan isteriku dgn emak bg syarat utk duduk di rumah kami. Isteriku setuju je bila aku utarakan hal ini. Ttp ku sangka kan hujan sampai ke petang, rupanya hujan diawal pagi. Bila aku kerja, isteri aku dijadikan mcm bibik oleh adik beradik ku dan emak aku x pernah tegur. Tp isteri aku x pernah cakap bila aku balik kerja. Utk pengetahuan pembaca, aku mmg kerap bawa org tua ku makan diluar sbb nak ajar adik beradikku berdikari, masak sendiri (tapi emak akan tapaw kan utk anak2 dia yg lain). Dan adik aku yg no. 8 ada bawa balik tunang dia ke rumah dan disini lah bermulanya malapetaka.
Aku gelarkan tunang adik aku ni sebagai A. Si A ni boleh jadi batu api bila tengok aku baik dengan nak bapak aku. Dia ckp kat emak aku, yg isteri aku ckp emak dan bapa aku ni membebankan, selalu nak makan luar. Lepas itu, si A ni ckp dekat wife aku yg emak aku cakap wife aku ni malas nak masak, asyik nak makan luar. Selepas dari itu, nak dan adik beradik aku membuli isteriku dengan lebih drastik dan menyindir2 isteriku. Utk pengetahuan, bila didepan aku dan abah, isteri aku dilayan mcm puteri. Ttp dibelakang lagi hina dari kuli. Bila aku ajak mkn luar, emak aku menolak. Jadinya, aku pergi dengan abah sahaja dan selamatlah sikit perbelanjaan sbb x pyh nak tapaw utk adik beradik aku. Pada 1 hari, aku balik awal. Ambik half day, dan sesampai dirumah aku lihat wife aku ditarik rambut oleh adik perempuan ku. Aku marah dan yang peliknya emak aku bela tindakan adik perempuan aku. Aku suruh isteri aku cerita dan baru aku tahu perkara yg sebenar selama ini isteriku jadi hamba pada mereka ini. Aku suruh wife aku kemas baju dan kami akan keluar dari rumah itu.
Aku tunggu abah balik kerja dan cerita semuanya, abah menangis kerana x sangka ini yg berlaku. Dalam selama perkahwinan parents aku, itulah kali pertama abah meletakkan tangan dimuka emak. Dek kerana ego, emak cakap aku bukan anak dia jika aku keluar dari rumah dan x halalkan susu yg aku minum. Aku nekad dan keluar. Alhamdulillah, aku dpt tukar ke pahang dan dinaikkan gred. Maka aku rasa aman dan selama 9 tahun di pahang, aku dikurniakan 4 org anak. 3 puteri dan 1 putera. Sejak dari itu, aku x pernah x kirim duit tapi aku kirim melalui abah aku. Masuk tahun ke 10 abah aku jatuh ditempat kerja. Stroke 1 badan dan kakak aku telefon aku dan inform. Maka aku balik tp kami stay dekat hotel di jb selama seminggu. Sepanjang diward, isteriku dan aku bergilir2 menjaga abah dan yang paling kelakar, abah hanya ingat aku, isteriku dan emak sahaja.
Adik beradik yg lain akan ditanya ni siapa. X kenal lah. Maka emak ku akan beritahu abah tetapi abah hanya akan makan kalau aku, isteriku dan emak je yg suap. Kalau adik beradik yang lain, dia akan tepis dan menolak pinggan nasi. Sebelum arwah abah pergi, abah suruh balik semula ke rumah. Pelbagai alasan diberi tapi abah cakap kalau sayang abah, balik. Isteriku memujuk ku spanjang perjalanan balik ke phg dr jhr. Maka aku bersetuju dan minta pertukaran. Selepas 2 tahun, permohonan diluluskan dan aku dapat balik jb. Ku ingatkan adik beradik dan emak aku dah insaf tapi rupanya tidak. Aku dan isteri minta maaf dan emak aku pun menangis (mcm jejak kasih). Maka kami kembali ke rumah itu. Masa ni ramai adik beradik yg kerja luar. Jadi x ramai yg ada dirumah abah. Nak dijadikan cerita, masa pindah ke jb, wife aku dah pregnant, lepas 4 bulan bersalin lah anak ke5 kami seorang putera. Kali ini adik ipar adik yg ke 6 aku gelarkan si B.
Lepas pantang, wife aku sambung kerja dan bila kami nak htr ke rumah pengasuh, si B ckp, biar emak jaga, ada juga pendapatan. Aku x nak susah kan emak, lepas tu si B, mendesak emak aku hingga emak aku ckp biarlah emak jaga dan si B cip kena bg emak 500 sebulan. Kami pun akur dan permulaannya, mcm ok. To lepas 2 bulan, aku lihat anak aku ni selalu bangun mlm dlm Kul 2 pagi ajak mkn mamak. Aku bertanya kenapa hari2 lapar ni, x makan ke? Anak yg sulong dan no.2 senyap x nak ckp (Dh kena warning dengan si B). Yg no.3 berumur 8 tahun ckp bila time mkn, semua pakcik dan makcik min dulu, nasi yg balance baru dibagi 4 org. Aku terus menangis knp anak aku aka cucu emak aku dilayan begini. Si B ni duduk rumah sewa lain tp dekat dgn rumah emak aku. Hari2 dtg menghabiskan beras. Segala bil utiliti (api,air,astro,wi-fi) semua aku byr.
Duit belanja rumah setiap minggu belanja kat tesco. Kalau dikira dekat 2k sebulan. Anak aku yg bayi diberi air susu sejuk. Si B ckp membazir elektrik nk dipanaskan air. Maka aku buat plan dgn wife ambik cuti. Dan sekali lagi semua terbongkar. Masa tu ayah dah ok dan bila terjadi mcm ni. Perang mulut berlaku dan yg paling aku sedih semua adik beradik aku balik utk serang aku (si B dah wasap semua adik aku bila dah kantoi). Pd masa ini, abah menangis bila dgr hal ini dan abah diserang serangan jantung masa nak lafazkan cerai kat mak aku. Aku tahu sbb ayah aku cakap jenabbbb, aku cer terus abah pegang jantung dan jatuh. Aku keluar kali ke2 dari rumah abah dan tidak menghadiri majlis pengebumian sbb adik beradik aku ckp, aku punca arwah abah meninggal. Jadi aku cari rumah sewa dan pd masa yg sama minta pertukaran. Berkat doa kami sekeluarga, aku mendapat pertukaran ke gua musang atas sbb pertukaran suka sama suka. Skrg, aku bahagia disamping keluarga dan mertua. Sehingga skrg, mertua x tahu apa yg berlaku. Tekadku x akan ku pulang ke rumah itu. Korang x rasa apa yang aku rasa. Jadi aku mmg x peduli apa yg org nak kata. Sekian
– Alang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit