Hai semua. Saya nak bertanya pendapat dan sebenarnya memerlukan outlet untuk melepaskan rasa sedih dan kecewa dalam hati saya.
Jujur rasa sekarang ni dah di ambang depresi, selalu menangis seorang diri dan fikirkan nasib anak dan bayi dalam kandungan.
Saya dan suami sudah 6 tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan umur 2 tahun dan sekarang sedang hamil anak 5 bulan.
Kami bahagia, most of the time. Suami saya seorang yang sangat baik.
Tapi bila sampai baran dan marah, jadi lupa dunia sehingga lebam luka dan di hadapan anak. Anak 2 tahun saya trauma dan sangat sedih ulang ulang kata jangan pukul ibu.
Bukan kali pertama. Semasa sebelum ada anak pernah, semasa hamil anak pertama pernah dan sekarang semasa hamil anak kedua, sekali lagi kena di hadapan anak. Saya jadi takut mahu menegur.
Suami suka keluar dan ugut tak kembali biar dia mati sahaja accident etc. Semasa belum ada anak bolehla kejar. Ada anak bayi kecil, takkan saya nak tinggalkan. Ada tanggungjawab lain.
Suami saya baik orangnya dan sangat sayangkan saya. Dia bantu di rumah a lot dan juga urut saya jika penat. Cuma at times dia tak boleh kontrol emosi dan terus meletup walaupun gaduh benda kecil.
Lepas gaduh suami susah mengalah dan saya yang akan pujuk walaupun saya yang lebam dan luka sebab fikirkan anak dan taknak gaduh berpanjangan.
Kerap kali suami memang sedar kesilapan dan berjanji takkan buat sekali lagi.
Katanya tidak sedar, ni mungkin dari childhood trauma perasaan sentiasa pendam dan tak reti meluahkan perasaan. Malangnya berulang again and again.
Keluarganya sudah dapat tahu sebab saya rasa takut dan diancam, ketika itu saya tak boleh fikir apa lagi sebab sangat takutkan suami dan membuat keputusan untuk beri tahu keluarganya supaya dia berhenti pukul saya.
Saya dibaling ke lantai ketika hamil dan dia tak peduli walaupun saya suruh dia ingat Allah dan ingat anak di dalam perut.
Saya bukan jenis diam biar dipukul. Saya berani melindungi diri saya. Saya tak nak dia pisahkan saya dan anak saya.
Katanya bila saya melawan macam tu, dia lagi marah. Tapi what should I have done instead? Biar saja dipukul? Biar saja dia ambil anak yang menjerit mahukan ibunya?
Kata keluarganya saya lah penyebab anak lelakinya jadi begitu sebab anaknya sangat baik. Mesti ada salah saya jadi isteri yang tak mendengar kata dan derhaka.
Pendapat saya pula sebab his whole life dia sentiasa anak dan abang yang baik, dia diberikan outlet untuk melepaskan marah kepada isteri yang dianggap inferior.
Mungkin status saya tidak cukup family dimatanya.
Selepas meminta tolong dari keluarganya, saya sekali lagi rasa alone. Sudahlah dipukul suami, bila mengadu, ditanya pula apa yang saya buat sampai dipukul cause maybe I deserve it. Saya rasa seperti di victim blaming.
Sejak itu saya pendam, dengan keluarga saya pula saya tak berani bagi tahu kerana risau aib suami saya terbuka di mata parents saya.
Saya pernah reach out domestic violence line tapi semuanya sama. Mereka urge untuk tinggalkan marriage ASAP sebab toxic.
Gaduh banyak isu. Kadang berkenaan tak basuh pinggan dan saya penat hamil, tak boleh urus rumah sebaik sebelum hamil. Masak pun jarang sebab sangat mual dengan bau tumis.
Tambah lagi saya kerja dari 9 pagi sehingga 9 malam jadi penat sangat dengan morning sickness. Keluarganya kata saya tak reti urus suami. Tapi saya pun bekerja juga?
Hidup sekarang lain kan. Gaji 2 ribu mana cukup nak tanggung keluarga. Saya seorang doktor medikal. Dulu saya kerja kerajaan tapi sanggup berhenti. Gaji saya dahulu 4 ribu lebih dan suami saya 2 ribu lebih.
Semasa anak sakit, saya buat keputusan untuk berhenti kerja. Semasa berhenti kerja selama 6 bulan, suami saya berikan duit tapi tak cukup untuk bayar komitmen hutang insurans bil telefon barang dapur.
Semasa saya tak bekerja full time saya masih ambil part time dan buat content untuk bantu financials keluarga kerana mahukan yang terbaik untuk keluarga. Savings saya berkurang dan hampir depleted.
Anak saya sudah pun sihat. Saya sudah dapat offer kerja baru. Sekarang gaji saya mencecah 10 ribu ke atas sebulan tidak termasuk konten atau side job yg saya ambil sementara suami saya bergaji 3 ribu.
Dulu duduk tumpang rumah keluarga saya, sekarang berpindah lokasi ke rumah baru di mana saya yang membayar sewa sepenuhnya, bayar taska anak sepenuhnya dan lain lain komitmen.
Saya tidak kisah berkongsi duit dengan suami sebab nakkan yang terbaik untuk keluarga.
Kalau saya mampu untuk sediakan yang lebih baik untuk anak anak saya, saya rasa apa salahnya. Bolehla saya guna peluang dan skill saya untuk buat simpanan keluarga terutama bila anak sakit.
Acapkali suami saya suruh saya berhenti kerja. Suruh saya berpindah ke rumah keluarganya. Katanya nanti mesti ada isu dia tak sediakan rumah. Tapi rumah keluarganya jauh dia Seremban.
Saya bekerja jarak 1 jam lebih dari rumah keluarganya. Saya juga ulang yang saya tak nak terhutang budi dengan keluarganya.
Kalau saya kongsi sediakan rumah, apa salahnya. Saya rasa isu pergaduhan kerap kali isu nafkah.
Suami saya pernah tak beri nafkah ke saya 3 bulan. Saya tanya kemana nafkah itu sebab duit saya sudah habis bayar deposit rumah 2 bulan dan deposit sekolah anak.
Walaupun saya bergaji besar, saya tetap mahukan dia rasa dia in charge sebab kebanyakan duit saya akan dibelanjakan ke perkara seperti makan luar, beli pampers, pakaian, barang dapur yang mahal (seperti buah/daging), duit bayar check up bulanan mengandung dan sebagainya.
Saya juga sedang saving untuk beranak di hospital swasta.
Saya sekarang rasa seperti isteri menagih kasih. Kerap gaduh benda kecil. Katanya were not meant to be. Katanya no chemistry. Katanya cinta tak cukup. Tapi katanya dia tak mahu berpisah dan sayangkan saya.
Saya lost. Saya tak rasa disayangi. Saya penat di rumah. Saya penat bekerja. Saya physically and emotionally overwhelmed.
Kalau boleh memang saya juga nak berhenti kerja dan rehat tapi saya rasa ekonomi tak mengizinkan jika mahukan yang terbaik.
Saya penat mengalah. Saya penat tend to my own wounds. Saya penat menangis seorang diri. Saya rasa tak cukup kuat untuk anak sulung saya dan anak di dalam perut saya. Saya sangat sayangkan suami saya.
Saya terima suami saya ada kekurangannya. Saya juga tidak perfect. Tapi saya rasa saya saja yang trying to save this marriage dan dia pula keep on tending to his ego.
Bila gaduh tak boleh bincang dan resort to violence/mental torture. Bila ajak dibincang, tidak mahu. No communication.
Adakah ini kerana kami tak compatible?
Betul ke apa saya rasa? Suami saya dah tidak mahukan saya? Should I just let go?
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit