Disebabkan Usrah, Saya Menanggung Hutang 30K

Assalamualaikum semua. Saya terdetik nak kongsikan pengalaman saya dengan PTPTN yang menyebabkan saya terpaksa tanggung hutang lebih RM30,000. Saya berasal dari keluarga yang sangat susah. Umi ayah PJJ dari saya kecil hingga saya umur 17 tahun.

Umi saya menjaga saya dan 8 adik beradik yang lain seorang diri. Tambahan pula, salah sorang adik saya adalah pesakit Cerebral Palsy, terlantar, tak boleh bangun dan perlu diuruskan semuanya oleh umi saya.

Bayangkan saya membesar dengan melihat kesusahan umi saya menjaga kami semua yang masih kecil seorang diri, memasak, kemas rumah, uruskan pakaian sekolah anak2. Pernah jalan kaki balik sekolah sebab basikal rosak, macam-macam lagi.

Saya bertekad, saya nak belajar pandai-pandai nak tolong umi saya. Ayah saya? Sekarang dah kahwin dua. Pada tahun yang sama adik OKU saya meninggal dunia.

Dan ya, saya benci ayah saya sebab dia yang anggap dia beli beras, gula, tepung, minyak dan bagi duit RM200 seminggu tu sudah cukup bertanggungjawab. Semakin kuat azam saya nak belajar pandai2 dan kerja untuk senangkan umi saya.

Ditakdirkan Allah juga, saya dikurniakan kebolehan dalam pelajaran. Result saya semua straight A dari UPSR, PMR dan SPM.

Lepas SPM, saya juga diterima masuk ke sebuah pondok untuk hafal Quran. Sememangnya hajat saya untuk menghafal Quran sebelum meneruskan pengajian ke UIAM.

Banyak tawaran biasiswa saya tolak kerana saya yakin ada rezeki lain yang Allah sediakan untuk saya. Jadi, dengan harapan akan masih ada tawaran lain setelah masuk ke UIAM adalah silap besar buat saya.

Masa zaman saya, asasi di UIAM masih lagi 2 tahun. Jadi, banyak tawaran biasiswa saya sudah terlepas kerana lebih had umur. Disebabkan ayah tak mampu nak tanggung yuran pengajian, saya terpaksa ambil pinjaman PTPTN dulu buat sementara waktu.

Dan ditakdirkan juga, semua tawaran biasiswa saya ditolak, tiada rezeki. Tak apa, masih ada cara lain, iaitu dengan dapat pointer 3.50 ke atas, dapat first class dan boleh apply Pengecualian Bayaran PTPTN.

Mula dari tahun kedua, saya mula cari kerja part time. Duit PTPTN tak cukup nak tampung belanja seharian. Rezeki Allah mudahkan saya dapat kerja sebagai tutor mengajar Al-Quran dan guru tahfiz. Saya terus plan jadual kelas saya dan jadual untuk mengajar. Pagi kelas, petang dan malam saya mengajar.

Pernah saya balik dalam hujan lebat, sambil menangis sebab penat sangat cycle yang macam tu, balik mahallah, demam, ubat tak ada, menggeletar dan menangis sorang-sorang lagi dalam bilik. Macam ni je ke nasib aku?

Saya penat.. saya penat kena jadi kuat. Tapi saya yakin Allah ada, Allah akan tolong. Allah ada simpankan rezeki lain untuk saya. Tak mampu juga nak call parents sebab parents tak faham keadaan saya. Maka saya pilih untuk diam dan teruskan hidup saya macam biasa.

Saya juga ada hulurkan duit belanja juga dekat umi since ayah saya banyak lepas tangan. Bayangkan disebabkan tak ada duit, dia hantar adik saya 5 orang pergi sekolah tanpa cakap tak ada duit dan tinggal adik-adik macam tu je.

Saya menangis lagi sebab ayah dah tahu saya dah ada duit, jadi umi akan minta duit dengan saya. Duit untuk belanja harian saya semakin sikit.

Masuk tahun ketiga, covid pun melanda. Dipendekkan cerita lepas habis MCO, saya dah nak masuk intern. Alhamdulillah dapat company besar dan bagus untuk saya develop skill saya.

Sepatutnya saya mula intership saya bulan Jun. Tapi pensyarah saya cakap Graduation Audit saya tak complete. Padahal saya dah fulfill semua niche dan subjek.

Pensyarah cakap sebab saya tak ambil usrah budi. Terus terpaku saya. Sebab kalau saya tak ambik internship bulan Jun, saya kena ambil pada next semester which is dah exceed 8 semester.

Waktu ni saya cuak, tapi saya rasa PTPTN ok kut since surat tawaran yang diberi kepada saya ialah selama 10 Semester. Dan ya, saya tak tahu 10 semester tu adalah untuk 2 semester bagi yang kena ambil EPT. Jadi PTPTN hanya terima Pengecualian Bayaran Balik jika habis pengajian dengan transcript 8 Semester sahaja.

Saya maklum pada pensyarah saya, saya dah habiskan Tahfiz (niche sama dengan usrah budi) sebanyak 6 semester disebabkan oleh seorang staff yang suruh saya untuk teruskan ambil tahfiz waktu manual pre-registration untuk Usrah Budi.

Saya merayu untuk benarkan saya teruskan internship saya bulan Jun sebab dah ada company yang reach saya dan company tu adalah company GLC. Tapi rayuan saya ditolak.

Saya merayu lagi untuk benarkan saya ambil usrah budi at the same time as my internship, masih ditolak atas alasan internship kena ambil setelah habiskan semua subjek. Tak tau nak mengadu pada siapa, saya terima saja dulu.

Masih yakin, PTPTN mungkin akan terima transcript saya sebab masih bawah 10 semester. Jadi saya diam, dan ikut saja keputusan UIA.

Habis internship, then fast forward to dah kerja, then dah convo- dapat offical transcript, saya apply untuk Pengecualian Bayaran PTPTN sebab saya dapat first class. After 8 months, saya dapat keputusan PTPTN reject permohonan saya sebab saya habis dengan 9 semester. Allahhh.. macam ni ke nasib aku?

I have done my best, usaha untuk dapat result cemerlang, belajar dalam keadaan keluarga broken, kena jaga adik-adik masa MCO, kena kerja sendiri untuk cari duit belanja sendiri while orang lain mudah dapat biasiswa, mak ayah bagi duit belanja bulan2. Macam ni je ke nasib aku?

Bila dapat result tu, memang dunia rasa gelap. Saya tak pernah keluar jalan2 atau makan2 dengan kawan sebab duit tak banyak. Cukup untuk makan, nak bagi umi dan adik2 lagi. Nak simpan sikit jugak untuk duit kecemasan. Rasa nak bu**h diri pun ada masa tu.

Rasa macam useless sebab bukan salah saya. Saya dah pergi untuk register Usrah Budi, tapi staff di kaunter tu suruh saya teruskan add subjek Tahfiz secara online. Mungkin sebab ramai sangat beratur dan kelas tak banyak. But still, it’s not my fault.

Dan ya, sekarang pun rasa nak bu**h diri. Saya depress teruk sebab ujian menimpa saya bertubi2 (saya tak cerita disini sebab bukan fokus utama saya). Dan ya, tekanan yang teruk, tambah pula saya kena tanggung hutang yang besar memang buatkan saya rasa nak bu… diri.

Maaf, tapi jangan judge saya, saya orang susah, family broken, saya kerja tanpa mengira kesenangan diri, saya belajar betul2 untuk bebaskan diri saya dari hutang. Tapi.. 

Mungkin ada sesetengah yang akan judge saya ‘Alah relax ah, RM30,000 je pun, bayar je lah’. This is a big matter to me!

Saya tak nak tanggung hutang ni : Satu, sebab bukan salah saya.

Dua, saya tak main-main masa saya belajar. Susah tau saya belajar siang malam, cari duit lagi. U might come from a blessed family with monthly allowance and have a nice life.

Please don’t compare with me. Saya betul2 sangat susah. Saya pernah tak makan sebab duit ada 50 sen saja. Saya tunggu eluan mengajar masuk, baru saya dapat beli makanan.

Saya orang susah, saya nak simpan duit, tapi saya kena tanggung family dan kena bayar PTPTN yang hutangnya bertambah tiap tahun. Padahal duit tu saya boleh simpan dan pergi Umrah or else.

Saya reach balik pensyarah saya, she asked me to email kulliyah to get support. But kulliyyah only can write support letter which is completely not strong enough according to PTPTN.

Tiap2 bulan masuk notification dari PTPTN buatkan saya masih rasa nak bu***h diri. Bukan salah saya ya Allah.. kenapa Kau uji aku macam ni. Aku baru nak start hidup, baru nak rasa sedikit senang.

Saya dah kerja sekarang, tapi tetap rasa terkilan sebab saya tak ada strong connection untuk bantu saya salurkan problem ni (whats the next step, to appeal to whom), tak ada umi ayah yang faham atau tau macam mana nak solve benda ni.

They even told me ‘bayar je lah, kau dah kerja kan?’. Its not about me dah start kerja. Its about that whole money akan bertambah by years sebab interest.

Bayangkan I have tried my best to study well in the midst of all this hardship, tapi disebabkan staff tu salah inform saya, saya kena tanggung hutang lebih RM30,000. Ke memang salah saya? TT

Saya dah jumpa Dean Academic, there’s nothing can do right now since transcript saya terikat dengan Graduation Endorsement Date. Dah appeal banyak kali pada PTPTN sebab bukan salah saya kena extend sem.

Kenapa tak alert dengan usrah budi? Saya dah alert dan dah beratur untuk pre-reg manual right before covid. Dan staff situ inform saya untuk teruskan tahfiz regardless asking my batch session mana.

Kesimpulannya, ‘if you don’t have a strong connection dekat dunia ni, u will always be ignored’. Poor will always be poor, while the rich become richer.

Doakan saya moga masih ada pihak yang boleh bantu saya untuk masalah fee exemption ni. RM30,000 is totally a big amount. And I have to bear with it until I reach 45 y/o. This is not life..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

32 Comments

  1. takpa nanti buat auto debit tolak 100 per month je kalau kerjaan bagi discount untuk bayar lumpsum boleh cuba. saya faham sgt perasaan awak tapi nasihat saya awak pandanglah masalah tu sebagai kecil sahaja dan tak wujud anggap sahaja benda sudah terjadi dan belajar dari kesilapan ini. i know its a pricey expensive mistake and not your fault. you did your best dapat first class lagi tapi bukan rezeki untuk dapat rebate tu sebab tak satisfy 8 semester T&C. Mungkin Allah nak bagi lebih in the future,. Tutup mata dan buatlah potongan minimum setiap bulan nanti habis lah tu. Sebab saya pun dalam situasi sama cumanya degree tak habis ptptn kena bayar balik. Tutp mata bayar je. Sebab itu adalah benda yang kita kena buat juga tak boleh lari. Kuatkan semangat and percaya dengan rezeki allah luas dan akan datang berbegai cara. wish you all the best!

  2. Anggap apa yang berlaku tu telah ditakdirkan untuk awak. Berfikiran terbuka dan positif. Maafkan kesalahan pegawai yg salah nasihat awak tu. Cuba fikir nikmat2 lain yg banyak awak dapat, contohnya tak ramai yang boleh dapat first class dan hafal quran macam awak. Mungkin kalau result awak tak berapa baik, susah lagi nak dapat kerja yg baik..
    Awak akan dapat bayar PTPTN tu dengan mudah apabila pangkat awak naik dan gajk dah lebih besar nanti. Terus kerja baik2 san fokus dengan kehidupan awak.

  3. Hang yang pilih untuk handle masalah hang mcm ni. Dunia ni bukan revolve around you sorang je. Hang taknak terima yang sebenarnya mmg salah sendiri sebab tak amik tahu betul betul, pastu dah kena extend terus salahkan orang. Hang takkan tak tahu requirements sebelum boleh proceed dengan intern. Mudah mudah je percaya staff gitu. Drpd hang dok fokus 45 tahum kena bayar, baik usahakanlah dapat kerja lagi baik dengan gaji lebih besar. Sudah sudah asyik nak salahkan orang keliling.

    • Sampai hati cakap macam tu :’

      Salah sendiri sebab tak ambil tahu?
      Saya dah beratur depan meja pendaftaran subjek dah. Staff tu yang salah info. Bukankah meja pendaftaran tu the truly official untuk dapatkan maklumat?

      Saya tak proceed pun intern sebelum ambil usrah budi. Memang tak boleh pun. Ikutkan sistem, kena ambil usrah budi dulu satu sem, intern kena ambil next sem. Dah buat rayuan juga supaya tahfiz diambil kira dan ganti usrah sebab saya dah complete 6 sem untuk tahfiz.

      Sampainya hati komen macam ni without truly tau pun situasi saya macam mana

  4. cuba terima je yang itu bukan rezeki kau. kalau tuhan dah kata itu bukan rezeki untuk kau, maka tak ada lah. sis ni nampak macam tak boleh terima qada & qadar. faham tu bukan salah kau, tapi belajar lah dari kesilapan. lepas ni jangan buta2 percaya orang lagi2 yang akan melibatkan duit macam situasi kau sekarang ni lah

    • First thing first,mohon tt jangan terus mengalah dengan ujian hidup.Namanya hidup,kita adalah hambaNya yg takkan lepas dari ujian.Banyakkan berdoa utk dipermudah urusan pembayaran hutang.Pergilah office PTPTN tu dan berbincang dengan pegawai PTPTN sendiri.Ubah pinjaman tersebut kepada ujrah,interest dia lagi murah.Buat potongan direct debit setiap bulan dari duit gaji andai kata kalau tak mampu nak konsisten bayar setiap bulan.If tak mahu buat direct debit,bayarlah sekurang2nya rm100 setiap bulan.Abaikan emel yg menyatakan ada tunggakan asalkan tt konsisten bayar setiap bulan.Acc 2 KWSP boleh dikeluarkan utk bayar hutang PTPTN tu.Caranya kena jumpa pegawai PTPTN dan buat permohonan bayaran melalui KWSP.Jangan mudah berputus asa.Situasi kita hampir sama.Sy sendiri pun diuji dengan duit PTPTN yg hanya masuk sehingga 8 semester sahaja sedangkan surat tawaran pengajian menyatakan 9 semester termasuk intern.Tempat intern pulak tidak menyediakan elaun dan tempat tinggal.Memang terpaksa berjimat duit PTPTN yg dapat sebab sy juga dari kalangan orang susah.Selepas belajar,terpaksa terima kerja yg hanya gaji rm900 sahaja dengan rumah sewa perlu dibayar sebanyak rm300.Makan memang betul2 ikat perut.Hutang PTPTN sebanyak rm25k pun tertunggak.Kadang bila dapat gaji lebih sebab ot atau duit raya dari bos boleh la bayar lebih sedikit PTPTN,kalau tak bayar la rm100 atau rm50.Tunggakan berjalan semasa intern lagi tapi tetap sy abaikan dulu emel2 tu.Tahun ketiga selepas grad dapat kerja baru bergaji rm1100 basic tanpa ot sebab masa masuk tu covid baru melanda.Masa ni pun ada jugak tunggakan sebab majikan potong gaji.Fast forward,Alhamdulillah tahun ni sempat grab peluang diskaun 15% lumpsump selesaikan hutang tu melalui potongan acc 2 KWSP.Setiap masalah ada penyelesaiannya.Jangan terlalu mengalah kepada masalah.

    • Jangan percaya bulat2? Saya dah beratur depan meja daftar subjek. Tak boleh percaya jugak ke dengan staff yang handle manual pre-registration tu? Still salah saya ke mudah percaya orang. Sedih sangat baca komen macam ni.

  5. akak pun mcm ko dik, pointer 3.49 (0.01) lg je nk waive the loan.. menung gk akak.. TAPI, abg akak pujuk, adik dh belajar, bayar je lah..
    apa akak buat, akak byr lebih.. akak kerja gaji kecik je, tp akak byr 300-400 sebulan, then akak bayar lagi guna akaun ke 2 kwsp.. tahun ke 5 akak dh habis bayar.. mind you gaji akak 1500 je dik 8 thn lepas wlpn ada degree, tp akak jenis mmg xsuka hutang lama2.. dont be so hard on yrself.. xsalah pun kalau adik2 awak kerja part time, bkn tanggungjawab awak sorg utk majukan diri.. adik2 awk pun dh blh usaha mintak biasiswa, kerja part time..there is no wrong

    gaji akak 1500 tp akak sewa bilik, akak masak hari2, akak naik moto dan sambung byr kereta abg akak.. choose yr struggle dik, nk salah kan keadaan sampai nk bunuh diri, akak xleh brain.. semoga Allah mudahkan urusan kau.. hidup ni dh keras, ko jgn keras sgt ngn diri kau..

    • Its okay,ni feel you.. Saya dah tamat belajar almost 3 tahun dekat Uia jugak but i think you bernasib baik lagi sebab you habis belajar terus kerja sedangkan i habis belajar until now tak dapat peluang kerja tu.. Hutang ptptn yang i tanggung dalam 23k since 3 tahun lepas and now, i tak sure berapa interest dia.. Kalau tanya i, kenapa tak kerja so that boleh byar ptptn kan.. Jawapan i, belum rezeki i utk kerja tetap.. I pernah kerja tapi tak lama and bukan kerja dalam bidang i pun, so kalau nak bayar ptptn tu agak susah.. Tambahan pula i, dah kawin setahun yang lepas and lagi menyukarkan i untuk cari pekerjaan.. Bukan memilih, tapi terpaksa memilih atas faktor situasi i yang dah berstatuskan isteri orang ni.. And now hari2 i berfikir kerja tetap apa yang i boleh buat supaya i boleh bayar smula ptptn i. Kalau tnya kenapa suami tak tolong byar kan, jawapan i sebab dia pun ade hutang ptptn dia and i taknak tmbahkan beban dia untuk bayarkan hutang i. So, dekat sini i just nak cakap nasib orang tu masing2 berbeza. Just kalau dari cerita u, apa yang i boleh ckp u kira beruntung lah sebab u ada pngalaman bekerja dari u belajar plus bila u habis belajar pun u terus dapat kerja.. I cemburu dgn orang yang baru hbis belajar and terus berpeluang dapat kerja dekat company2 yang besar suma tu sedangkan i nak cari kerja pun susah sangat.. U beruntung, so jangan pernah rasa down dengan setiap ujian yang Allah beri untuk u, jangan jadikan sesuatu masalah tu jadi masalah yang besar sampai u rasa depression. I tau macamana u rasa datang dari keluarga yang broken sbb i pun prnah rasa macamtu. Tapi, makin dewasa i dah rasa lali semua tu.. Just now, i ada kehidupan i sendiri and i kne fikir sndri macamana cara i nak settle hutang ptptn i tu.. Just for me right now, i slalu ckp dgn diri i, i just follow with flow je.. I yakin akan ade rezeki untuk i settle down all my hutang..

    • setuju dengan pendapat akak kucai. Buat Adik Bunga, akk faham adik kecewa tapi cubalah terima dan berlapang dada. Sedih dengar cerita adik tentang staff tu tapi benda dah jadi. Akk doakan adik sentiasa kuat dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

      إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي
      مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

  6. Weh umur muda lagi baru kena tanggung hutang 30k nak rase bunuh diri…. Kadang memang nampak kejam tapi tu la realiti kehidupan. Anggap la ini satu ujian.
    Kena belajar dunia ni bukan adil… kena bersabar banyak lagi kut dugaan akan dtg. Fikir positif ja mesti ada kebaikan daripada ujian ni.

  7. jgn fikir nk bunuh diri, mintak kat Allah dapat rezeki yg bnyk, boleh bayaq hutang2 PTPTN, moving forward the bersangka baik kat Allah dan mohon jalan penyelesaian yg mudah, jgn sesekali berputus asa dgn rahmat Allah.

  8. Hi sister. You’ve been so hard to yourself for too long. Faham perasaan nak hadap penat yang tak pernah habis. Pernah rasa nak pause kejap tak? Reward la yourself sekali sekala. Dah kerja kan? Pergi la makan sedap2. Belanja umi dengan adik2 ke. Choose your own happiness. Hutang tu..bayar je sikit2 mana yg mampu. Lama2 kurang la. Hidup ni..yes we need to plan.. tapi ada masa redah je dulu. Jgn fikir banyak sgt yg terkedepan yang belum tentu jadi tu. Benda dah lepas belajar lupakan. Yang penting masa sekarang. Boleh amalkan zikir fatimah lepas solat untuk Allah mudahkan urusan kamu. Ingat ni. Kamu harapan umi dengan adik2. Jadi jangan mengalah ya..

  9. Hi sis, bunuh diri is not the solution..
    Hidup ini ada banyak lg sudut yg adik boleh pandang positif, dunia juga bukan la tempat berehat, dunia ladang ujian dik..
    So, akak nasihatkn focus utk develop career, workhard, terus usaha utk majukan diri..
    Utk ptptn, degree akak totally convert as scholarship tp diploma, x berjaya convert, so apa akak buat, akak assigned auto debit minimum rm100/mth, akak siap kira2 umur 45 br hbs bayar hutang, sedih ms tu.. Tapi! Akak x gv up, setiap kali bonus akak byr extra, then baki 6k mcm tu akak byr lump sum guna akaun kwsp thru 2x pengeluaran.. Sbb akaun 2 kwsp akak guna buat beli rmh, so lambt sikit nk ckup utk byr ptptn full.. Hutang akak settle within 5.. X lama pn dik.. Akak tgk adk mcm ms akak study dulu, study hard, tak de berhibur dgn kwn2.. We put stress so much on ourself.. Teruskan melangkah, hidup ini indah bila ada dugaan n cabaran.. Sian ummi, sia2 usaha adik selama ni hanya dgn 1 kptsn utk bunuh diri..

  10. Adik kena bersabar sbb banyak lagi dugaan akan datang. Masalah ni kecil ja. Dapat keja buat ujrah atau bayar mcm biasa. Fokus on cari keja permanent dulu. Plus part time mana yg bole.
    Jangan putus ASA, kak dulu pun xda yg guide sbb susah. Alhamdulillah dapat suami yg pandai, n banyak ilmu. Perlahan2 gerak dlm hidup. Insya Allah akan ok. Words from a banker.

  11. Semoga Allah permudahkan segala urusan awak. Semoga awak dikurniakan rezeki yang mencurah curah. Aminnn

  12. Kau aim tinggi.. tp kau tak capai kau kau mengalah.. putus asa.. mmg ramai akan cakap 30K tak banyak.. bukan nak kena bayar 30K selepuk.. kau bayar rm100 sebulan pon ah cukup.. janji kau bayar…

    kenapa nak sangat fokus kat hurang ptptn 30K..?? baik kau fokus kerja dan tingkatkan diri kau dialam perkerjaan.. ptptn tu small matter aje..

    • Its a big thing for me since permulaan tu bukan salah saya bang. Saya dah beratur untuk register subjek usrah, tapi staff tu yang suruh saya teruskan ambil tahfiz bang. RM30K is a big thing to me. Saya boleh simpan duit buat benda lain. Saya boleh save untuk deposit rumah or anything else. U know adulting is hard. Sangat susah. Kalau saya terpalit hutang dek kecuaian orang lain ni, macam mana saya tak sedih bang?

      Ramai suruh saya redha, susah bang.. susah..

      Saya bukan aim tinggi dan mengalah. Allah..

      Salah saya jugak ke nak target keluar dari miskin ni bang? Saya baru nak hidup bang. Banyak beban saya kena tanggung. Dek kecuaian orang lain, saya kena redha dan bayar je?

      Saya dah banyak kali buat rayuan kepada kulliyyah, kepada academic (amad). Semua ditolak bang. Dari awal sebelum intern pun saya dah buat rayuan untuk tukarkan credit hour tahfiz tu pada usrah, ditolak juga bang. Tak pe lah, mungkin nasib saya sentiasa miskin dan susah macam ni. Have a good day buat orang tak pernah susah.

  13. Dpt kerja tu dah 1 rezeki yg besar dik…andai kata dpt pengecualian ptptn tp x dpt kerja susah hati jg dik…sabar redha syukur dik insya-Allah adik akan tenang

  14. Ada komen2 yang tak sensitif. Setiap orang ujian tak sama. Ya, ada orang yang ujiannya lebih teruk dari adik ini, tapi setiap orang ada masalah tersendiri. Adik ini hanya meluahkan masalahnya. Jangan compare masalah kita dengan masalah orang lain. Masalah bukan untuk dibanding-bandingkan. Saya harap adik ini kuat.

    Saya hanya boleh cakap banyakkan bersabar, kuatkan semangat dan teruskan usaha. Saya tak mampu nak bagi bantuan apa-apa, cuma mampu berdoa agar segala urusan kamu dipermudahkan dan diberikan penyelesaian pada masalah-masalah kamu. Aamin.

    Keep strong ye.

  15. Aku bukan org yg sesuai untuk komen pasal ujian Allah ni …

    Cuma aku boleh kata something big is waiting for you my dear…ko dah usaha sehabis baik untuk dijauhkan dari beban hutang dan riba, tapi tetap ditakdirkan untuk menanggungnya juga.

    Don’t give up…Allah menguji hambanya dengan level yg berbeza2…sesetengah orang, bila dapat ujian yang kecil, contohnya motor asyik rosak pun dah terus putus asa dan salahkan takdir Allah.

    But not you…you punya ujian bukan level orang2 biasa…so the reward is huge

    Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai. dengan kesanggupannya” (Surah Al Baqarah , ayat. 286).

  16. Assalamualaikum sis. Saya faham perasaan menanggung beban yang bukan kesalahan sis. Saya doakan sis dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

    Redha dulu ya sis. InshaAllah bantuan dari Allah akan sampai bila kita dah redha dengan takdir Dia.

    Anyway, kalau ada hitam putih like written letter ke apa-apa yang boleh jadi proof ini bukan kesilapan sis, try fight balik dengan mereka.

  17. Kau suruh la mak minta duit kat ayah. Itu anak-anak ayah kau, bukannya anak-anak kau.

    Suruh dia jadi ayah, bukannya sekadar penderma sperma.

    I asingkan duit untuk tekak I sorang je RM 100 seminggu.

    Kalau ayah tak nak bagi, you boleh usaha untuk jumpa HR tempat kerja dia.

  18. Cer kahwin pastu mintak hantaran RM30K 😁 kalau kau bundir pun, ahli keluarga kau jugak yang kena tanggung so, berdamailah dengan takdir

  19. Setiap ribut petir yg Allah bg pasti ada pelangi di akhirnya… Betul dik kau rasa mcm Allah tak adil… Sbnrnya Allah ada perancangan lebih baik… Redha disetiap dugaan nya… Fikir positif… Jgn terlalu pk 30k… Selalulah amalkan doa dipermudahkan lunaskan hutang tu… Rezeki Allah dalam pelbagai cara dik… Jgan terlalu memikirkan 30k tu sampai adik lupa segala nikmat lain yg Allah dh beri.

  20. Tahniah dik,didoakan semoga berjaya mendapat syurga Allah yanag tertinggi.Ujian hidup sangat berat tapai adik berjaya atasi dengan lancar,hutang ptptn tu jangan fikir sangat dik,buat nanti auto deduction dari salary ikut kemampuan.. doa banyak² pada Allah dipermudahkan untuk bayar ,ditambahkan rezqi dr segala arah,dunia ini sementara sahaja,ingatan bunuh diri tu dari iblis..banyakkan istighfar dan sedekah makanan kat kucing ,sambil doa semoga Allah bantu berikan ketenangan hati dan jalan penyelesaian setiap masalah,Allah uji kerana Allah sayang adik..tengok nasib orang lain ada lebih teruk lagi..insyaAllah ada sinar di hujung terowong..semoga adik sentiasa dalam lindungan Allah setiap masa dan dapat jadi idola kepada adik beradik yang lain dalam menempuh kehidupan ini..ameen

  21. Seseorang itu takkan merasai kesusahan/ kepayahan orang lain selagi dia tak merasainya sendiri.

    Saya sarankan sis untuk bayar menggunakan Akaun 2 KWSP (mohon online je) dan sangat mudah stepnya. Kalau sis dah ada kerja tetap boleh potong secara bulanan setiap bulan amaun ikutlah kemampuan sis. Atau boleh tambah pendapatan dgn kerja part time menjadi Tutor semula . Anda diberi bakat dari Allah untuk mengajar orang lain, tak semua orang boleh.

    Dan sis juga perlu redha dengan apa yang dah terjadi. Past is past. Jangan terlalu stuck di masa yang lalu. Focus on yourself now, do things that make you happy. Ada banyak aktiviti yang free, contohnya painting, baking, berjogging sambil melihat keindahan alam, dan banyak lagi. (Kalau saya nak hilangkan stress, saya suka mengemas/nightwalk/play with my cats)

    Akhir sekali, jangan berhenti berdoa dan yakin padaNya. Yakin sis boleh melalui ujianNya ni. Jangan putus harapan. Keep fighting & ignore negative comments! sending virtual hugs**

  22. Salam sis, moga Allah beri kekuatan & permudahkan urusan sis.

    To be truth, takde sape2 yg akan faham situasi yg kita alami melainkan tuan badan sendiri & our creator. So harap sis kuat. Hidup memng keras lagi2 kalau letak atas bahu sendiri, cubalah pause skjap & ltak balik semua tu kat Yg Maha Besar. Sy pun bukan siapa2 tp sy faham membesar dlm keluarga yg bukan senang itu tidak mudah. Mgkin selama ni kita terlalu letakkan kebergantungan usaha kita pd diri sendiri sampai satu masa hasil tak cam what we expect, kita salahkan takdir, actually semua yg kita dapat sebelum ni bukan sbb usaha kita tpi Allah yg bagi. Again bukan nk provoke tpi harap sis tak demotivated dgn kehidupan sis & keep moving despite the obstacles. Sad truth, hidup memng keras, sbb yg sempurna hanya kat surga. Mgkin Allah nk bagi yg lebih baik. Moga sis terus maju.

  23. Akak faham perasaan awak. Harapan awak musnah. Plan awak musnah. Hanya gara-gara kesilapan kecil.

    Tapi dik dari cerita awak ni, ada satu pengajaran besar yang akak dapat untuk diri akak sendiri. Dalam hidup ni kita merancang, dan rancangan kita, kerja keras kita, usaha kita, titik peluh kita, struggle kita, sudah sangat teliti tersusun, sangat teratur demi menggapai harapan kita.

    Tapi, rupa2nya Allah itu lebih lagi Maha Merancang. Kita dah plan untuk diri kita, tapi Allah pun ada plan lain untuk kita. Dan plan Allah tentu2 lehih baik.

    Dik, bukan silap awak dik, bukan silap orang di kaunter tu atau siapa2 dik. Tapi Allah dah tuliskan begitu untuk awak. Awak dah usaha dik.

    Awak sangat hebat dik. Belajar bersungguh2, kerja bantu keluarga lagi. Setiap satu pasti akan diganjari. Senyum & jalan terus ye dik. Anggap la bayar balik hutang tu sebab dah rezeki Allah tulis kena bayar. Bukan terpaksa bayar sebab kesilapan manusia. Tapi bayar sebab Allah yg minta.

    Moga Allah beri kelapangan hati untuk menerima ujian yang besar ini dik. Moga kuat.

  24. Sabar..sabar .. sabar itu je yang saya nam cakap…

    Saya jugak orang susah, pondan pulak, lemah gemalai dihina dari kecik.. mak bapak miskin…. Jual kutip getah beku, itulah duit untuk beli makanan masa kecik2 dulu….. Jika hujan, tak boleh menoreh, nak makan apa?

    Banyak kali diduga, dulu2 masa muda memang menyalahkan takdir, tapi seiring waktu dan pertambahan usia, baru sedar, setiap dugaan kena sabar, percaya 100% pada Allah…. Nanti satu persatu ujian dan dugaan ni akan terlerai satu persatu… Akhirnya tersenyum sendiri, syukur kerana dugaan ini menjadikan kita lebih kuat dan pahala berganda2 jika bersabar

  25. Salam dik. Semoga dioermudahkan urusan. It is what it is. Awk dah cuba sebaik mungkin dari segala aspek. Ya betul saya nmpak point awk yg staff tu salah. Its better for you to seek professional help regarding your suicidal thoughts.

  26. Wahai Cik Bunga,

    1. Tahniah atas kejayaan meraih ijazah kelas pertama. Di saat siswazah lain terpaksa berpuas hati dgn CGPA masing², besarnya nikmat yg Allah bagi pada kamu dik!

    2. Tahniah atas kejayaan mendapat pekerjaan yg bagus. Di saat org lain terpaksa hadap pekerjaan yg tidak setaraf dgn kelayakan atau bertahun² menjadi penganggur, besarnya nikmat yg Allah bagi pada kamu dik!

    3. Tahniah kerana selalu berusaha menyenangkan ibumu. Di saat ada yg memilih utk pentingkan diri sendiri, kamu tidak lupa pada jasanya. Lihat, besarnya nikmat yg Allah bagi pada kamu dik!

    4. Tahniah kerana mampu bertahan ketika diuji dgn bermacam² ragam dunia dan ketahuilah itu juga adalah nikmat yg besar.

    5. Di saat kamu berfikir “why me?”, tanyakan dirimu kembali “why not?”. Allah berhak memilih kamu utk diuji sebegini. Lupakah betapa banyaknya nikmat yg kamu dah kecapi selama ini?

    6. Dik, bundir bukan solusi kpd masalah apa pun, teringin saja sudah mencemar jiwa malah menambah kalut di dlm kepala. Apakah berbaloi utk ke neraka selama-lamanya hanya kerana hutang 30k? Apakah hafazan kamu selama ini tidak bisa mengisi tenang ke dalam dada? Istighfar dik, kamu telah digoda syaitan durjana. Sebenarnya kamu lebih kuat dari apa yg kamu sangka. Namun, maaf – aku harus katakan; kamu masih perlu mendalami makna syukur yg sebenarnya. Hanya org yg gagal bersyukur yg tergamak berfikir utk menamatkan hayat dirinya. Empat kali kamu ulangi, usah disebut lagi perkataan itu dik. Ubahlah bahasa monolog diri.

    7. Dik, aku fikir kamu sudah terperangkap dgn kata² “ini bukan salah saya”. Itu yg kamu zikirkan sepanjang confession dan juga reply kpd pembaca. Dik, apakah kamu fikir semua org yg cacat atau mati dlm kemalangan jalan raya itu berpunca dari kesalahan mereka sendiri? Boleh jadi, kemalangan berlaku kerana kecuaian org lain dan ditakdirkan kamu tidak sempat mengelak utk selamatkan diri. Jika kamu di dlm situasi itu, adakah kamu memilih utk mencabut nyawamu sebelum ajal tiba? Nah, cuba nasihati dirimu sendiri!

    8. Dik, Allah mengujimu begitu kerana Dia sayang kamu. Didiklah sabar dan redha dlm jiwamu, pasti kamu akan menjalaninya dgn lebih tenang. Dan jika Allah berkehendak, mudah saja untuk Dia bantu kamu langsaikan 30k itu dlm sekelip mata. Bagaimana? Jangan tanya apa caranya, tapi mintalah kepadaNya dgn bersungguh². Kita manusia tidak berkuasa. Jgnlah terlalu sandarkan segala²nya pada usaha semata², mungkin di situlah ada silapnya. Rasakan bahawa Allah sedang menegur kamu dgn kelembutanNya. Walaupun kamu rasa ia tidak adil bagimu, tetapi cubalah terima dgn berlapang dada. Ini satu pengalaman berharga, pasti kamu akan lebih matang kerananya.

    9. Dik, aku pasti kamu telah mendapat manfaat dari 30k itu tetapi selagi kamu sering katakan itu ini begitu begini, selagi itulah bahumu terasa berat. Jadi, anggap saja bayaran balik cth RM100 sebulan itu sebagai sedekah jariah utk bantu insan lain yg memerlukan. Rezekimu pasti kembali dgn lebih dahsyat.

    10. Dik, aku doakan rezeki kamu lancar dan mewah asbab kamu redha diuji begini. Ayuh, teruskan langkah dgn bismillah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *