Untuk part I, (https://iiumc.com/diri-yang-dah-rosak/).
Phew. Okay, bismillah. How do I take things easy here?
First and foremost, tidak aku di sini untuk ceritakan secara rinci mengenai apa yang terjadi. Dah aku gambarkan secara keseluruhan rentetan ceritanya. Tak sangka bakal hebat dipijak sebegininya sekali.
Ah, entahlah. Ceritanya jelas panjang. Namun apa yang aku cuba suarakan adalah kepedihan tak tertanggung saat menyedari betapa nasib takkan terbela di dunia.
Heh. Entahlah. Tak pandailah nak puaskan hati manusia.
Cuma macam itu saja lah. I was being used. Without me realizing. Heh. Nak in Malay? Aku dipergunakan. Di luar pengetahuan. Heh. Sakitlah pandai. Sakit nak guna bahasa sendiri. Terasa hingga ke sudut hati paling dalam. Tapi orang bukan peduli. Heh.
Ah. Matilah. Sejak bila aku kisah nak puaskan hati manusia?
Back to square one.
Aku nak cakap apa? Ramai tak faham. Sedangkan jelas tertulis siapa target audience aku heh. Jelas kau bukan trauma survivor, kemudian pilih untuk bising tak faham. Siapa yang tak faham bahasa sekarang? Lihat, aku bukan nak gaduh tapi aku ke kau yang dah kenapa?
Dah aku bahagikan kepada tiga, untuk trauma survivor, untuk pihak berwajib yang tak amanah, kat bawah tu ada sikit untuk yang tak terlibat. Tak tahu pula aku di sini kalau nak meluah kena yang mesra pembaca yang jelas seleranya berbeza-beza. Entahlah.
Pertamanya, aku memang bukan nak cerita apa yang terjadi secara rinci.
Aku dah gambarkan rentetannya secara ringkas.
Dan kesimpulan yang aku berikan semuanya dah aku dapatkan pengesahan. Bukan sendiri nak kata diri tak salah. Heh. Told ya aku dari mula ingat aku salah juga.
Jadi ceritanya apa? Ceritanya tetap sama.
Aku sangkakan aku sama-sama salah. Dua tiga tahun kemudian. Baru aku tahu aku dipergunakan.
Ya aku tahu aku tersepit, tapi entahlah. Dan aku di sini bukan untuk meraih simpati sama sekali. I’m done nak dapatkan simpati. Nak ke mana pun. Aku cuma nak tegakkan apa yang benar.
Dan dulu aku tak tahu aku di pihak yang benar. Aku sangka aku sama sama salah. Aku kata SALAH. BUKAN SUKA. ENGKAU KENAPA.
Aku tak cukup gila nak kata aku suka dosa. Rabb, mintak jauh. Kenapa aku salah? Sebab aku cuma tolak sekali, yang seterusnya aku dah banyak benda nak hadap serentak.
Dan pertama kali aku marah dia terus mogok lapar. Belum aku cerita soal dia keluarkan pisau nak cederakan diri sendiri.
Dan cerita akan panjang dan lama kat situ. Dan aku tak berminat. Sebab aku sakit nak dengar dan baca orang kutuk dia. Dan itu bukan tujuan aku. Langsung. Cukuplah aku seorang doakan neraka untuk dia. Orang lain tak payah.
Kenapa benda kena berlarutan sampai setahun, sebab dia berjanji tak nak buat lagi. Towards the end, aku pun dah sakit. Fizikal ke mental ke semua lah semua.
Okay and then now what? Tujuan aku apa. (Terima kasih admin faham tujuan aku, sebab tu admin highlight yang tu. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Maaf bagi pihak commentator yang mengata admin.)
Now, tak berapa hari yang lalu, aku hubungi mereka yang berkenaan dan aku difahamkan kes ditutup.
Dan aku cuba dapatkan kepastian lagi, dan ya, aku difahamkan banyak saja lagi kes begini berlaku di sini (aku dah sebut nama institusi itu pada artikel terdahulu). Namun kes ditutup selamba. Lagak manusia tak punya jiwa.
Jadi lagi sekali, aku di sini untuk apa?
Not much. Hanya saja dengan harapan. Ada mata hati yang terbuka, menyedari betapa rosaknya dunia hari ini.
(Dan ya, asalnya tajuk aku beri “rosak” saja. Dunia yang dah rosak. Aku rosak jugak tapi entahlah. Takpelah. Admin belum publish pun aku dah doakan kebahagiaan dunia akhirat untuk dia.)
Entah. Itu saja sebenarnya. Dan aku tahu admin baca tulisan aku. Buat yang fitnah admin tak baca tu- semoga admin bermurah hati maafkan engkau.
Aku nak beritahu soal betapa mangsa akan terus menderita, dan penjenayah bersorak ria walau mungkin hanya di dunia- tapi tetaplah. Apa guna pihak berkuasa kalau nak tak amanah?
Entahlah.
Sekalung budi seuntai kasih buat mereka yang backup aku. Buat mereka yang baca satu demi satu. Buat mereka yang pilih untuk comfort aku. Nak saja aku mention satu persatu nama, tapi mungkin lain kali. Ada final esok. So yeah.
Aku dah bentangkan apa yang jadi. Kalian mahu apa lagi? Nak secara rinci? Untuk apa? Untuk kalian hakimi sendiri? Thanks, but no thanks.
Aku dah have enough judges dalam hidup.
Teruk tak teruk dia buat aku. Teruk. Cukuplah kau tau macam tu. Teruk. Aku pun tak tahu macammana aku bertahan. Teruk. Benda tu tak payah teruk pun untuk kau ke depan pertahankan maruah kau, jadi aku tak nampak kepentingan untuk aku ceritakan apa dia dah buat kat aku.
Banyak benda lagi di situ.
Tapi point utama aku untuk pihak berkuasa. Dan di kesempatan itu, solidariti aku naungkan untuk yang sama sama diuji dan tak punya siapa untuk melindungi. Aku cuma boleh pujuk dan kata Allah ada. Allah tahu semua.
Buat yang kata aku masih trauma, dude, betapa kau tak baca jauh sekali memahami, dan aku tak salahkan kau, aku sendiri susah nak faham apa yang jadi, terang lagi bersuluh aku kata trauma tu live within you. THAT WAS MY WHOLE FREAKING POINT.
Mangsa akan terus trauma. Bersatu mendarah daging. Yang kata aku serabut, entahlah. Yang kata aku ajak kau sama-sama serabut, yang kata kau dah had enough serabut, heh. Jangan serabut-serabutlah. One thing at a time.
Ya tulisan aku bukan untuk semua. Tak mampu nak baca tak perlu pun nak tinggalkan comment yang merendahkan martabat diri sendiri.
Tak perlu pun nak triggered ke nak bother comment kata buang masa baca kalau push rank pun naik satu star ke apa benda.
Tetaplah, aku mohon maaf.
Okay nantilah aku address balik sorang sorang commentator k. Terutama yang backup dan support. Rendah hati saya doakan kebaikan dunia akhirat buat kalian.
But to clear things (hopefully)-
Buat apa aku di sini?
Tak ada buat apa apa. Hanya nak sedarkan sekelompok jiwa yang Allah bagi amanah untuk dijalankan tapi dia ambil amanah tu main-mainkan. Macam tulisan aku? Kena main dengan majoriti commentator. Heh. Begitulah sampahnya.
Makanya hadir di sini aku kongsikan dapatan dan pengalaman sebagai orang yang ke sana-sini, harapkan pertolongan, nyata nihil yang aku jumpa.
Turut aku hulurkan tangan katakan harapan masih ada pada mereka yang sama-sama pernah jadi mangsa. Itu saja. Sebab kalau bukan kita, siapa lagi nak jaga kita?
Ya salah aku rojakkan bahasa. Ya. But this is the best i can do. And I’m terribly sorry.
Kalau kalian masih ada guts nak terus jatuhkan aku, silakan. Cuma kelihatannya sedikit membazir tenaga dan masa kalian lah, aku memang dah di bawah pun. Jadi entah.
Kalau nak jatuhkan lagi, kenapa tak bunuh terus? Boleh betul jatuh masuk enam kaki bawah tanah. Dan aku pun takkan di sini lagi.
Jadi itu saja lah.
Nanti aku tulis lagi. Andai ada keperluan. As of now. Nak jawab final kejap, dalam 3 4 hari.
Tetaplah aku hargai semua yang membaca, melihatkan berapa ramai yang tak baca, semoga syurga buat yang baca.
Take good care, ya?
I’m sorry.
Dari hati,
im.
…………..
Dan satu yang aku boleh janji dengan kalian, pejuang itu berhenti takkan.
I’m okay. No worries. Seadanya.
Terakhir kali aku tegaskan di sini.
Kenapa aku tak cerita apa jadi secara rinci sebab aku tak nak orang kutuk dia lebih-lebih. Aku juga yang ikut sakit nanti. Entahlah, sebenarnya aku ulang benda sama saja dengan artikel sebelum ni. Entahlah how far wajar tak wajar aku tulis semua ni.
Aku tak buat kalau setakat nak dapatkan simpati. Aku nak yang berkenaan sedar dan berpijak pada bumi realiti. Itu saja.
Soal kenapa aku rojakkan semua. Entahlah. Sakit bila guna bahasa sendiri. Sebab aku tulis dengan hati. Bahasa sendiri lebih sejati lebih sebati. Jadi sakit kalau aku sampaikan benda-benda menyakitkan tu bersanggakan bahasa yang dekat di hati.
Ya. Lantaran bahasa jiwa bangsa lah, saya tak mampu menenggelamkan diri ke dalam lautan perasaan saking berat dan dekatnya sebuah rasa pada bahasa. Bimbang tenggelamnya tiada timbul.
Jaga diri ya semua. Ampun maaf saya pinta.
Thanks for reading. Syurga buat mereka yang jalankan ajaran nabi; فليقل خيرا أو ليصمت.
– im. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit