Pertama sekali, aku harap kisah aku ni dapat memberi pengajaran kepada semua anak muda yang baru mahu berjinak mengenal cinta.
Ini adalah kisah aku bersama dengan seorang senior aku yang sangat aku kagumi. Aku gelarkan senior aku sebagai AK. (Sebenarnya aku nak letak nama samaran dia kan takut terkantoi pulak) Dia setahun lebih tua dari aku.
Macam mana aku kenal dia? Mesti lah sebab dia salah satu pengawas sekolah yang hotstuff pada masa tu! Jadi tak mustahil kalau ramai pelajar perempuan crushkan dia. Orangnya tinggi, kulitnya cerah, ada rupa, dan yang paling penting soft spoken.
Pada masa tu, aku tak lah minat sangat pon sebab rasa macam takda harapan je hahaha, siapa lah aku ni dia nak pandang. Dia tahu kewujudan aku pon aku dah bersyukur.
Sewaktu aku form 4, aku telah dilantik menjadi PRS di sekolah. Kebisaan sekolah aku akan adakan kem kepimpinan untuk badan pengawas dan exco-exco kepimpinan sekolah. Jadi waktu tu, aku lihat senarai kumpulan yang dikeluarkan dengan rasa debarnya.
Aku gembira sebab aku dan kawan baik aku satu kumpulan, namun yang lebih mengejutkan aku, aku sekumpulan dengan AK merangkap ketua kumpulan aku.
Apa lagi weh, berdebar teruk jantung aku. Di sini adalah titik permulaan untuk semua kejadian pahit manis aku dengan dia.
Perkara yang tak boleh aku lupa, aku kena berlakon jadi bini dia waktu persembahan malam kebudayaan, tak payah cakap la memang atas pentas tu aku rasa suara aku macam tak nak keluar je tambah dengan tersasul lagi. Nasib tak kena marah dengan dia.
Selepas kem tu, aku ada simpan no telefon AK tapi aku tak berani nak chat dia. Banyak juga gambar-gambar kami dan gambar-gambar solo AK dihantar dalam group whatsapp.
Dipendekkan cerita, rumor aku crush pada AK sampai di telinga Mr J iaitu cikgu fizik aku. Apa lagi, terus Mr J keneng-kenengkan aku dengan AK.
Katanya kami ni sepadan. (hmm, aku tak tahu la cikgu ni perli aku ke atau dia ikhlas cakap macam tu) Tapi classmate aku yang lain pun tahu dan diorang lagi support adalah. Aku ni taklah cantik sangat, rupa aku biasa-biasa tapi aku sejenis yang sopanlah jugak orangnya.
Tak lama lepastu AK tukar no telefon, tapi Mr. J ni baik hati pergi bagi no telefon baru AK dekat aku. Aku ambil peluamg untuk chat dia.
Biasalah, awal perkenalan ni dia beku gila. Balas pon sepatah-sepatah kan tapi bila dan aku dah start belajar asasi, aku nampak perubahan cara dia chat dengan aku. Banyak main emoji dan sticker di whatsapp.
Aku rasa happy sebab crush aku dah start mesra dengan aku. Yang dulu suka bluetick aku tapi sekarang chat kami sering berakhir dengan emoji atau sticker comel yang dihantarnya.
Setiap status whatsappnya aku selalu reply sebab tu je peluang aku cari modal untuk chat dengan dia. Dia pon kadang-kadang reply jugak status aku. Kalau tak pon mesti dia like story instagram aku. Memang berbunga lah hati aku masa tu.
Tapi aku sangka panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah jalan. Sudah lima tahun kami begini, aku bukannya tak bagi hint yang aku suka dia tapi dia selalu buat-buat tak faham.
Takkan lah aku nak confess direct dekat dia kan? Aku perempuan kut, ego aku lagi tinggi. Aku dah bagi hint tu kira cukup baik tau.
Aku tahu, dia tak bodoh untuk faham hint aku. Aku benci perasaan ini. Dia hanya anggap aku sebagai junior tapi layanan dia buat aku keliru.
Dia kadang ada menghantar videonya bermain badminton, hantar gambar-gambar random dan ada satu gambar yang aku simpan sampai sekarang, gambar trafic light berbentuk ‘love’. Siapa je yang tak catch feeling kalau dilayan macam tu?
Akhirnya, aku buat keputusan untuk luahkan rasa suka aku pada dia di story instagram. Waktu tu adalah hari lahirnya, aku luahkan perasaan aku disitu dan dia membacanya. Apa yang dia balas waktu tu sangat menggores hati aku.
“Terima kasih R junior.”
Junior??? kenapa perlu ada junior kat belakang tu? Aku rasa macam kau layan aku lebih-lebih hanya sekadar junior semata-mata? Ini memang soft reject yang mampu buat aku trun off dengan dia. Waktu ni aku dah start tawar hati.
Kebetulan aku ada kenal dengan seorang senior perempuan yang aku rapat bernama D. Aku selalu ceritakan tentang AK kepada D. D sama umur dengan AK. Aku dan D sepakat untuk ‘prank’ AK untuk menegtahui perangai sebenar AK. Berkat D aku dapat tahu AK ni dah berubah.
Dia bukan AK yang aku kenal. Perangainya terlalu mesra dengan D, mungkin sebab mereka sama umur dan sama negeri.
D cuba mengorek perihal aku kepada AK tapi AK mengelak dan memberitahu seolah-olah aku dan dia tak lebih dari junior, aku seperti orang asing di dalam ceritanya.
Seperti kami tidak pernah bergurau, tidak pernah bertukar cerita, tidak pernah bertukar gambar-gambar random. Semua itu bagaikan terhapus dari memorinya. AK juga memberitahu D yang dia tahu aku sukakannya tapi tetap saja dia melayan aku seperti tiada apa-apa.
Benda itu buat aku sedar yang aku bukan siapa-siapa di mata AK. Bila ingat balik, aku je yang beria dengan dia selama lima tahun ni, sedangkan dia hanya ‘melayan’ beria aku sebab dia bosan je.
Aku down, aku block whatsapp dan ig dia. Aku pernah menangis dan mengadu dekat bff aku. Diorang marah sebab tak sangka AK buat aku macam ni.
Aku sedar, ni adalah petanda yang Allah hadirkan dia untuk aku hanya sebagai pengajaran, jangan terlalu mengejar cinta manusia. Allah patahkan dan remukkan hati aku untuk dia, aku benci dia, aku tak boleh maafkan yang dia main-mainkan perasaan aku.
Aku ambil masa dua bulan untuk maafkan dia. Sudah enam bulan berlalu, kini aku tahu, ada hikmah semua ini berlaku.
Allah hadirkan dia untuk aku kenal erti cinta, kemudian Allah jauhkan dia dari aku untuk ajar aku erti pengharapan kepadaNya. Allah nak aku kuat. Sekarang aku sudah 21 tahun, aku sudah boleh mengawal rasa suka aku pada seseorang.
Aku nekad untuk tidak lagi beria, cukuplah sekadar kawan biasa-biasa saja. Aku yakin Allah sudah menetapkan jodoh setiap orang cuma yang berbezanya adalah waktu. Ingat, jodoh itu cerminan akhlak, bukanya rupa kita.
– R (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit