Hari tidak selamanya gelap akan adanya mentari menyinari. Sekusut apa pun masalah dilalui jangan pernah lelah. Tetap kuat kerana setiap dari perjalanan, watak dan jalan cerita kita mungkin berbeza-beza.
Aku Fifi 20’an berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki lebih baik dari kerja gaji ku yang sebelumya di kampung halaman.
Sejak aku bekerja di bandar ahli keluarga aku terutamanya ayah aku sering menganggap aku bergaji besar dan lebih daripada mampu untuk membeli apa yang aku inginkan. Padahal gaji aku cuma gaji basic je.
Tapi aku bersyukur kerana aku bukan la orang yang suka berhutang untuk dapatkan sesuatu. Sebab aku tahu gaji aku hanya cukup makan dan guna apa yang perlu saja setakat ini.
Sejak akhir ini aku perasan aku jarang call mak. Selalunya bila hari cuti atau ada waktu terluang aku la orang yang paling happy nak call mak. Tanya khabar, masak apa, tanyakan kucing aku di kampung. Aku seronok berborak walaupun itu perkara sama yang kami bualkan.
Aku jadi tak selesa nak call mak atau bergayut lama dengan telefon bila ayah aku menyelit untuk bercakap dengan aku. Sebab aku jadi kekok nak sembang dengan ayah sebab kami tak akrab dari dulu lagi disebabkan dosa silam ayah pada aku.
Dulunya dia seorang ayah yang garang tak bertempat, maki hamun ikut sedap mulut, jenis baran pukul anak ikut hati. Kami anak-anak diherdik dan didik dengan kata-kata kasar sejak kecil lagi.
Walaupun ayah dah 50’an dia ok la sikit perangai dia dari dulu, tapi ada masa datang juga perangai gila nak memaki anak bini tak tentu pasal.
Bila sesekali balik kampung cuti panjang, adalah topik ayah aku nak ajak borak, lepas tu dia selitkan idea dia konon nak fikirkan cara la untuk bagi masa depan anak dia terjamin.
Dia pernah bagi idea kat aku suruh kongsi dua duit dengan abang sebab nak suruh beli tanah bahagian adik beradik dia yang nak jual tu. Dia siap plan kan kalau korang beli tanah tu nanti boleh la kita buat homestay atau sewakan. Ada je idea bernas dia nak suruh itu ini.
Ayah aku juga dia pernah suarakan pendapat dia untuk aku belikan rumah untuk aku sendiri la, aku cakap la kalau beli rumah kat sini pun bukan nya aku duduk.
Dia kata, tak pe kau boleh bagi ayah jaga atau sewakan je senang la bulan-bulan kau ada income. Ya! Dia cakap semudah ABC… Huhhh,,, penat kadang nak melayan idea dia tu.
Ayah pun pernah cadangkan aku untuk beli kereta tapi katanya kau kena ambil lesen dulu la. Nanti kita boleh buat loan beli kereta senang kau nak bergerak sana sini kalau ada kereta sendiri. Part ambil ‘lesen’ tu aku rasa macam ayah cakap senanglah. Tapi tak dibantu pun.
Masa dah umur 18 ke 19 lagi masa dia ada duit banyak sebab jadi broker tanah, tak de pun ayah aku nak bagi duit suruh ambik lesen. Suruh gitu je duit pandai kau la. Dah la masa itu kerja kat kampung je gaji kecil sangat. Mana lepas nak ambil lesen.
Tapi ada sorang adik perempuan aku dia kahwin awal masa umur dia 20 dapat la sorang anak, hidup susah sampai satu hari tu diorang nak ambil lesen tapi pinjam duit dengan ayah.
Senang je ayah bagi sedepuk duit dekat diorang walaupun masa tu ayah kena juga pinjam duit pada adik aku lagi sorang tanpa tau tujuan apa ayah pinjam duit tu sebab nak tolong sangat diorang.
Tang aku usaha sendiri, cari sendiri. Rasa macam berat sebelah, tiada ‘support sistem’ keluarga sendiri pun yer juga.
Ye, aku bukanlah nak bantah apa pendapat ayah aku tu, memang bagus dan berguna untuk masa depan aku.
Yang aku tak boleh terima dia boleh bagi idea macam-macam untuk masa depan aku tapi masa depan dia perancangan masa dia muda pun tersasar juga. Ayah aku lagi la teruk.
Masa dia kahwin dengan mak aku umur diorang pun pertengahan 20’an juga. Dah la kahwin muda tapi perancangan dan ekonomi keluarga ayah sendiri pun berterabur disebabkan dia orang yang kuat enjoy.
Ayah aku nama je dah kahwin tapi perangai bujang tu melekat sampai ke kahwin. Dapat je gaji keluar karaoke, belanja kawan makan sedap-sedap. Habiskan masa dengan kawan dia je.
Kiteorang ni sebagai anak pun dipilih-pilih siapa yang dia nak bawa yang untung adik-adik aku la dapat ikut berjalan. Dah besar ini selalu kena tinggal.
Ayah malu sebab anak ramai, dan memang jenis dia tak suka anak ikut penuh satu kereta. Kalau kami nak ikut, mesti dia akan cakap “muat ke kereta nak ikut ramai-ramai ni.”
Bapak aku takde pun istilah dia kumpul duit untuk rancang beli rumah supaya kami ni tak de la duduk menumpang rumah nenek lagi. Dia tetap dengan cara dia ada duit enjoy je kerjanya.
Walaupun aku anak ayah, tapi mindset aku dengan jiwa remaja kami sangat berbeza. Ayah zaman muda suka enjoy tapi tak pikir keluarga sangat. Dia berbakti cara dia la, cuma cara bantu kami pada keluarga berbeza.
Aku pula kerja dah kena pikir nak tolong keluarga sebab kami bukan keluarga senang.
Ada rezeki lebih je aku akan belikan pakaian atau makanan untuk kirim ke kampung sebab nak bagi keluarga happy walaupun gaji aku tak besar mana.
Mungkin ayah ingat aku berduit sangat kot, ye la tiap bulan sebelum ni ada je benda yang aku nak kirimkan ke kampung.
Aku cuma rasa tak adil la juga, dua adik ku yang dah berkahwin seolah diorang selamat daripada ayah minta diorang duit utk besarkan rumah atau renovate itu ini.
Aku kan bujang so sasaran ayah la, bagi ayah aku tiada komitmen nak difikirkan.
Aku dengar je la plan dia tu, tapi bantah cara baik la sebab memang aku akui aku tiada duit sebanyak yang dia pikirkan.
Biarlah dia nak pikir apa pun, yang penting aku tak nak berhutang sebab nak tolong keluarga yang belum tentu nak bantu aku nanti.
Abang sulong aku ni pula tabiat dia kerja tak pernah kerja tetap. Kerja sebulan dua berhenti. Lepas tu dia kerja lain nanti tak lama lepas tu dengar je berita dia berhenti kerja, bila dah lama menganggur duit dah habis, dia nak mula cari kerja lain dia kena la meminjam dengan aku.
Aku bagi je la dengan harapan kali ini kerja tetap la. Tapi tidak! Berhenti juga. Kadang aku tanya kenapa berhenti ada la alasan yang kadang aku dengar macam remeh sangat, dia terlalu manja pun yer juga. Dia bosan dengan satu kerja tu dia akan berhenti.
Dengan asyik kerja berhenti tak berkesudahan tu, abang aku masih ada angan-angan nak kahwin.
Aku pernah la nasihat dia perempuan nak kahwin dengan lelaki yang ada kerja tetap, baru la hidup diorag terjamin. Bukan nak pandang harta semata pun. Abang aku hanya diam sejenak tak tau dia terasa atau dia pikirkan balik apa yang aku katakan itu.
Mungkin sebab tu juga kot ayah pandang aku ni berduit, sebab aku sorang je la yang kerja tetap dan masih bertahan dengan kerja sekarang ini nak dibanding dengan abang aku kerja berhenti tak habis-habis tu.
Korang doakan la abang aku ni kerja tetap dan dapat stabilkan ekonomi dia sendiri. Aku rimas tengok kehidupan jantan dia yang lemah semangat dan manja sangat!
Lagi satu aku setiap kali raya aku perasan la sejak aku dah kerja bandar ni la. Adik beradik balik berkumpul ramai-ramai tu aku suka la.
Tapi yang aku kurang berkenan nya tu, hampir setiap kali balik raya barang keperluan dapur atau juadah nak masak raya aku yang keluarkan modal.
Diorang hanya cadangkan nak makan itu ini je. Kalau diorang rasa nak beli barang dapur pun, punyala limit macam berkira pun ada juga. Diorang dah la balik raya kat kampung lama tapi beli barang dapur macam duduk 2 ke 3 hari je lagi-lagi diorang tu bekeluarga.
Nak tak nak aku juga la kena keluarkan modal lagi untuk tambah barang dapur kering dengan basah yang dah habis tu.
Ayah aku pun pandai je dia, datang kat aku, siap sindir lagi “korang nak makan rendang raya ni beli la daging” adik beradik lain tiada respon, tiada pun yang bersuara nak bagi duit untuk tambah beli daging atau lauk lain. Akhirnya aku la ajak ayah ke pasar beli daging dan barang-barang masak lain.
Kuih raya pun hampir berbalang dan berpaket-paket kerepek kebanyakan aku yang belikan, diorang kadang tu datang tangan kosong je. Diorang tau aku dah belikan banyak nanti. Tak perlu la nak pikir beli kan lagi.
Dia macam ni la kalau aku cuti sebulan, sebulan tu juga la aku kena keluarkan modal untuk makan je. Kalau aku cakap macam ni mesti korang yang membaca ingat aku ni berkira kan?
Sebenarnya aku tak berkira pun untuk keluarga aku sendiri tapi tu la bila dah selalu bagi apa yang diorang nak, beli apa yang diorang minta, masing-masing selesa macam tiada tanggungjawab.
Aku pun kadang tu rasa macam keluarga aku sendiri tekan aku untuk hadap semua ni.
Tapi aku tetap dengan cara aku, berkongsi rezeki yang setakat termampu dan cara aku bahagiakan keluarga adalah dengan raikan dengan makanan,
Ada rezeki lebih belanja makan sedap-sedap belikan stok lauk basah yang banyak nanti nak masak apa senang sekali sekala makan mewah, makan makanan laut yang mahal, tak salahkan kongsi rezeki dengan keluarga?
Cuma aku tak boleh je lagi nak ikut idea bernas bapak aku tu, sebab belum mampu lagi.
Doakan la aku dikurniakan rezeki yang banyak supaya nanti aku boleh hadiahkan senyuman untuk ayah dengan mak nak belanja diorang pergi buat ibadah umrah. Nak bawa adik-adik jalan makan angin bagi diorang happy.
Impian terbesar aku tahun depan 2024 ni nak sangat pergi travelling ke luar negara. Walaupun angan-angan aku besar tak sebesar gaji ku tapi aku yakin dengan rezeki tuhan tu lagi besar.
Semoga masa aku travel nanti bertemu jodoh dengan ‘’mat salleh’ kaya ke ada la rezeki boleh ikut dia keliling dunia nanti. Semoga impian aku, dan impian korang yang baik-baik akan tercapai di tahun 2024 ni.
Sekian coretan penutup tahun 2023 ku semoga berakhirnya episod duka dan liku kehidupan. 2024 hadiahkan kita semua kebahagiaan yang jauh lebih sempurna.
– Fifi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit