Hai semua, nama saya Nia (bukan nama sebenar) Tujuan saya menulis di sini hanya untuk meluahkan apa yang saya rasa dan yang terpendam dalam hati.
Saya merupakan anak bongsu dari enam adik beradik. Dari kecil lagi saya sudah terbiasa bersendirian tiada kawan,adik beradik lain pula lelaki jadi saya tiada tempat untuk bermanja. Mak ayah pula sibuk berniaga.
Saya tak pernah salahkan mak ayah saya sebab saya tahu yang mereka bekerja keras untuk kami sekeluarga. Saya cuma rasa sunyi dengan kehidupan saya.
Saya hanya akan terkurung di rumah sahaja dan bermain sorang diri. Saya juga sejenis yang pendiam yelah takde kawan kan tak biasa bergaul dengan orang.
Bila masuk sekolah rendah saya selalu dibuli tapi saya hanya pendam dan rela sahaja diri saya diperlakukan seperti itu.
Mesti ramai tertanya takkan tak ada kawan langsung kan? Ada bukan tak ada cuma boleh kira dengan jari jer.
Saya berkawan dengan kawan saya yang sorang ni dah lama sampaikan masuk sekolah menengah kami masih dalam kelas yang sama.
Cuma, naik sahaja kami di form 4 dia semakin lain dan lain dengan saya sehingga sanggup mengkhinati saya.
Ok saya akan ceritakan satu persatu yang buatkan saya dah malas nak berkawan dengan sesiapa lagi. Berkawan tu boleh cuma nak rapat macam bestie tu mungkin tidak lagi.
Saya duduk di meja depan sekali dengan tiga orang lagi rakan semeja saya so 4 orang la satu group tu. Si dia pula saya namakan Lita supaya senang untuk korang yang baca ni faham.
Lita ni dia duduk di belakang sekali sebab masa pendaftaran tu dia lewat jadi terpaksa la dia duduk di belakang.
Pada awal bulan semuanya ok sahaja. Lama kelamaaan dia makin lain dan sering saja update status whatsapp yang sebenarnya memang dituju kepada saya.
Lita tulis dekat situ dulu kemana saja bersama. Ke kantin, duduk semeja boleh dikatakan semua tu bersama la tapi sekarang dah lain.
Saya dah tahu dia tuju untuk saya tapi saya diamkan saja sebab saya jenis yang tak gelabah nak buat andaian sendiri.
Lama kelamaan perangai dia makin menjadi-jadi sehingga saya hilang tumpuan dalam kelas dan dia buat saya rasa tak selesa. Dia cemburu saya rapat dengan orang lain even bercakap pun.
Kalau boleh dia nak saya berkepit jer dengan dia 24 jam. Saya pun nak juga berkawan dan bergaul dengan orang lain.
Saya bukanlah tak pedulikan dia saya selalu jer berbual dengan dia tapi dia tak boleh terima saya rapat dengan orang lain.
Ada satu masa tu dia mengadu dekat mak dia yang saya kuat berjalan-jalan naik moto kehulur kehilir dengan kawan saya yang kampung sama dengan saya (kawan saya dari kecil yang terpisah, berjumpa kembali di sekolah menengah).
Saya tak tahu kenapa dia cemburu sangat dengan kawan saya yang sorang ni boleh dikatakan sampai sekarang jadi stranger disebabkan perbuatan dia sendiri.
Macam-macam dia mengata saya dibelakang tapi saya diamkan saja sebab saya nak tengok sejauh mana dia boleh buat macam tu. Kalau nak ceritakan semuanya sangatlah banyak tapi cukuplah sekadar saya meluahkan apa yang penting saja.
Kami putus kawan disebabkan Lita cakap dekat kawan kelas saya yang dia tak pernah anggap saya kawan dia. Masa tu hanya Allah yang tahu betapa sakitnya bila seorang kawan cakap macam tu disebabkan perasaan cemburu.
Saya masih diamkan dan biar dia meroyan seorang diri. Kami berkawan balik semasa naik di tingkatan 5 tapi perkara yang sama terjadi lagi dan lagi sehingga saya sendiri yang tersakiti.
Saya mengalami depression, panic attack dan ada beberapa lagi masalah lain. Saya hanya mampu menangis saja. Saya tak ada sesiapa nak luahkan hanya Allah saja yang tahu betapa teruknya keadaan saya masa tu.
Si Lita ni cakap saya fake, toxic sedangkan saya tak pernah cakap macam tu dekat dia selama berkawan dengan dia. Dia juga sejenis yang suka menyibuk hal orang sampaikan kawan sekelas habis bergaduh dan bermasam muka dengan dia.
Sebelum spm kami bermaafan yela nak jawab exam dengan tenang kan tapi tidak untuk saya.
Saya exam sambil hadap depress saya ni, sangat cukup berat tapi saya berjaya habiskan juga. Saya kuat sebab mak dan ayah saya.
Saya nak banggakan mereka walaupun masa tu saya rasa dah tak ada harapan nak dapat A pun. Yelah dengan keadaan saya macam tu saya dah tak boleh nak fokus dengan baik.
Alhamdulillah Allah hadirkan saya kebahagiaan saya berjaya dapat 6A walaupun target saya 8A tapi itu sudah buat saya bangga dan mak ayah saya happy.
Saya juga bangga dengan diri saya walaupun dalam keadaan macam tu saya tetap dapat cemerlang,
Sekarang saya sudah tak rapat lagi dengan Lita walaupun dia minta maaf. Saya maafkan sebab saya bukan sejenis yang pendendam.
Cuma untuk rapat macam dulu tidak lagi sudah cukup sakit yang saya dapat. Banyak lagi benda yang menyakitkan hati saya tapi biarlah menjadi rahsia antara saya dan Allah.
Sampai sekarang saya masih jumpa pakar psikiatri dan makan ubat :) doakan saya supaya sentiasa kuat.
Untuk Lita terima kasih dan aku doakan sentiasa kebahagiaan untuk kau. Aku minta maaf sekiranya aku bukan kawan yang seperti kau inginkan aku hanyalah manusia biasa. Aku harap biarlah kita seperti ini.
Lita aku maafkan kau.
Salam dari,
– Nia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit