Diri Direndah-rendahkan Pasangan

Salam, hi. Saya ada terbaca luahan “isteri nusyuz” (https://iiumc.com/isteri-nusyuz-ii/) tu sambil tu imagine, inikah nasib yang saya akan terima kalau kahwin dengan partner saya sekarang ni. Sebab cara dia luahkan, cara penulisan haish, narsistik sungguh lah.

Teringat partner saya sekarang ni, dimana setiap kali pergaduhan, semuanya adalah salah saya. Salah dia tak nampak, ego yang tinggi, self-centered dan walaupun salah dia memang dah terang-terang bagi dia maaf sekali sahaja dah cukup then buat balik.

Saya nak tahu macam mana isteri dia boleh kahwin dengan lelaki dia, adakah isteri dia kahwin semata sebab sayang, macam saya. Dan tutup mata saja red flag yang dah terang-terang nampak masa bercinta? wallahualam.

Saya nak share sikit pasal partner saya, saya sayang dia, tapi bila fikir nak kahwin, mungkin saya jadi takut dan masih berfikir berkali-kali. Dia ni sangat self-centered.

Saya belajar sampai degree in engineering field. Dia belajar sampai diploma sahaja, bidang saya taknak bagitahu. Tapi jujur saya tak pernah pandang rendah sebab walaupun dia belajar hanya dalam bidang tu tapi kerja dia sekarang hebat.

Sebelum ni, gaji saya lebih besar dan position and career saya lebih kukuh berbanding dia, jadi saya tanya adakah dia okay kalau together dengan saya, or adakah dia akan rasa triggered. Tapi dia cakap dia okay, tak kisah. Sampai lah sekarang dia ada gaji lebih besar dari saya which is alhamdulilah.

Tapi dia ni jenis pandang rendah pada saya, first sebab saya perempuan. 2nd sebab dia kata kerja saya ni “apalah sangat” walaupun saya technical engineer, hanya saya seorang perempuan yang bertahan dekat sini as technical engineer.

Tapi dia kata, bukan buat apa pun, apa yang penat sangat. Title je technical engineer, kalau technical lain tu macam lelaki buat kerja semua dekat site. Dan macam-macam lah lagi dia rendahkan kerja saya ni. Saya pun iya kan je lah.

And dia selalu rendah-rendahkan degree saya. Its okay, saya dengar je. Bila gaduh je, salah saya, saya kena minta maaf. Baik, saya minta maaf walaupun dah terang-terang dia ada salah juga, tapi dia takkan minta maaf sebab siapa punca, mestilah saya.

Saya ada duit lebih sikit and sharelah bagitahu dekat dia saya nak buat apa, dia triggered, sambil merendah-rendahkan niat saya. Saya niat nak belanja family and saya share kisah happy saya dekat dia, pun direndah-rendahkan.

Pendek kata saya tak boleh hebat atau lebih dari dia lah dari semua perkara. Bukan tu je, dia generalize kan perempuan ni suka menyusahkan dan tak hormat perempuan secara general.

Hormat ni more tu, aurat, skill, kerja-kerja perempuan, dan banyak lagi lah. Saya mendengar dia kutuk-kutuk perempuan lain, sambil tu saya tegur tapi dimarahi pula.

Ouh ya, bagi dia kerja rumah tu bende kecil je tak perlu di heboh-hebohkan, and dia juga ada mention dia takkan sentuh kerja rumah.

Lepak selalu sampai pagi, tapi bila saya nak keluar dengan kawan dia bising, dan dia bagi saya limit keluar sekali sebulan sahaja atas alasan suruh simpan duit. Baik, saya ikut. Dia suka bila perempuan tunduk dan dengar cakap dia.

Ye, saya ni jenis kurang memberontak, sebab bila saya cuba nak tegakkan pendiriran saya, saya akan fikir dulu kenapa dia act macam ni sampai lah saya jumpa “positive” nya, walaupun saya hanya nak sedapkan hati sendiri saja.

Kalau saya melawan sikit or berbeza pendapat sikit dia akan tengking macam saya buat kesalahan yang besar.

Pernah sekali kantoi dia ada dating app dan bermessage dengan perempuan dekat situ, saya tahu saya buat bende yang sama balik sebab sakit hati, tapi mengamuk dia. Sumpah saya takut. Saya nak pergi tapi saya kesian hmm.

Saya tengah ambil masa untuk lepaskan dia, sebab saya dah tak rasa nak jadikan dia as suami saya. 2 tahun saya bagi peluang pada dia untuk berubah. Tapi saya makin sakit dan ketakutan.

Saya pernah cakap begini, tapi saya disalahkan lagi, sebab puncanya saya. Dia manipulate balik dan gaslight balik dekat saya. Saya ni ada panic attack. Tapi bagi dia panic attack saya ni saja2. Saya ni selalu anxious orangnya. Tapi bagi dia adalah satu game.

Dia sangat suka tengok bila saya kena panic attack, siap gelak kahkahkah lagi. Dia suka usik saya and uji saya, dia tahu saya ni selalu risau pasal dia,

So dia akan reka-reka cerita and tipu saya sampai jantung saya laju, sampai saya jadi macam cacing kepanasan and after that dia gelak and cakap “I saja je tipu you/I saja je uji you” sumpah cakap ada sekali ni sampai saya sesak nafas, muka pucat dia boleh gelak-gelak tengok saya macam tu. Haih.

Dia cakap itu tanda dia sayang saya, and dia nak tahu banyak mana dia boleh buat sampai saya capai limit saya. Psycho punya jantan. Dia selalu bagi saya layanan hot&cold, and now dia tahu cara untuk control and manipulate saya.

Honestly, saya cuba sebaik mungkin untuk angkat kaki. Saya cuba, susah sebab saya and family dia sudah kenal rapat. Saya ni sifat empathy sangat tinggi, saya mudah kesiankan orang.

Dan macam-macam lagi lah saya fikir, kalau break jadi apa, after that jadi apa, saya ni banyak berfikir orangnya. Dan dia tahu macam mana nak control saya.

Hmm, I cant imagine bila dah kahwin nanti (if I kahwin dengan dia). Pray for me and for him juga. Semoga dia boleh jadi orang baik dan berubah.

– NoFace (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Seyes i macam u dulu..run girl selagi boleh sebab laki mcm ni takkan berubah.Jangan jd mcm i dah ade anak baru terhegeh2 nk cerai.Percaya la sayang saje tak cukup.U sayang mcm mne pun one day bila dah ade anak,sayang tu akan jadi benci dan dendam..Klu belum jadi bini pun dh rendahkan apetah lagi jadi bini.

  2. Orang empath+highly sensitive person ni jenis tak kisah untuk mengalah sebab nak elak konflik, jenis kurang memberontak, jenis yang mudah kesian kat orang, jenis empathy tinggi.. dan selalunya dilabel sebagai ‘lembik’. Orang camni sangat disukai oleh orang narsistik sebab mudah di kawal mudah dipujuk. Ya dia memang suka, tapi suka dia tak sama dengan suka kebanyakan manusia ‘normal’. Bagi dia cara dia suka tu adalah dengan perangai2 yang TT sebut tu.

    “Saya nak pergi tapi saya kesian”
    Sila kunci dalam2 that mindset as an empath. Ya empaths mudah kesian tapi jangan sampai diri sendiri stress dipijak. Ada masa2 memang tak kisah dipijak sebab malas nak layan tapi know your limit and boundaries. Kalau dapat detect awal orang narsistik ni, sila tekan break. Dah tak perlu kesian2 sangat dah. Kesian kat diri sendiri dulu. Kesian nanti dia tu sengsorang ke? Pandai2 lah dia nak hidup. Sebelum berkenalan/kahwin elok je dia hidup kan? Elok je dia buat aktiviti kan?

    Orang empath biasanya juga ada pemikiran “Mungkin aku boleh heal dia.. ” . Kunci dalam2 juga pemikiran macam tu. Jangan rasa diri boleh jadi ‘saint’ . Orang narsistik ni takkan berubah melainkan dia je yang nak berubah. Itu pun SUSAH. Empaths ni memang lah bagus nak cuba bantu orang, tapi macam saya kata tadi, kalau dah sampai diri sendiri yang sakit, si dia pun masih macam tu (makin menjadi jadi adalah), so sila TEKAN BREAK. Dalam Quran pun ada sebut lebih kurang “sesuatu kaum tu takkan berubah melainkan dengan kehendak mereka sendiri”. Ya kita boleh tolong sikit2 tapi apa2 pun dorang yang kena ada kesedaran untuk berubah.

    Selagi kita bertahan dengan orang narsistik ni, dia akan rasa lah diri dia yang hebat dan dia yang menang. Jadi nak harap dia berubah ? Kita kot yang kena selalu jumpa pakar psikitiari ubati mental sendiri. Dia relax je teruskan hidup dan aktiviti dia. Kalau dengan tinggalkan dia boleh buat dia berubah, so be it. Biar dia heal/fix diri dia sendiri. Pandai2 lah jumpa doktor ke pakar ke bila dah ada kesedaran.

    Ntah la sis, dah banyak dah kes orang2 empath ni memang takkan boleh tahan dengan orang narcissist. Cuba belajar tukar diri jadi ‘strategic empath’ atau ’empowered empath’ . (jangan jadi ‘dark empath’ pula tau hurmm)

  3. Kalau rasa nak campak diri dlm liang neraka dunia…silakan teruskan hubungan.

    Dah sakit esok mai sini karang confession baru pulak.Good luck

  4. Org mcm ni kna ‘bagi direct’ je, biar dia ‘sedar’ ckit, sbb selama ni awak diamkan shj, tu yg dia brani nk cakap or buat apa je, rendah2kan n gelakkan org ketika ‘panic’, itu macm sifat ‘syait*n’ jer.. klau awk betul nk ‘kenakn’ dia blk, awk kna ada ‘jawapan’ yg mngkin akn buat dia tersedar skejap.. cth: kalu dia rendah2kan awk ada ‘degree’, cba tanya dia balik; antara diploma & ijazah, mana yg lebih tinggi ‘taraf’nya, (walau pon gaji dia lbh tinggi..), atau mse dia knakan awk tu, kata kat dia, saya doakn suatu hari org lain akn buat ‘prank’ lagi teruk kat awk.. or perkara2 yg kecil pon, cuba ‘balas’ balik dgn asertif.. bkn nk cari gaduh, tp biar dia ‘sedar diri’ ckit..
    Lastly, jangan lah buang masa lama2, dah bnyak sgt ‘red-flags’, just cakap jer depan dia, “i think i don’t deserve to be with u, maybe u deserve q better person, so why don’t we just split up n move on..?” Tak ada apa yg ‘rugi’ pon, tp klaw awk tunggu lg, mmg confirm rugi.. so, apa tunggu lg.. blah je, there are more better person for u out there.. wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *