Assalammualaikum, aku ingin berkongsi satu pengalaman sebagai seorang guru praktikum disebuah sekolah rendah. Sikit je intro, harap admin sudi share. Hehe.
Bermula hari pertama dengan penuh semangat hingga minggu keenam. Aku semakin kenal dan akrab dengan pelajar tak kira kelas apa darjah berapa sebab aku seorang yang berfikiran terbuka dan sempoi. Mungkin juga sebab aku mempunyai sifat keibuan dan suka budak.
Waktu rehat bermula, aku tak turun makan kat kantin sebab puasa. Jadi aku ambil keputusan untuk siapkan kerja yang tertangguh dekat dalam kelas sementara tunggu pelajar naik rehat. Tak berapa takutlah sebab ada sorang budak ni kira pandai kipas, selalu puji tudung aku cantik.
Aku tak marah dia kalau dia tak turun pergi kantin waktu rehat, nanti ade je yang topik yang ajak sembang. Macam macam dia ajak sembang kadang terleka aku, cerita pasal sembelih ayam lah, adik dia kuat menangis lah, mak ayah asik gaduh lah. Makin hari aku makin rapat dengan sorang murid ni.. Nama dia Dira.
Bila masuk bilik guru, aku akan bangga bercerita dengan rakan praktikum yang ada pelajar perempuan rapat dengan aku. Seronok sangat bila rakan praktikum aku mencebik mulut macam cemburu dia takde murid kesayangan.
Aku panggil budak tu Dira. Nama manja Diramon sebab barang dia kebanyakkannya gambar doraemon dari alat tulis sampai ke beg. Baru darjah berapa. Dia pernah tanya bila birthday aku. Dan kebetulan memang esok birthday aku! Aku cakap lah esok, dia tak percaya. Aku cakap tak percaya sudah.
Ya tak ku sangka, esoknya dia bawakkan hadiah yang dibalut dengan kertas buku tulis. Aku tegur dia kenapa balut pakai ni, lepas ni jangan koyakkan buku tulis. Dia kata buku tulis lama, dah tak pakai. Ya aku tau, dah kuning kuning sikit kertasnya. Takpelah janji dia ikhlas.
Bila aku nak bukak hadiah tu, dia kata bukak nanti tunggu aku nak dekat habis pekatikum. “Tak sabar aku, balik ni aku nak bukak jugak” dalam hati aku kata. Ape lah budak ni bagi. Rupanya dia bagi komik doraemon. Walaupun keadaan buku macam second hand, aku tetap hargai.
Walaupun dia bukan pelajar kelas aku, tapi aku lagi selesa dengan dia. Dia selalu tolong aku kemas kelas bila pensyarah ingin membuat penyeliaan. Dia yang bagi idea letak gambar doraemon supaya lebih comel kelas aku.
2 bulan lebih berlalu…
Sehari sebelum tamat praktikum, aku merancang untuk membuat jamuan perpisahan dan kejutan hari jadi untuk Dira dan aku pun berbincang dengan guru pebimbing tentang rancangan aku. “Dira mana?” tanya guru pembimbingku. Aku pun cakap lah dira yang gempal gempal tu darjah 4 kelas Kak Yan (Guru kelas lain).
Tapi guru pebimbing aku ketawa seolah olah memperlekehkan idea ni. Mungkin sebab Dira bukan murid kelas aku. Aku tertanya juga, lawak ke aku nak buat jamuan perpisahan aku dengan pelajar kelas aku sendiri.
Dia terhenti ketawa bila wajah aku mula serius. Tapi dia sambung ketawa lagi sambil menepuk bahu aku, “tak baik lah gitu” kata guru pebimbing. Mungkin tidak mahu pelajar lain cemburu. Aku pun cakap lah takpe kalau tak nak sambut kat sekolah. Saya sambut hari jadi Dira kat luar waktu sekolah je nanti. Lalu aku berlalu pulang memandangkan sudah tamat sesi persekolahan.
Pada malam tu, aku whtsapp guru class Dira untuk minta nombor telefon parents budak tu, ye lah nak minta izin ajak dia keluar makan sesama. Nama dia kak Yan, kak Yan tanya nak buat apa. Aku pun cerita lah yang aku nak sambut birthday dira. Dia bluetick aku je. Serious menyampah.
Esoknya aku gagahkan juga kaki untuk ke sekolah memandangkan hari terakhir walaupun sakit hati kena bluetick. Aku cuba mengelak dari Kak yan. Tapi Kak Yan tegur aku juga. Aku pun buat buat okay. Kak Yan tanya, “Awak nak sambut birthday dira budak kelas akak ke? “. Aku cuba turunkan ego, aku jawab ya.
Kak Yan menunjukkan satu kertas profil pelajar, “Dira ni memang budak kelas akak darjah 4. Tapi ni tahun lepas punya. Sekarang dia dah darjah 5. Dia dah pindah sekolah lain, dah ikut keluarga dia pergi Kedah. Kamu biar betul, jangan main-main”…
Aku melihat pada kertas tersebut, tarik dia pindah adalah pada tarikh yang sama aku masuk ke sekolah ni tapi pada tahun lepas. Aku tak tau nak cakap apa. Aku bersyukur sangat sebab hari terakhir aku kat sekolah ni baru aku dapat tau budak yang selama ni dengan aku berbulan bulan dekat sekolah cuma bayangan..
– Cikgu Cika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit