Diriku Juga Surirumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca semua. Dah tidur ke belum tu? Saya namakan diri saya Kajol berumur 40-an. Tergerak nak membalas luahan surirumah.

https://iiumc.com/luahan-surirumah/

Saya dah menikah dengan suami hampir 20 tahun. Kebanyakan masa menikah saya adalah surirumah. Maksudnya saya pernah juga bekerja tapi selepas ada anak-anak memang suami fokus suruh jaga dan uruskan anak-anak dan rumahtangga.

Sama juga la masa baru-baru kahwin, masih muda dan ada kelulusan saya ada perasaan nak cari kerja nak berjaya dalam kerjaya macam rakan-rakan lain.

Sejujurnya pada mulanya saya memang rasa tak dihargai sebagai surirumah sebab kita tau la orang punya impresi wajah bila saya cakap saya surirumah. Saudara mara, keluarga mentua pon dok tanya je bila nak kerja, hehe.

Tapi saya ikut la cakap suami sebab memang dah ada anak-anak macam-macam kena fikirkan bila nak keluar bekerja. Paling risau takut anak tak dijaga dengan baik oleh orang lain nak-nak lagi bila mereka tak sihat.

Contoh, saya kalau anak demam ke memang masa tu 90% menghadap anak je bagi ubat, cek suhu, mandikan kerap dan sebagainya.

Lagi satu saya sejak anak-anak bermula sekolah tadika sampai la mereka sekolah menengah ni, saya la yang menghantar anak dan ambil mereka balik sekolah.

Tapi syok la saya suka dalam kereta boleh bual-bual sama anak-anak. Sempat bagi nasihat dan kata-kata hikmah sepatah dua kata, hehe. Anak-anak nanti balik sekolah mereka bercerita tentang apa yang terjadi di sekolah.

Ni dah besar-besar dah mula ada crush tapi saya selalu ingatkan sabar dulu lah perjalanan masih panjang, belajarlah sungguh-sungguh dulu.

Alhamdulillah setakat ni anak-anak semua sangat rapat dengan saya dan suami. Saya juga tak pernah lagi setakat ni tak hadir acara yang mereka terlibat di sekolah.

Yang bestnya lagi jadi surirumah ni buat kerja sambil berehat. Penat boleh duduk, mengantuk boleh tidur sekejap.

Kalau dulu saya bekerja penat sangat la berbanding jadi surirumah. Balik dah letih nak tidur terus takde masa sangat nak fikir apa yang terjadi kat rumah kalau hari bekerja. Kadang-kadang sampai rumah malam. Suami jadi risau dan suruh saya berhenti jelah.

Bab kewangan memang sepenuhnya suami saya yang mencari rezeki. Alhamdulillah Allah cukupkan semuanya. Suami bagi saya duit sikit saya terima, kalau bagi banyak lagi saya suka la kann hehehe…

Sekarang dah takde masa nak fikir rasa rendah diri jadi surirumah. Saya bangga jelah saya jadi surirumah.

Masa anak-anak masih kecil memang penat lah ni anak-anak dah besar seronok dah macam kawan-kawan saya. Dah boleh suruh-suruh tolong saya. Teman saya membeli-belah. Teman saya jogging, masak sama-sama.

Kalau sekarang pergi camping kami semua sama-sama pasang dan kemas khemah jadi suami saya takde la kena buat semua sorang-sorang macam masa zaman anak-anak kecik hehe.

Bagi saya lah, wanita yang dah berkahwin nak jadi surirumah itu sangat bagus. Tapi wanita yang keluar bekerja juga sangat bagus. Dua-dua pon bagus.

Di mana kita berada sebagai wanita dan isteri kita pandai jaga diri, tak boleh jaga anak sendiri kita mampu upah orang yang bagus jaga anak-anak kita pon bagus. Bekerja ada pendapatan sendiri, surirumah pon ada rezeki Allah mencukupkan inshaa Allah.

Jangan kita malu apa jua pekerjaan kita yang penting kita bersungguh-sungguh buat sesuatu yang diamanahkan untuk kita betul tak?

Lagi satu jadi surirumah pon boleh cantik bergaya. Yang penting kita jaga diri kita 1st kita jaga makan. Jangan badan besau sangat sebab tak jaga makan. Bersenam la yang ringan-ringan setiap hari. Kalau kita jaga makan dan bersenam mesti kulit kita pon cantik juga.

Pakaian di rumah jangan la baju kelawar setiap masa, hehe. Percaya lah kalau berat badan ideal wajah nampak muda dari usia, pakai baju murah pon nampak lawa.

Akhir kata, kita sebagai manusia ni banyak-banyak la berdoa kepada Allah meminta supaya dipermudah semua urusan. Apa-apa yang kita kerjakan niatlah kerana Allah S. W. T.

Menjadi isteri wajiblah taat kepada suami selagi suami tak menyuruh kepada perkara-perkara yang mungkar. Dan buatlah semua pekerjaan kita dengan bersungguh-sungguh.

Jagalah dan hargai apa yang telah Allah kurniakan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah redha akan kita semua.

Ikhlas dariku,

– Kajol (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *