Assalamualaikum dan salam ramadhan semua. Pertama sekali terima kasih kepada admin yang siarkan artikel ni dan terima kasih kepada korang yang sudi baca cerita aku ni.
Ni first time aku tulis artikel ni tau. Maaf ye kalau bahasanya tunggang tebalik. Huhu
Namaku Sakura, of course la bukan nama sebenar. Umur aku menghapiri penghujung di usia 20an. Macam biasa la umur macam ni benda paling dirisaukan adalah jodoh.
Sebenarnya jauh dari hati aku yang paling dalam aku perlukan seorang lelaki sebagai pelindung disebabkan aku bekerja jauh dengan keluarga.
Tapi takde la rasa desperate untuk berlaki. Aku anggap siapa yang berkahwin awal sesuai dengan usia tu satu rezeki yang Allah taala kurniakan pada seseorang dan kahwin lambat pun satu rezeki juga. Antaranya boleh berbakti pada mak ayah.
Nak dijadikan cerita penghujung tahun 2022 yang lepas ada sesuatu yang berlaku pada diri aku yang mana dari peristiwa tersebut macam aku cakap tadi seorang wanita akan lebih selamat jika disampingnya ada lelaki sebagai pelindung.
Daripada peristiwa tu, aku rasa diri aku ni tiba2 macam kene tampar yang mana aku dah di penghujung usia dalam masa sama takde siapa yang berkenan kat hati.
Aku bersyukur juga sebab mak ayah aku tak pernah push suruh kawin tapi sebaiknya mereka mendoakan agar aku dipertemukn dengan jodohnya.
Daripada peristiwa yang berlaku, aku pun cuba install satu apps jodoh agak popular juga.
Mulanya hati berat, betul ke apa aku buat ni, berusaha untuk dapatkan jodoh dengan cara macam ni. Aku pasakkan dalam hati, aku hanya mampu berusaha, berdoa dan selebihnya aku serah pada Allah.
Dalam 2 hari macam tu secara tak sengaja aku ada kenal dengan sorang mamat ni bila tengok pada gaya dn bahasanya dia ada ciri yang aku suka. Tak terlalu cepat mengharap aku follow the flow sampailah perkenalan kami ni bersambung ke platform wasap.
Sehinggalah si dia yang aku bahasakan sebagai T luahkan perasaan yang dia pilih aku untuk jadi pendamping hidupnya dalam tempoh sebulan kenal. Cepat kan?
Aku berasal dari melaka dan T perak. Aku raikan hasrat dia memandangkan umur kami memang dah sesuai sangat untuk berumahtangga.
Sebulan dua hubungan kami okay je masing2 dengan kerja masing2 dan fokus untuk melansungkan pertunangan bulan 8 nanti. Tapi apakan daya, dalam tempoh perkenalan dan usaha untuk ke arah lebih serius tu dikhianat oleh T.
Sedangkan kami merancang juga sempena aidilfitri yang akan datang ni nak bertemu dengan keluarga masing2.
T juga meminta aku untuk bagi tahu pada keluarga aku bahawa dia akan datang bertemu keluarga aku pada aidilfitri nanti. T juga nyatakan benda yang sama pada family dia.
T sangat meyakinkan aku bahawa dia benar2 serius dalam hubungan ni dan yang pasti buatkan aku makin yakin dengan dia dan menutup pintu hati pada siapa yang singgah. Ku sangka kan permata rupanya kaca yang menikam jiwa.
T berkhidmat dalam salah satu pasukan beruniform dan satu hari dia memaklumkan pada aku bahawa dia akan ditukarkan ke sabah dalam masa terdekat dan dia minta supaya hubungan kami yang dah terjalin ni bertukar kepada kwan biasa.
Aku jadi pelik sebab dah merancang untuk berkahwin tiba2 boleh nak jadi kwan biasa pulak. Dengan alasan berjauhan dia bimbang aku atau dia yang tak boleh setia dan menyakiti hati salah sorang.
Hati aku berat nak terima mulanya, aku mohon untuk bertemu sebelum dia berangkat ke sabar dalam masa terdekat ni. Dia kata tak boleh sebab masa dah suntuk dan dia ada tugas yang perlu diselesaikan.
Dengan berat hati juga aku raikan hubungan yang dari mulanya special bertukar kepada kawan biasa siap pesan supanya dia jaga diri bila ada kat tempat baru.
Orang kata berpisah dengan cara baik. Tiba2 hati aku rasa tak senang, sebab semudah itu je ke berpisah. Pada waktu tu yang beberapa hari je lagi nak masuk bulan ramadhan, aku berdoa pada Allah supaya ditunjukkan apa yang tersembunyi.
Dan ternyata, T memang dah ada orang baru. Someone special selain dari aku. Aku tergamam, aku minta T jelaskan semua nya. Pada awalnye dia tak nak jujur, atas desakan aku akhirnya dia jujur.
Dan benda paling buat aku sakit adalah, antara aku dengan wanita tu T pilih wanita tu disebabkan T suka cara perempuan tu dan T selesa dengan perempuan tu.
Habis selama ni boleh kata setiap hari T wasap aku tanya keadaan aku yakin kan aku tentang hubungan kami selama ni apa?
Paling buat aku sakit juga adalah T bagi tahu yang mak ayah nya dalam usaha untuk meminang wanita yang dia pilih tu.
Akhir perbincangan kami T siap merayu pada aku jangan cari perempuan tu sebab kalau aku cari perempuan tu dan bongkarkan semuanya nanti T kene marah dengan mak ayah nya.
Cara T sangat tak matang dan dia lupa, aku dah ceritakan pasal T pada ibu aku. Dan minta doa dari ibuku agar mendoakan yang terbaik untuk ku.
Hatiku hancur sehancurnya. Keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan yang aku berikan dibalas dengan satu perkhianatan.
Aku bersyukur kerana masih awal lagi Allah dah jauhkan aku dari dia yang sememang nya ada niat tak jujur dengan aku. Dan sahabat baik aku, bagi kata semangat supaya bangkit, jangan rosakkan diri hanya sebab di khianat oleh orang yang tak menghargai.
Kepada pembaca semua, sempena ramadhan ini, suka untuk aku ingatkan kepada pembaca semua termasuk diri aku. Tolong, tolonggg sangattt jangan jadikan hati dan perasaan tu satu benda yang nak dicuba2 dibuat mainan.
Once benda macam tu korang terdetik nak buat cuba letakkan diri korang dalam kasut orang yang korang nak permainkan tu. Sangat beri kesan yang mendalam. Bila suka, jagalah, hargailah. Tak suka, terus terang. Cakap baik2 dan jangan bagi harapan.
Daripada kejadian tu juga Alhamdulillah aku dah boleh bangun untuk tahajud setiap malam. Mohon pada Allah supaya diberikan kekuatan.
Baru aku sedar Allah uji sebab Allah sayang. Dengan ujian jugalah Allah angkat darjat seseorang disisiNya.
Dan Alhamdulillah juga, ramadhan ini aku tenang. Dan aku tak ingat kisah dengan T yang baru je berlaku sebelum ramadhan kemarin. Ni mungkin juga atas doa ibuku.
Terima kasih ibu. Kepada T jika kau baca artikel ni, aku maafkan kau.
Buat yang menanti jodoh macam aku, jangan jadikan kekecewaan tu sebagai satu kelemahan yang korang tak boleh bangkit untuk teruskan hidup sebagai khalifah dimuka bumi ini.
Semoga kalian yang sedang menanti, sedang dalam perhubungan, atau akan melansungkan pernikahan semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan rumahtangga yang bahagia hingga ke syurga.
Yang ikhlas,
– Sakura (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit