salam admin. aku anak ketiga dari 8 beradik. aku bersyukur ada adik beradik yang ramai, sebab ada geng wrestling, geng bergurau, geng minta pendapat, dll. aku sayang mak aku n adik beradik aku. aku ni ade moto je tau. my one and only treasure. aku ni gaji cukup2 makan je, jadi aku punya loan untuk beli kereta memang tak lepas.
baru-baru ni ada event yang buat aku terlalu berkecil hati sampai aku ambil keputusan untuk luahkan disini. harap yang membaca (kalau dipublish lah) ambil iktibar. jangan bezakan adik beradik sebab mereka tak punya apa-apa. aku ada perasaan dan aku mahu dilayan sama macam orang lain. bukannya ditch kami each and every time sebab mungkin pada kalian, kami ni tak ada kepentingan pun.
semuanya bermula bila akak aku start ada kereta. mak aku dan adik2 datang kesini jalan-jalan. akak aku ambil mereka dari kampung dan tumpang tido kat rumah kami (masa tu rumah sewa hanya aku dan kakak aku je yang duduk). aku janji kat mak aku nak bawa mereka makan nasi arab kat sebuah restoran ni sebab mak aku tak pernah makan. bulan sebelumnya, aku ikat perut sebab nak kumpul duit utk kepuasan mak aku. hari yang dijanjikan, aku balik dari kerja, pukul 930 malam camtu. rumah sunyi sepi takde orang. aku buka fb, tengok kakak aku, mak aku n adik2 aku tengah selfie ramai2 kat restoran mana entah. makan sedap tanpa aku ade disitu. ‘bahagia’ betul aku rasa masa tu. jantung ni macam dirobek. aku diam je. time nak hantar mak aku balik kampung, kakak aku minta duit minyak dan tol. masa tu aku meletup. aku cakap aku taknak bagi sebab korang makan sedap tinggal aku sorang2 kat rumah. mak aku backup cakap kereta full. aku diam je tapi duit sesen pun aku tak hulur kat akak aku. dalam hati aku, bukannya aku tak boleh pegi naik moto kan. tapi biarlah. then mak aku la keluarkan duit untuk tampung minyak dan tol hantar dia dan adik2 balik kampung.
2nd event.
cousin aku paling rapat kawen. sebelah perempuan setel. sebelah lelaki majlis bertandang 45 min dari rumah aku. masa tu aku dah keluar rumah sebab akak aku dah kawen. so aku sewa kat tempat lain tapi dekat je dengan rumah akak aku, dalam 15 min naik moto. mak aku and adik laki aku datang, tido kat rumah akak aku. aku stay overnight sebab nak teman mak aku. 1st event tu dah berlalu setahun lebih jadi aku dah lupa pasal tu. aku cakap dengan mak aku, yang aku nak ikot sekali tapi tunggu aku balik kerja. paling awal aku boleh balik 1ptg camtu (padahal kerja aku habis pukul 2 petang tapi aku boleh minta excuse balik awal). akak aku pula balik kerja 12tgahari jadi aku minta dorang tunggu aku 1jam lebih camtu. aku tak tahu ape mak and akak aku diskas, dorang cakap tak boleh tunggu aku. aku merajuk, aku balik rumah sewa aku malam tu juga. kebetulan member aku ade, jadi dia bawa aku lepak kat tempat feveret kitorang. tengah stress2, mak aku call cakap dorang willing nak tunggu. tapi masa tu aku dah tawar hati jadi aku cakap xnak ikot sebab aku dah takde mood. mak aku pujuk tapi tak jalan sebab masa tu aku betul2 stress dan dah betul2 tawar hati. balik kerja, aku buka fb, dah bersepah gambar family aku yang lain dengan kazen aku yang kawen tu. menitik juga air mata aku masa tu.
3rd event
raya pertama baru2 ni aku first time nak balik raya. sepatutnya aku kena kerja untuk raya kedua tapi situasi mengizinkan aku ambil cuti lepas habis kerja malam (jatuh pada raya pertama). kire nights off raya pertama. orang kerja shift dia faham. masa tu aku booking ticket last minit. korang faham2 la booking ticket flight last minute masa festival harga mencanak tapi aku ketepikan sebab aku taknak miss pagi raya dengan family aku which aku tak rasa lebih 3 tahun sebab kerja. balik dari kerja, aku ambil flight paling awal dan sampai ke airport pukul 9.30 pagi. aku roger abang aku, dia suruh cari transport sendiri sebab dia tak boleh nak ambil takut ada roadblock. dia takde lesen sebab tu takut ada roadblock. melilau aku cari last2 pilihan yang aku ada, ambil teksi. teksi dari airport ke stesen bas A, stesen bas paling besar kat situ cost rm86 which is very costly untuk aku. aku inform dalam group whatsapp, then adik aku reply suruh naik teksi ke mana entah then dari sana ambil bas ke stesen bas A then ambil bas lagi ke rumah pakcik aku (kitorang berkumpul kat sana) .dah sampai kat stesen bas yang adik aku suruh tu, pakcik bas pula cakap xde bas menghala ke stesen bas A. meluap2 perasaan aku masa tu. aku ni taknak terlepas pagi raya. jadi camni, bengkek je gua rasa. aku roger abang aku, and tanya if akak aku or abang ipar aku boleh tolong fetch tapi takboleh. dorang busy katanya. (akak and abg ipar aku ade lesen kereta). aku dah memberontak nak balik rumah aku time tu juga, abang aku boleh cakap pegi je la. then adik aku call, dia pujuk2 baru aku macam lembut hati. then ade seorang hamba Allah willing nak tolong tapi ada caj. xpelah, aku terima je la sebab aku nak bersama keluarga aku walaupun kena treat camni. aku redha je.
4th event
mak aku, abang aku n adik2 aku datang sini. kira ni complete la semua ada. aku dah ikat perut bulan sebelumnya sebab nak belanja dorang makan best ataupun ramai2 jalan2 tempat2 best. aku nak belanja mak aku dan mak aku nampak happy bila aku cakap camtu. aku diberitahu pada awalnya, dorang akan g jalan2, tapi tak overnight mana2 pun. so aku pun , xpe lah. pergi je la sebab aku pun kerja lagi. tapi sabtu ahad aku cuti la. jumaat dorang pergi jalan2. sabtu pagi tu adik aku sampai dari kampung naik bas. abang aku dan abang ipar aku fetch adik aku kat stesen bas pukul 2 pagi. aku ni assume dorang semua ade la kat rumah sebab first, tak overnight mana2. second, dorang boleh fetch adik aku kat stesen bas. lepas conv dalam group, takde sape2 mention nak overnight atau apa2. jadi esoknya, aku pun bawa bekpek 6l aku penuh dengan baju2 aku kononnye nak overnight rumah akak aku. ketuk2 pintu takde orang menyahut. 30 minit aku tunggu luar rumah takde bunyi manusia pun kat rumah akak aku. pastu aku tak sedap hati, aku call mak aku. rupanya dorang overnight weiii.. tinggal aku sorang2 kat sini. dorang tengah happy2, aku ni haaa merepotzzz kat sini sorang2. boleh lak adik aku salahkan aku, xbaca mesej ke ape. padahal xde sape2 mention nak stay overnight ke ape. aku ni haaa bawa beg berat2 naik moto, pergi penat, balik pun penat. sejam masa aku terbuang camtu je. aku tanya ade cakap ke nak stay overnight? baik akak aku, abang aku, adik aku krik3 xmampu nak jawab soalan aku. so yes, im being ditch again. and yes till today takde sape minta maaf dengan aku sebab tinggalkan aku camtu je sorang2 kat sini. u guys being happy without me being there. thank you semua. aku sayang korang :)
ni pengalaman aku paling pahit aku nak terima, mungkin sebab aku takde kereta macam korang. dan aku paling tak mewah antara semua. mungkin aku juga paling takguna sebab selalu menyusahkan korang. maaf. kalau aku ada kereta dan dah mewah oneday, doakan supaya aku tak treat korang camna korang treat aku. sekian.
– tak dianggap keluarga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit