Untuk part I, (https://iiumc.com/diramon-ku-sayang/).
Hmm ramai yang kata cerita tergantung. Jadi kat sini aku teruskan kongsi cerita apa yang terjadi lepastu pada Cikgu, Dira dan komik doraemon.
Selepas dapat tau, bulu roma aku terus naik. Aku terus rasa keliling aku ni ada benda sedang perhati. Aku hentak hentak kaki, aku genggam dua dua tangan Kak Yan. Aku tanya Kak Yan betul ke apa yang dia cakap tu. Aku tengok profil Dira, ya memang gambar dia. Ini lah budak tu.
Menggigil aku bercerita dengan Kak Yan selama ni Dira yang tolong aku angkat buku ke bilik guru, dira lah tempat aku cerita yang aku stress kalau pelajar lain nakal dan bising dalam kelas.
Kak Yan menggelengkan kepala, sambil mengusap belakang ku “Allahuakhbar.. istighfar Cika.. budak tu dah pindah tahun lepas..”
Masih aku terbayang. Masa tu rehat, aku duduk di perpustakaan mencari bahan bantu mengajar. Aku stress sangat sebab pelajar tak bagi kerjasama masa pensyarah datang buat penilaian. Markah aku jatuh teruk.
Tiba tiba dira datang, dia terkejutkan aku. Waktu tu juga aku tertengking dia sebab aku terkejut sangat, aku arah dia turun pergi kantin. Dia terus berlari keluar dari perpustakaan.
Malam tu aku tak boleh tidur sebab teringat pasal Dira, aku kesian dengan dia sebab jadi mangsa keadaan. Sejak tu bila aku terserempak dengan Dira dekat kawasan sekolah, mesti dia terus lari mengelak. Jadi sebelum aku pergi buat selamanya dari sekolah ni, aku nak cipta satu kenangan manis dengan dia.
Memandangkan dia pernah minta aku pindah lambat sikit (dia kata pindah sebab dia ingat aku ni dah jadi cikgu betul, padahal baru praktikum), tunggu birthday dia.. tiga hari selepas hari aku pindah. Gitu lah gayanya. Sebab tu lah aku beria nak sambut birthday dia. Tapi apa daya pengakhirannya bergini.
Sepanjang majlis perpisahan tu, aku rasa bersyukur sebab akhirnya penat lelah aku kat sekolah ni sebagai guru praktikum akan berakhir. Terasa sebak sebab satu satunya murid kesayangan aku tak muncul. Walaupun bila dapat tau kewujudan dia cuma bayangan.
Entah aku masih tak boleh terima kenyataan. Semasa memberi ucapan terakhir atas pentas, mata aku mencari cari susuk tubuh gempal bernama Dira, bertudung comot, memakai beg doraemon.
Patutlah dia pernah cakap yang dia takde kawan, sebab tu lah tak turun ke kantin masa waktu rehat. Aku tak tau, sama ada dia jin atau entah. Tetapi kehadiran dia memberi semangat sewaktu aku tertekan. Seolah olah Allah hadirkan dia untuk aku terus bersemangat meneruskan praktikum.
Jika dia adalah jelmaan jin, semoga aku dan dia tidak dipertemukan lagi. Cuma kadang aku diselebungi rasa rindu dalam masa yang sama rasa seram.
Aku juga dapat tau, Dira adalah seorang yang suka bersyair walaupun baru darjah 4..
– Cikgu Cika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc. com/submit