Diri ku dan Kerja Part-time

Alhamdulillah sekarang genap 2 tahun saya bekerja disalah sebuah Syarikat Swasta. Alhamdulillah rezeki di syarikat ini sangat-sangat murah ada sahaja rezeki yang masuk.

Okey berbalik pada tajuk saya diatas, selain daripada bekerja di office saya juga mempunyai kerja sampingan (PARTIME).

Selepas waktu kerja yang berakhir pukul 5.30pm after tu saya akan bergegas untuk pergi partime job yang saya lakukan selama hampir 2 Tahun setengah.

Kalau nak kata penat bohonglah saya kata tak penat , tapi bila dapat gaji daripada hasil partime hilang segala rasa penat.

Jujurku katakan niat untuk partime adalah untuk menampung kehidupanku diperantauan bukanlah kata gaji yang diberikan oleh syarikat saya bekerja tidak memadai.

Namun untuk hidup dibandar yang hanya bergaji (RM1+++.00) tolak itu dan ini berapa sangatlah jumlah yang tinggal bersih2 pun RM300.00 sebulan RM300 tulah yang kau akan simpan sebagai duit poket makan or beli apa yang diinginkan.

Cemburu dengan kehidupan orang lain, bohonglah kalau saya cakap tak cemburu, tapi saya positifkan diri dengan memujuk hati rezeki orang, lain-lain mungkin kita Nampak kehidupanya serba ada tapi kita tak tahu mungkin dia diuji dengan kebahagian atau ujian2 lain.

Sebelum tu, dioffice saya salah seorang yang tidak mempunyai kereta dan lesen kereta dan sangat-sangat lah tidak berkemampuan untuk bergaya seperti rakan-rakan office saya yang kerap membeli atas talian yang shopping barang-barang mahal dan berjenama.

Kekadang berdesing jugalah bila diperli “kau bila nak beli itu nk beli ini” tapi saya sabar dan terus bersabar, dah genap 2 tahun dah pun di company ini dah 2tahun lah saya dihina dicaci namun sabar itu lebih indah.

Alhamdulillah masuk bulan JUN baru2 ni rezeki saya sentiasa ada mencurah-curah, rezeki itu bukanlah datang dari segi wang ringgit semata dapat kenal orang yang baik2 hati nya pun satu rezeki.

Okey berbalik pada kerja partime saya, kerja saya disana sangatlah mudah Cuma tunggu customer datang dan kemas2 apa yang patut,

Gaji partime ni tidak lah terlalu mahal ianya dibayar mengikut jam yang diberi sahaja, adakala saya Cuma dapat RM450.00 adakala RM250 sahaja ikut pada kehadiran saya dan jam.

Sekiranya saya Cuma masuk 3jam so sikit lah yang saya dapat sekiranya 4 jam atau sentiasa masuk kecuali jika saya hal2 tertentu saya akan dapat lebih,

Lagi pulak saya kerja office kekadang memerlukan saya untuk stay sehingga lewat malam or bermalam dioffice suara2 sumbang tentang diri saya tu perkara biasa mana2 tempat pun sama je Cuma hati tu kental dengan tak kental jer..

Owh ya lupa nak cakap (saya seorang wanita, haha) tak semua girl yang mampu untuk lalui semua ni lagi pulak dah kerja tempat yang selesakan macam saya.

Peduli lah orang nak kata saya itu dan ini, susah senang hidup hanya saya sahaja lalui dan saya ada keluarga untuk tempat saya meluah rasa hati. Jika di office ada seorang adik manis ni saya selalu meluah rasa kat dia begitu juga dengan dirinya.

Dan kami punya cerita yang lebih kurang sama, saya bangga dengan adik manis ni sentiasa tabah dalam menjalani setiap ujian yang ALLAH berikan padanya.

Disaat dia diuji, Allah berikan rezeki yang tidak disangka2 olehnya bersama suami seorang yang rajin berusaha dalam mengubah nasib diri,

Dia juga adalah salah satu mentor saya apabila kita diuji jangan terlalu bersedih dan jangan terlalu mendonggak keatas apabila diberikan rezeki lebih dari ALLAH. Kami sama sebelum ni dia juga buat Partime job after habis kerja,

Namun terpaksa berhenti disebabkan hal-hal yang tidak boleh dielakan, apa yang saya lihat rezekinya lebih kepada bisnes Online.

Dan saya juga pernah mencuba untuk bisnes secara atas talian, tetapi rezeki tidaklah berpihak pada saya mungkin rezeki saya datang dengan cara yang berbeza.

Partime Job ini sedikit sebanyak dapat menampung kehidupan saya sementara menunggu gaji untuk bulan seterusnya. Dalam hidup ini jika kita ingin mengubah nasib diri tolak tepi lah perasaan malu yang penting jangan mengemis selagi boleh kerja, bekerjalah.

Orang nak kata kau tidak bergaya tak apa suatu hari nanti awak pasti akan lebih baik kehidupan berbanding diri si penghina.

Lebih-lebih lagi Negara kita diuji dengan covid-19 banyak orang diluar sana yang dibuang kerja dan hilang sumber pendapatan jadi kita yang memang gaji cukup2 makan ni bersyukurlah sekurang-kurangnya Allah berikan lagi rezeki lain.

Pada mula disebabkan covid-19 banyak company dimana tempat saya partime tidak memerlukan partime 4 jam mahupun 8 jam namun hari-hari saya berdoa pada Allah agar ada rezeki untuk saya ditempat itu, syukur.

Alhamdulillah akhirnya terima call dari salah satu company memerlukan partime 4 jam sahaja. Walaupun ianya hanya seketika saya pasti akan ada rezeki lain yang menanti.

So satu nasihat saya, jika anda yang bergaji cukup-cukup makan jer better carilah jalan untuk mengubah nasib diri dan menambah pendapatan selain itu, berdoalah pada ALLAH mohon dipermudahkan rezeki, perbaikin diri sesama manusia dan bersedekah walaupun hanya 1 ringgit.

Bagi saya pada zaman ni tidak kira lelaki mahupun wanita kena usaha lebih untuk kepentingan masa hadapan bagi wanita pulak jangan terlalu bergantung pada wang lelaki,

Tetapi jika rezeki anda dapat someone yang berkemampuan tu lain ceritalah tapi dugaan Allah ni kita tak tahu kan apa yang akan berlaku dimasa akan datang.

Seperti yang saya nyatakan diawal penulisan saya, tujuan utama adalah mencari pendapatan sampingan sementara diri ini bujang lagi dan disamping itu juga sebahagian dari hasil partime adalah untuk simpanan kawin or apa2 kecemasan.

Okey ramai yang persoalkan kenapa kau pulak nak buat simpanan kawin bukankah lelaki yang sepatutnya berlebihan untuk belanja majlis kawin.

(Itu pendapat anda) tetapi bagi saya ianya kena bertolak ansur berapa banyak yang saya inginkan saya juga perlu ada jumlah tersebut syukur Alhamdulillah sedikit sahaja lagi akan mencecah pada jumlah yang saya inginkan walaupun calonya belum ada hahaha.

Tetapi wang tersebut saya boleh gunakan untuk keperluan lain jika perlu. Tapi janganlah terlalu jujur sangat dengan pasangan dalam berpasangan ada perkara kita boleh share dan ada perkara yang tak perlu kita share ini untuk kepentingan diri dimasa akan datang.

Okey lah semua saya rasa makin panjang saya tulis, makin keluar daripada tajuk asal hahaha.. Tapi nanti saya akan share lagi pada korang moment saya sewaktu bekerja sampingan (Partime)

– Cik_single (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *