Assalamualaikum, nama saya Afiq (bukan nama sebenar). Ya, saya tahu banyak pengasuh di dalam page ini dan diharap tidak tersinggung.
Kisah ini berlaku semasa saya berumur 4 dan 5 tahun. Dulu semasa kecil, hanya saya seorang yang belajar di Tadika Kemas.
Saya ada 4 orang adik beradik dan saya anak kedua. Masa tu adik bongsu saya masih lagi di dalam kandungan mak saya.
Setiap hari, mak saya akan ambil saya dan menghantar saya ke satu Taska ini atau dikenali sebagai pusat asuhan. Kadangkala ayah saya akan hantar ke taska tersebut.
Di taska tersebut, saya dan kawan2 saya selalu didera dan peluang untuk kami bermain juga tipis.
Nama kawan saya Mia (bukan nama sebenar) dan kawan kembar iaitu Akid dan Akiq (bukan nama sebenar). Kami hanya ada empat orang dan kadang akan ada juga budak baru di situ.
Back to the story, setiap hari kami akan didera macam masa tidur, kami kena memakai pampers kami sendiri dan selalu masa tidur muka kami kena tekup dengan kain yang basah.
Kami juga dipaksa untuk melakukan kerja2 kotor macam membasuh lubang jamban.
Dan kalau kami tidak membasuh dengan cuci salah seorang daripada dua pengasuh tersebut akan datang ke dalam bilik air dan menengking kami dan menyepak kami.
Kadang2 dia menampar kami di dalam bilik air. Setiap hari jugak, cara dia s3ksa kami di dalam bilik air tu.
Lagi menyeramkan sebab dia selalu suruh kami hadap muka kami ke dalam besen yang berisi air dan dia akan letakkan kaki dia di kepala kami dan pijak biar masuk dalam air besen tu.
Kadang2, makanan yang ibu saya beli dia bagi makan kat saya hanya satu seperti goreng pisang, yang lain2 habis semuanya dimakan dia.
Bilik yang kami tidur ni, bilik stor yang dekat dengan bilik air tempat yang kami dis3ksa.
Oh, saya lupa nak cakap yang dua orang pengasuh ni dua2 perempuan, seorang yang gemuk dan seorang lagi yang macam gempal2 sikit.
Yang gempal2 sikit ni lah yang selalu s3ksa kami, yang gemuk ni pulak buat macam tak kisah je. Kadang2 masa kena s3ksa tu, kami akan ada luka, dan luka dia masih ada dekat jari saya ni.
Yang gemuk ni kadang2 je baik, dia baik dia akan bagi kitorang main yang macam gelongsor plastik yang kat taman tu dalam rumah. Macam kat taska selalunya ada macam gelongsor plastik.
Dia pun ada anak masih baby lagi masa tu. Dia selalu akan datang ke bilik stor tu tempat kami tidur dan suruh kami buaikan baby dia dia dalam buai.
Masa yang kitorang paling suka adalah bila dua2 ni keluar pergi ke mana entah. Kitorang akan curi2 ke dapur dan carilah makanan. Dan masa yang paling aku bersyukur adalah masa ibu ku ambil saya awal.
Tetapi kalau ibu ku ambil terlalu lewat saya terasa macam saya ni, hilang dan ters3ksa setiap kali berada di situ.
Setiap hari masa balik, yang gempal2 ni dia akan selalu ikut kami pergi ke parents kami dan dia akan tunggu sampai kami masuk dalam kereta dan tunggu berdiri di situ sampai kereta kami pergi.
Kadang2 saya rasa kesian jugak rakan2 saya yang balik lewat tu. Saya juga selalu mengadu kat ibu dan ayah saya(bergantung kepada siapa yang ambil) yang diorang selalu s3ksa kami.
Dan kalau saya mengadu ke ibu saya yang saya cedera, ibu saya akan tanya kepada pengasuh dan pengasuh akan bagi alasan yang saya terjatuh kat lantai.
Ibu saya percaya je alasan dia. Kadang2 saya rasa ters3ksa berada di situ.
Dua orang tu akhirnya dah ditangkap dan dipenjara berapa tahun pun aku tak kisah. Saya pun tak tahu my parents or my friends parents yang membuat aduan.
Sampai sekarang aku jadi macam susah nak bernafas disebabkan pengasuh yang suruh letak kain basah atas muka yang masa kecik aku tak bijak lagi yang boleh menyebabkan lemas.
Ini sahaja kisah daripada saya. Maaflah kalau dikarang panjang sangat. Harap2 di approve story saya.
– Afiq (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit