Assalamualaikum. Aku Cik A, berumur 27 tahun, perempuan. Belum berkahwin dan masih tengah dicari jodoh oleh keluarga.
Pendekkan cerita, aku ni tiadalah cantik mana, hanya biasa-biasa.
Selepas tamat pelajaran aku menganggur sebentar di rumah. Masa tu aku ibarat “Sudahlah, kahwin sahaja dengan aku, aku penat orang kata tiada masa depan”.
Jadi mulanya aku hanya follow the flow keluargaku untuk usaha mencari jodoh.
Tapi kebanyakan yang mereka tunjuk, aku menolak dengan alasan tidak berkenan. Di setiap penolakan tu, aku dicemuh oleh keluargaku sendiri.
Akhirnya semakin lama, aku semakin mati rasa untuk meluahkan pendapat. Aku pernah timbul rasa untuk mati. Pernah rasa.
Dan sekarang pun aku merasakan perkara yang sama.
Hanya disebabkan aku tidak bersetuju untuk berkahwin, keluarga aku sendiri melihat aku bermasalah. Hanya adik aku sorang sahaja yang melindungi aku.
Yang lain? Mengeluarkan kata2 kesat ibarat aku telah melakukan dosa besar. Termasuk ibu aku sendiri.
Setiap kata-kata itu menyebabkan aku terasa hati, dan semakin jauh dengan kedua orang tuaku.
Apa2 yang berlaku, dipendam sendiri. Aku hanya mampu menyalahkan diri sendiri sebab masalah itu berpunca dari aku dan aku sendiri tidak akan mampu selesaikan melainkan aku berkahwin.
Semasa aku tiada pekerjaan, mereka mencemuh aku. Selepas mendapat pekerjaan, mereka juga mencemuh aku.
Dan sekarang mereka mencemuh aku dengan ayat aku ni bekerja tetapi membuang masa dengan kerja dan tidak berkahwin.
Sejujurnya ibuku meletakkan tarikh “expired” pada diriku. Kata mereka sekiranya umurku semakin berganjak, orang tidak akan memandang aku.
Sejujurnya keluargaku berfikiran kolot dan aku tidak sependapat dengan mereka.
Aku percaya jodoh ditangan Allah. Walaupun umur berapa, kalau sudah ditakdirkan kita untuk berkahwin, akan tiba juga. Tetapi mereka tidak.
Sehinggakan makcik aku pernah menghasut dengan mengatakan kepada ibuku aku bercinta senyap-senyap dengan orang luar.
Jadi mak aku mula bertanya kepada aku dan memulakan pergaduhan dan memaksa aku berkahwin dengan jodoh pilihannya. Namun, tidak, aku bergaduh dengan dia, dan keluar dari rumah.
Sejak itu hubungan kami renggang. Aku masih terbayang kata-kata kasar darinya. Aku tahu ada yang akan bersetuju dengan tindakan ibuku dengan alasan “dia mahukan yang terbaik untukku”.
Tidak, dia hanya mahu masyarakat termasuk saudaraku untuk menutup mulut.
Sebab bagi mereka, aku ini hanya memalukan nama baik keluarga kerana masih belum berkahwin. Termasuk ibuku juga berkata ayat yang sama. Hanya kerana tidak berkahwin.
Untuk pengetahuan pembaca, aku juga pernah cuba keluar makan berdua dengan calon ibuku untuk berkenalan.
Namun selepas pertemuan itu, aku menolak calon tersebut kerana ada perkara yang aku merasakan tidak sesuai dengannya.
Namun, penolakan ini juga menyebabkan keluargaku memandang hina pada aku.
Mereka rasa aku bermasalah. Padahal aku tahu setiap penolakan sama ada mana mana calon jodoh berminat atau tidak dengan diriku, kesalahan itu akan dibuang pada diriku.
Sehingga aku tertanya kenapa perlu aku wujud di muka bumi sekiranya keluarga aku sendiri menjatuhkan diri aku dengan berkata kasar?
Adakah salah sekiranya tidak terbuka hati dengan calon-calon ibuku? adakah salah sekiranya tidak berkahwin dalam umur tertentu?
Adakah salah sekiranya aku melakukan perkara yang aku mahu? Adakah salah untuk menyuarakan pendapat aku sendiri?
Aku jatuh dan terus jatuh. Tetapi bukan kerana orang luar, tetapi kerana keluargaku sendiri. Sehingga aku tidak mampu berdiri tegak, setiap kali aku mencuba, aku jatuh.
Dan setiap kali aku cuba, kaki aku tidak mampu menanggung beban yang tersimpan di bahuku.
– Cik A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hi Girl .. Semoga yang baik2 aje untuk awk ..
Awk pegang kata2 ni : Biar lambat asalkan jumpa yang tepat ..
Diri sendiri yang nk berkahwin , so kita tahu mane yg sesuai mane yg tak sesuai ..
Maaf kalau sy cakap , keluarga awk masih di takuk pemikiran yg lama a.k.a kolot .. Masih berpandangan jika perempuan yg lambat kahwin a.k.a anak dara tua = tak laku ..
Awak doa banyak2 ..
Semoga awk dipermudahkan dan semoga keluarga awk terbukak hati dan terima seadanya ..
Yo Go Girl ! Awk tak keseorangan .. Chillax and Drink Soya :)
Bertabahla cik A, setiap dari kita ada dugaan yang perlu di tempuhi, ini dugaan cik A. Sentiasa percaya Allah itu ada, minta la pada Allah yang menjadikan Alam ini dan Cik A sendiri.
Saya sendiri kahwin di usia 45 tahun, masa belum kahwin saya sentiasa ingatkan diri yang saya yang saya berkahwin bukan di sebabkan orang lain kahwin, saya berkahwin di sebabkan jodoh saya sudah sampai dan bertemu dengan orang yang betul dan tepat. Alhamdulillah berbaloi penantian saya selama ini. Allah kurniakan saya jodoh yang sesuai , sekufu ,baik dan meyayangi saya. Alhamduliĺah terima kasih Ya Allah.
Saya doakan semoga Allah hantar jodoh pada cik A secepat mungkin.Sentiasa percaya doa doa cik A Allah akan kabulkan.
Jodoh, ajal, anak itu semua rahsia Allah. Kita tak akan mampu untuk tahu bila semua tu akan jadi. Saya sendiri alami perkara yang sama. Pada sy, perkahwinan ni bukan sesuatu yang boleh kita paksa & gesa selagi belum sampai jodoh. Biar lambat, asalkan kita ditemukan dengan orang yang tepat. Enjoy & nikmati hidup yang diberi. Anggap ini peluang untuk kita berbakti & capai apa yang kita rancang selama ni. Jangan biarkan kata-kata negatif orang sekeliling buat kita jatuh tapi jadikan kata-kata tu semangat untuk kita bangkit & buktikan yang kita juga boleh berjaya macam orang lain. Yang nak jalani hidup berkeluarga kita, jadi jangan izinkan orang susun atur hidup kita kerana apa yang jadi pada masa akan datang kita sendiri yang hadap. Apa yang boleh saya cakap, nikmati rezeki yang tak semua orang perolehi. Enjoy & gapai apa yang diimpi selagi mana sendiri. semoga awak akan ditemukan jodoh yang baik & dipermudahkan segala urusan hidup awak baik dunia & akhirat.