Aku tak tahu nak letak tajuk apa.
Mungkin sesuai untuk mereka yang berniaga sepenuh masa dan separuh masa.
Apa yang aku tulis ini adalah kisah aku yang benar-benar terjadi pada diri aku.
Aku seorang pelajar sepenuh masa. Dalam masa yang sama aku buat kerja sampingan, aku meniaga dan aku jadi ejen untuk produk sekian (biar rahsia).
Iman aku tak kuat. Ada masa aku ingat Allah, ada masa aku lupa Allah.
Oh ya, aku bukan golongan ISTIDRAJ. ISTIDRAJ adalah ORANG YANG LUPA ALLAH, tetapi diberikan rezeki yang banyak, duit banyak dan hidup mewah.
Aku pernah terbaca post2 di media sosial tentang tips murah rezeki. Antaranya utamakan Allah dahulu. Solat di awal waktu. Baca AlQuran. Baca surah AlWaqiah selepas subuh. Dhuha. Derma.
Dan aku praktiskan semua di atas tu. Aku rajinkan diri solat di awal waktu, berdoa, baca quran selepas Subuh dan selepas Maghrib. Aku buat Dhuha. Dalam masa yang sama aku berusaha mencari rezeki. Aku post produk-produk aku untuk cari pembeli.
Hasilnya… Seminggu sahaja aku jana RM1000 untung bersih. Urusan aku dengan customer di permudahkan. Customer buat payment on time. Customer tidak cerewet. Semuanya di permudahkan.
Kemudian selang beberapa minggu, aku di uji. Aku jadi seorang yang malas untuk berusaha, aku solat ala kadar, sampai berhari-hari aku tak solat. Tapi perasaan bersalah pada Allah tu tetap menyelubungi perasaan aku.
Seperti aku cakap, iman aku tak kuat. Setan senang hasut aku. Aku terus lalai. Aku buat maksiat.
Waktu aku dalam lupakan Allah, aku post produk di media sosial nak cari customer. Aku jalankan perniagaan sampingan macam biasa. Nak cari duitlah katakan.
Hasilnya, customer banyak PM aku untuk dapatkan harga. Aku rasa seronok ramai minta PM sebab aku anggap mereka berminat untuk beli. TETAPI mereka tidak mahu beli. Ada yang nak beli tapi nak tangguh bayaran sampai tak jadi beli. Ada yang minta murah dan ada yang susah untuk dilayan sebab permintaan mereka macam-macam. Dan aku tak dapat hasil yang aku idamkan. Customer hanya datang dan pergi ibarat menyusahkan kerja aku.
Aku paksa diri berubah semula. Aku sentiasa berdoa agar tetapkan iman aku.
Apa yang aku nak sampaikan di sini adalah sama seperti nasihat-nasihat yang mungkin pernah korang dengar.
Iaitu KALAU KITA INGAT ALLAH, ALLAH AKAN BANTU KITA.
Ingat ALLAH tu bukan sekadar kau ingat sahaja dalam pemikiran, tetapi kena ingat dalam PEMIKIRAN, JASMANI DAN ROHANI.
Allah tidak akan kedekut dengan kau kalau kau pun tak kedekut untuk luang masa dengan Allah. Luangkan masa yang aku maksudkan ni adalah kau SOLAT DI AWAL WAKTU, BERZIKIR, BACA QURAN.
InnsyaAllah, pasti kau akan rasa perubahan kalau kau berubah.
Kalau rasa macam rezeki kau sempit, duit ada tapi macam tak cukup, kau buatlah Dhuha sentiasa. Serius kau akan rasa lain macam.
Ada beberapa lagi aku nak pesan :
– Dermalah kalau nampak mana-mana tabung. Hati kau akan tenang.
– Jika kau sudah berumah tangga, Si suami tolonglah berikan nafkah zahir pada isteri walaupun isteri kau bekerja.
– Usaha, jangan mengalah.
– Sentiasa ingat Allah.
– Jangan samakan diri kau dengan diri orang lain yang mungkin hidup dia senang
– Topup iman kita.
– Solat walaupun rasa terpaksa. Lama-lama kau akan biasa.
– Abang Kacak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit