Diploma 5 Tahun

Assalamualaikum buat confessor and readers. I would like to share my tough story about my study and work life. Diploma 5 tahun. Orang lain ambik masa habiskan diploma 3 tahun. Macam mana saya boleh tersangkut kat situ?

Saya merupakan pelajar jurusan Syariah dan Undang-undang. Orang lain panggil “bakal lawyer”. Well, perjalanan hidup sebagai seorang pelajar penuh cabaran. Alhamdulillah selama belajar takde subjek failed or kena repeat. I’ve got dean list for every semester. Sampai semester 5, I’m stuck at there. So sad but it’s my true story. Sejak hostel dilanda histeria (saya bukan mangsa histeria), suddenly I’m out of my mind. Saya terkena gangguan seperti dengar bisikan halus dan perasaan seperti orang lain membenci saya. My parents realized about my sickness and they bring me to meet ustaz untuk buat rawatan Islam. Ustaz cakap saya terkena gangguan makhluk halus dan dia beri saya ayat Quran untuk diamalkan. Dalam masa yang sama saya tangguh pengajian (extend) disebabkan sakit berlarutan dan ambik masa untuk sembuh. Then my parents decided hantar saya ke hospital untuk buat rawatan psikiatri disebabkan mereka melihat keadaan saya bertambah pelik seperti cakap seorang diri. Sebab waktu tu saya dapat rasa seseorang ada cakap dengan saya (kena gangguan). First time berada di psikiatri saya memberontak sebab saya tak rasa saya ni gila atau sakit mental. Finally sy disahkan mengalami Bipolar Mood Disorder. Saya sangat sedih ketika itu dan tak boleh terima keadaan yg saya ni sakit mental. But doctor try to calm me down. Penyakit ni memang susah nak discharged sampai kita mati. So I need to check up and make an appointment for every month.

Surat dari kolej sudah sampai dan memanggil saya untuk masuk belajar. Akan tetapi saya rasa berat hati kerana malu dengan kawan2 dan saya tiada semangat untuk meneruskan pengajian. Emak saya minta tangguh semester buat kali kedua. Dalam waktu itu, saya dapat tawaran bekerja dalam sektor kerajaan (Jabatan Perangkaan Malaysia). Siapa yg tak happy dapat kerja kerajaan kan? Perasaan ketika itu seperti ingin berhenti belajar. Akan tetapi pekerjaan yg ditawarkan hanya kontrak selama setahun. Saya bekerja tak sampai 3 bulan. Akhirnya Allah membuka pintu hati saya untuk menghabiskan pengajian diploma. Sekarang saya berada di semester 6 dan bakal menamatkan pengajian tahun ni. Walaupon masih bergelumang dengan penyakit mental. Saya tetap lawan dan berusaha untuk habiskan pengajian. Saya sedar ini semua ujian yg perlu saya lalui dengan semangat yg kuat. Saya juga sering memikirkan masa depan saya seperti bekerja dan bekeluarga. Saya harap bakal suami boleh terima saya seadanya dengan kesakitan yg saya alami sekarang. Perjalanan masih jauh dan kita jangan sesekali putus asa. Setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.
Mood tak sabar nak graduate!

– Maria

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit