Diracun Kawan Baik Sendiri

Assalamualaikum. Aku nak share something buat kalian agar berhati2 hatta dengan kawan baik sekalipun. Ini cerita dah bertahun waktu zaman persekolahan aku. Kalau zaman dulu pun budak2 sekolah dah berani nak buat cubaan membunuh, kau tak payah terkejut sangat kalau tgk video budak sekolah zaman skg yg penuh dgn keganasan.

Ceritanya begini. Aku pengawas pustakawan. Sama dgn ‘kawan baik’ aku. Aku declare sebagai kawan baik sb aku rasa dia mmg baik. Walaupun aku kelas pertama dan dia kelas paling hujung, hubungan kitorg mmg ok. Setiap kali perhimpunan mmg kdg2 kitorang berborak2 and time berkumpul pengawas, mmg aku dgn dia la.

Tapi 1 hari tu, botol aku penuh dgn air kapur. Ni waktu darjah 6. Aku syak member kelas aku yg letak sb dia sorg je suka buat aku marah. So first time tu mmg aku tak minum tp aku just marah kt member aku tu.

Tapi kes dlm botol aku penuh kapur tu, 2 kali jugak la. Dan sepanjang tu mmg aku tak bertegur sapa laa dgn member kelas aku tu. Yg geram tu, member kelas aku tu masa aku tuduh, dia ngaku lak tu. Ahahahaa. Dia kata dia malas nak dengar aku bebel2.

Tapi masa tu, hubungan aku dgn “kawan baik” aku dah mula renggang disebabkan seorang senior ni. Kalau ikutkan, 1 geng dia tu semua kawan2 aku. Tp aku taktau la mcm mana boleh 1 kelas tu sekali dgn kwn2 aku berkomplot mengenakan aku . Terus jadi mcm musuh. Dorg boleh ajak aku pegi belakang sekolah semata2 nk belasah aku? (Yg ni aku tau pun dr sorg bdk laki kelas dia. Dia sorg je yg tak nak join muslihat jahat “kawan baik” aku tu)

Yang aku tau, punca dia marah + benci kat aku sebab senior yg dia suka tu, suka kat aku. Kau rasa? Apa kaitan dgn aku sampai marah benau kat aku gara2 laki yg aku sendiri tak kenal tu? Bukan aku suka laki tu pun. Aku sendiri taktau. Dan aku tak rasa pun dia suka sebab tak penah pun usha2 aku. Lain laa aku ada melayan ke ape ke. Ni nak tgk aku dating dgn lelaki pun susah apatah lg nk bercinta time sekolah rendah.

Walaupun mcm2 dugaan waktu aku nk UPSR, tapi aku sikit pun tak pernah cerita masalah aku kt keluarga aku. Sebab niat aku dtg ke sekolah utk belajar, bukan nak fikirkan benda remeh temeh ni sb bagi aku mcm budak2 sangat fikiran “kawan baik” aku tu.

Tapi semua sebab² kat atas tu aku tau SELEPAS kes cubaan kali KETIGA yg aku rasakan lebih dasyat. Ini waktu aku naik form 1. Aku kelas Rancangan Khas (RK). Betul2 bersebelahan lagi dgn kelas budak2 hujung. So kali ni mmg memudahkan kerja dorg nak buat something kt kelas aku.

Aku pegi sekolah mmg suka bawak botol berais sb kelas aku sesi petang. So mmg cepat cair je ais tu. Tapi haritu, kelas aku kat makmal. Botol lak aku tertinggal dlm kelas. Habis je kelas kt makmal, aku naik kelas terus minum. Tp baru seteguk je. Aku rasa lain mcm. Air aku mcm berminyak2. Bau dia takyah cakap laa. Aku terus ludah dlm kelas. Terkejut member sebelah aku. So bila aku check botol aku, mmg perhhh! Kelabu asap . Aku mmg betul2 tak perasan sb botol aku mmg berais dan berasap, mana aku nk perasan yg air aku tu pun sekali kelabu dan berminyak!

Ape lagi. Kali ni mmg aku syak dia! Sb sehari sebelum tu, dia tolak aku tiba2 jatuh kt longkang lepas solat kt surau. So tak kan aku nk syak org lain. Aku terus laa pegi kelas dia. Aku paksa dia keluar dr kelas even masa tu cikgu dlm kelas dia tu cikgu aku yg paling garang utk subjek sejarah. Ahh aku mmg tak peduli dah masa tu . Ni dah melampau! Tp dia mengejek je dgn muka waktu tu. Dia taknak keluar kelas. Panas gila hati aku waktu dia buat muka mcm tu!

Aku just nk settle baik2 je tanpa libatkan cikgu. Sb aku tau, benda mcmni bukan boleh buat main. Tapi kwn aku yg temankan aku mmg bengang tgk dia mengejek mcmtu. Dia terus laa pegi bilik guru and mengadu kat mak dia. (Kawan aku anak cikgu)

Kau rasa kalau cikgu dengar , reaksi dorg mcm mana? Bagi aku benda ni kecik je. Aku ok lagi. Minum ciput je pun. Belum pengsan or mati lagi. Tapi cikgu2 kat situ punya terkejut sampaikan semua guru2 kumpul la kt bilik guru. Sebab ni kes terbesar melibatkan cubaan membunuh. Tapi dorg just suruh aku balik ke kelas dulu. Biar dorg discuss. Sebelum tu aku dah ckp, “sy takde pape cikgu. Sikit je. Cikgu nasihatkan je dia.”

Waktu rehat lak, aku selisih dgn “kawan baik” aku tu. Aku terjah la dia ckp suruh dia mengaku. And yes!! Dia mengaku . Aku ingat lg ayat dia.

“A’ah mmg aku yg letak racun tu. Biar kau mampus. Dr dulu aku buat, tak mampus2 jugak.”

So tiba2 aku teringat kes masa darjah 6. Dia ke yg buat?? Mmg aku menyesal sekejap sb tuduh org lain padahal dalangnya “kawan baik” aku ni sejak dulu!

Mmg perang mulut jugak laa sb aku panas hati. Aku start bukak mulut pun sb dia mengejek 1 family aku. Aku taktau la apa masalah dia. Tak kan pasal senior time sekolah rendah tu , dia masih dendam dgn aku?

Habis je waktu kelas, tibe2 kecoh sekejap. Cikgu disiplin naik kelas aku suruh packing barang2 and turun ke pejabat. Aku yg tak bersalah ni mmg kecut perut laa sb cikgu disiplin yg paling aku takut tu yg handle.

Bila aku turun, tiga2 “kawan baik” aku tu kat bawah. Tapi dia still senyum sinis kat aku sb dia rasa biasa2 je kot benda ni. Tiba2 cikgu disiplin bg surat black list nama and buat laporan polis, baru aku nampak reaksi dia terkejut mcm nak nagis. Bukan dia je nk nagis, aku2 sekali nak nagis!

Merayu2 aku kt cikgu supaya tak buat laporan polis tp cikgu ckp ni cubaan membunuh. Tak berjaya kali ni, esok lusa dia buat lg. Aku seram sejuk mcm aku lak pembunuhnya. Sampaikan cikgu2 kata bukan masa dpn aku yg gelap tp masa dpn dorg yg gelap disebabkan diri dorg sendiri.

Aku nampak dorg dah mula menagis2 mintak maaf kat aku dan kat cikgu. Dgn aku2 sekali tolong merayu sebab aku tau masa depan dorg akan gelap kalau sekali terpalit dgn kes berat mcmni and libatkan polis. Tp cikgu buat taktau je.

Yg paling aku kecut, bila cikgu telefon mak ayah aku! Rasa mcm nak terkencing ! Sepanjang aku sekolah, belum pernah lg cikgu2 call mak ayah aku. So kalau dorg call, mmg mak ayah aku kat rumah akn terkejut. Mak aku ada darah tinggi!

Paling buat aku marah bila cikgu yg telefon tu kata aku pengsan kt sekolah. Bila masa?! Hangin aku. Aku tak dapat imagine mcm mana mak ayah aku kat rumah. Cuma yg aku dengar, suara garang ayah aku betul2 kuat kat telefon. Mengigil aku.

Bapak aku garangg oiii. Mati la lorr kalau bapak gue datang nanti. Sape suruh cari pasal dgn gue! 1 sekolah tau ayah aku garang . Cikgu yg telefon tu, awal2 dia dah cau sebab takut.

Dalam 5-10 minit, tiba2 aku dengar bunyi parking kuat dr kereta ayah aku. Berderau darah aku. Bila sampai je kat pejabat, lagi dasyat. Nasib baik cikgu2 dah asingkan budak2 tu kt bilik pengetua. Kalau takk…. aku sendiri taktau laa ape jadi dgn dorg. Suara ayah aku sorg je dah cukup memenuhi ruang dlm pejabat tu.

Cikgu2 kelam kabut tenangkan ayah aku. Dia mintak bawakkan aku ke klinik cepat utk check. Aku dah kata, aku tertelan sikittt je. Sumpah! Sikitt!

Tp yg sikit tu laa buat aku terseksaaa…

Ayah aku terus bawak aku pegi klinik. Doktor kat situ sampai terkejut laa sebab baru form 1 tp dah berani nak bunuh anak orang. Doktor tu dok tekan2 perut aku mcm dalam perut aku ni ada saka lak nak dikeluarkan.

Aku ckp, “doktor, sy tertelan ciput je. Bukan sy minum habis. Sy ludah terus masa minum seteguk tu.”

Doktor tu jawab, “eh ni tak boleh buat main. Awk ckp sikit, tp yg sikit tu laa berbahaya. Kita taktau dia letak apa. Sy kena tekan perut awk sampai awk rasa nak termuntah.”

Okk… ini bukan nak termuntah, ni rasa mcm nak naik kaki dah ni! Ni tekan ke hempap perut aku ni? Senak gila aku. Dah la masa rehat tadi aku telan mcm2. Nak menagis aku doktor tu menekan2. Agak2 dia rasa mcm nak putus asa sb nak dekat 30minit dia berusaha mengeluarkan setitik racun dari perut aku, dia terus cakap kat ayah aku.

“Pakcik pergi belikan air kelapa kat dia banyak2. Bagi sampai dia muntah. baru kita boleh yakin racun tu dah keluar dan perut dia dah bersih.”

So ayah aku yg mmg sorg ayah yg penyayang belikan air kelapa sampai makcik yg jual kat gerai tu terus habis la jualan dia aritu. Dann inilah penyeksaan kedua aku selepas kena tekan2 perut dgn doktor tadi!

Aghh!! Penuh dah perut aku ni dgn air kelapa. Aku ni dah la mabuk kenderaan. Dipaksa minum sambil ditazkirah oleh ayah aku yg taktau punca sebenar siapa yg mulakan dulu sampaikan aku dah loya sepanjang nak pegi ke balai polis.

Last2 baru aku bukak mulut. Aku cerita semuanya. Aku kata aku betul2 tak pernah gaduh atau cari pasal dgn sesiapa. Bukan aku yg rebut laki. Laki tu pun aku tak kenal. Tapi “kawan baik” aku yg dendam dgn aku sampaikan dr kawan terus jadi lawan.

Sampai je kat balai, aku turun je kereta terus muntah kat longkang. Muntah sebab dah berbuah2 kelapa aku minum sampai nak terkencing dah ni. Dan ini pulak penyeksaan ketiga aku.

Waktu aku muntah2, aku tak perasan kat situ penuh dgn polis lelaki tgh berdiri. Kau agak2 apa dorg fikir time tengah tengok seorang gadis yg berbaju sekolah tengah muntah2? Aku rasa mcm nak masuk jail je sebab malu yg amatttt!!!

So bila ayah aku dah beri keterangan, baru aku tgk reaksi dorg berubah dan macam lega sebab dorg ingat kes lain.

Tapi masa buat laporan polis, ayah aku just mintak polis dtg bg nasihat je. Bukan suruh tahan ke ape sb ayah aku pun rasa apa yg aku rasa mcm mana kelamnya nanti masa depan dorg. Sebab ayah “kawan baik” aku tu, kawan ayah aku. Dia jual pau kat tepi jalan. Mmg tak sampai hati kalau mak ayah dia tau anak dia dah buat jenayah terbesar waktu usia 13 tahun tu.

So aku ingat penyeksaan aku dah berakhir. Balik je aku tgk mak aku dah menagis2. Aku nak tergelak pun ada sb mak aku ni jarang nak caring2 junior dgn aku. Ape ingat aku dah arwah ke menagis sampai mcmtu sekali. Mmg tergelak kejap aku. Tp mmg sekejap aku gelak sebab mak aku terus tampau muka aku. Dia ckp ni bukan main2. Ni serius!

Dah kena tekan perut, dah kena minum berbuah2 air kelapa, dah kena malu kat balai, dah kena tampau gan mak aku, skg turn mak aku suruh minum 3 botol besar air mineral supaya perut aku clean and clear. Perhh! Dlm hati aku, “asal la aku tak betul2 minum air racun tu. Takdela aku sengsara sangat. Sekurang2nya mmg betul ada racun kt perut aku .” Tp masalahnya, mmg aku tak minum habis! Tertelan sikittt sangat. Tu pun tak jadi lg racun tu kt perut aku.

Tapi takpe. At least aku nampak family aku btul2 sayang kat aku. Mcm mana wajah risau mak, ayah dan kakak2 aku, aku betul2 hargai.

Ouh lupa. Kakak2 aku pengawas disiplin kat sekolah. Kakak aku lak penolong ketua pengawas. Esok harinya cerita lain.

Malam tu, semua family “kawan baik” aku datang kt rumah aku buat rayuan dan mintak maaf atas segalanya. Ayah aku ckp dia tak buat pun laporan. Just mintak polis nasihatkan je sekurang2nya dorg ada rasa takut dgn kesilapan kali ni. Yg terlibat dlm kes ni, 3 orang. Aku syak sorg. Rupanya 2 lagi “kawan baik” aku pun join. Mmg terkejut besar aku. Yelaa muka paling ‘nerd’ dah kena black list nama?

Esoknya di sekolah, aku tgk “kawan2 baik” aku takde. Cikgu tiba2 panggil aku utk sesi kaunseling. Pelik gila tp aku layankan je. Asal lak aku yg kena kaunseling nii. Haihhh nasibb badannn.

Rupanya waktu sesi persekolahan pagi tadi, cikgu2 ada meeting dgn semua pengawas disiplin. Apa tindakan yg perlu dilakukan selepas ayah aku tak membuat laporan polis. Pihak sekolah tetap kena amik tindakan. Tapi dalam meeting tu akak2 aku yg terlebih emosi. Ikutkan marah kakak2 aku, dorg suruh cikgu campak budak2 tu kat sekolah Henry Gurney. Tapi cikgu tegur sebab ayah aku dah pesan, jangan biarkan masa depan budak2 tu gelap. Kalau masuk je sekolah tu, mmg gelita dah masa depan dan lagi terpengaruh dgn orang2 disitu.

So cikgu pangil aku kat bilik kaunseling semata2 nak ceritakan meeting pagi tadi fasal kakak2 aku. Dan keputusannya, pihak sekolah cuma ambil tindakan gantung sekolah selama 2minggu kat “kawan2 baik” aku tu. Cikgu nasihatkan supaya aku lebih berhati2 , takut2 dendam dia yg tak terbalas tu, dia lagi tak puas hati dgn aku.

Dann… Setelah disoal siasat, bahan2 dalam air tu, “kawan2 baik” aku yg terlebih cerdik dan pandai tu buat eksperimen. Dia letak ubat nyamuk (Shieldtox), perfume dan ape benda ntah lagi. Yg tu je aku ingat sebab aku rasa mcm ‘eh kau ingat aku nyamuk kee nak bagi racun nyamuk kat aku!’

Kesimpulannya, sampai ke hari ni aku tak pernah nampak “kawan baik” aku tu walaupun dia setaman je dgn aku. Aku cuma nampak family dia je meniaga kt tepi jalan. Yg sorg lagi, dah kawin. Dah ada anak. Kakak dia ckp, dia terpengaruh. Yg sorg lagi, Wallahu’alam.

Nasihat aku, janganlah terlebih percaya hatta kawan baik sekalipun. Rambut sama hitam, ketiak sama berbau tapi hati lain2. Dan janganlah sesekali tinggalkan air bersendirian. Kadang2 kita taktau sape2 yg ada iri hati or busuk hati kat kita ke. Tak ke naya nanti hidup kau kalau jadi mcm aku walaupun minum hanyalah setitik.

Itu je aku nak share. Dan sehingga kini, usia aku dah cecah 22tahun. Aku masih susah nak berikan kepercayaan pd kawan2 aku. Aku just nak mintak maaf kat kawan2 yg berusaha nak menjadi kawan rapat aku tapi aku cuma biasa2, ketahuilah, setiap manusia ada titik hitamnya yg menyebabkan dirinya menjadi sebegitu. Tak usahlah kau menilai aku melalui firasat hati tanpa kau tahu apa yg sebenarnya kisah disebalik kelakuan pelik aku ni.

Kpd “kawan baik” aku yg mungkin terbaca, mungkin korg semua termalu sendiri atas ketidak matangan sikap korg dulu. Tiada niat aku nk memburukkan kalian tp aku cuma berkongsi agar orang2 di luar sana lebih berhati2 memilih kawan. Aku doakan suatu hari nanti, anak2 korang tak akan buat begini mcm mana pernah kau lakukan pada mak ayah korang pd waktu dulu.

Sekian, Assalamualaikum.

-MAQ-

– MAQ

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit