Disebalik Jemaah

Assalamualaikum semua. Melihat confession anak jemaah yang dianiaya, dan ramai menamakan G***, global ******, serpihan al *****… Dekat sini aku nak fokuskan beberapa benda, kalau malas membaca, jangan teruskan pembacaan..

Boleh baca confession yang berkaitan di sini,

Untuk part I, (https://iiumc.com/kerana-jemaah/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/kerana-jemaah-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/kerana-jemaah-iii/).

1) Isu child labor dan mind setting, bina pengikut untuk raih keuntungan. orang bawah suffer, orang atas bermewah… macam konsep bisnes MLM…

Kau orang pergi kursus2 tu semua sama juga dibrainwash… menangis melalak, orang suruh panjat kerusi, hang pergi panjat… tapi ni versi guna agama. Cult ni ada dalam mana2 agama, baik buddha, kristian etc. So fokus pada cult.

2) Ada someone share drama arwah M.Rajoli berlakon, haaa macam tu la cult versi agama.. Dia orang pandai bahasa arab, ada serba serbi ilmu agama, tapi salah guna untuk kepentingan diri…

Kita yang tak pandai ni mudah terikut, takjub… Lama-lama terperangkap sebab tak tahu mana satu betul mana satu salah…

3) Tolong jangan fokus pada buruknya agama, yang buruk tu manusia… Islam tak ajar pun aniaya anak2, isteri..

Jangan fokus pada buruknya pakaian, buruk sangka dekat dia orang biadap, tak ada adab, konon pandang kau orang ahli neraka la. Dia orang penat, tak dibayar gaji, disuruh kerja…

Ketahui lah sebagaimana kau orang tak suka dijudge oleh orang berpakaian menutup aurat, orang menutup aurat pun tak suka dijudge oleh kau orang… ni bukan medan nak tunjuk eh aku tak tutup aurat tapi aku lebih baik. No. Fokus pada isu cult dah la..

4) Boikot produk islam. Aku tak sokong isu cult, child labor. Tapi nak boikot produk islam dah kenapa.. Dah la tak banyak produk orang islam. Kau orang tak membeli, apa jadi nasib anak2 tu.. Terbela ke dengan kau orang boikot…

Kau orang tak membeli, aliran tunai pergi dekat orang bukan islam. Secara tak langsung, kau orang galakkan aktiviti perniagaan tak halal… kalau boikot tu bersasar dan terancang, ada fokus, ok lah nak boikot.

Contoh nak desak i****n tu bebaskan anak2 dekat asrama tu ke.. Dah lama nasib anak2 tu tak terbela, kau orang tak membeli, silap haribulan lagi teruk anak2 tu kene..

5) Tak ada salahnya bmf, buy muslim first. Yang salah kalau produk tu cekik darah, konon untuk tujuan infak, bersedekah (sila bayar lebih).

No, konsep ni salah satu perangai setan, unless kita tahu bila kita bayar lebih, aliran tunai tu pergi mana. Kalau tak, bagitau je depan2 muka peniaga (islam) tu..

Kita taknak galakkan orang islam aniaya orang islam yang lain.. Nak ambil untung berniaga pun, ada adab dalam islam. Bukan boleh cekik darah macam tu.

6) sikap orang melayu yang baik hati (baca juga: mudah dibodohkan) menyebabkan cult dan sindiket orang minta sedekah berkembang biak..

Sifirnya mudah je, nak bayar zakat, nak sedekah, utamakan kaum keluarga, jiran, kawan2 yang memang sah2 kita kenal… ni entah sape2 kau orang hulur duit. Kalau keluarga setel, jiran setel, kawan setel.. baru lah sedekah/ zakat dekat jabatan pemungut zakat (LZS ke, MAIP ke).

Zaman sekarang orang nak mudah, nak elak cukai, bayar je zakat dekat entah mana2 syarikat yang claim buat keje kebajikan tu..

Betul ke tidak dia guna duit orang ramai tu, bukannya ada audit atau penyata aliran wang yang orang ramai boleh tau. Sekurang2 nya jabatan pemungut zakat ni diaudit, ada apa2 kesalahan kita boleh push…

7) Nama i****n. I****n ni dalam bahasa arab adalah persaudaraan. Lepas jatuhnya tamadun islam tahun 1924, nama i****n ni popular kerana ia adalah salah satu gerakan yang nak menyedarkan orang islam apa tujuannya al quran diturunkan..

Apa sunnah Rasulullah saw yang paling besar yang makin hilang, sunnah tu adalah DAKWAH.. sampai sekarang orang ada stigma takut dengan orang dakwah ni. Padahal ia satu tuntutan dalam agama.

Buka quran, baca tafsir berapa banyak kali Allah seru supaya orang yang mengaku beriman ni berdakwah…

Lepas 1924, orang islam tak ada tempat nak tuju, macam layang2 putus tali.. sana sini umat islam ditindas, disembelih, dibunuh.. yang nama i****n ni la tiupkan balik semangat orang islam.. ia diterima oleh satu dunia, sana sini orang nak mengaku dia i****n…

So this i****n (global) yang kau orang cakap ni, ada perniagaan, dekat putrajaya lah, merata tempat yang kau orang cakap. Mereka adalah golongan oportunis.

Mereka menggunapakai nama i****n. Sebab nama i****n ni boleh kata clean (walaupun macam2 kena fitnah).

Jadi mereka ambil kesempatan pada nama i****n. Mereka misleading nama “i****n”. Mereka nak imej putih bersih lepas pecah tembelang Al-***** dulu tu. Orang ramai pulak dah keliru. Eh, nama i****n gak ni.

Sekarang bila dia orang buat taik sama macam al ***** dulu, lagi lah orang ramai pening…

8) Jemaah. Maksud jemaah dalam bahasa arab adalah masyarakat. Ejaan sebenar jamaah, bila dimelayukan jadi la jemaah.

Contohnya jemaah muslimin, maksudnya masyarakat orang islam (berstruktur). Sana sini orang nak guna nama jemaah. PAS guna jemaah, tabligh guna jemaah, i****n (global) guna jemaah, IKRAM guna jemaah, ABIM guna jemaah.

Rasulullah saw memang anjur orang islam duduk dalam jemaah, hatta solat pun pahala orang berjemaah 27kali ganda. Apa lagi duduk dalam jemaah.

Masjid, tempat berkumpulnya masyarakat islam, itu syiar islam, lambang kekuatan umat islam. Orang islam tak boleh tak berjemaah.

Jadi jangan takut dengan jemaah, cuma kita kena pandai beza, jemaah mana kita patut ikut. Aku tak cakap mana satu jemaah yang betul, sebab kita manusia berbeza, ada preference berlainan, mungkin jemaah ni sesuai dengan kita atau tak,

Selagi kita masih belum ada pemimpin islam yang kita boleh percaya dan akur, (di mana semua orang islam akan setuju dan akur dengan satu2 pemimpin islam), pilihlah jemaah yang mana kita nak…

In this case (jemaah) i****n (global) ni, memang dah ke laut… misleading… mengaku jemaah islam, tapi hancur, buat anak2 macam robot atau anak2 ayam yang tunggu masa disembelih atau ladang tebu yang boleh diperah2 jusnya. Menganiaya anak-anak dan hak wanita.

9) Tadi aku sebut tamadun islam jatuh pada 1924, lagi 3 tahun cukup dah 100 tahun, Allahu. Fatwa ulamak terdahulu setiap umat islam adalah berdosa kerana kita tak ada khalifah dah sekarang ni.

“Telah ijmak para ulama bahawa wajib atas orang Islam melantik khalifah.” (Lihat al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 12/205)

Bukan simply boleh lantik pemimpin, ada syarat2 nya… pandangan aku tak setuju kalau kata negara kita adalah jamaah muslimin.

Mesti ada kata why bother nak join jemaah ni semua? Negara kita kan negara islam dah. Struktur kita ke laut. Menteri2 haprak. Bukan contoh baik.

Berjaya nya orang kafir porak perandakan masyarakat islam dekat negara kita, malah seluruh dunia. Usaha mereka 100-200 tahun sebelum tahun 1924 tu lagi.

Kesan lebih besar dirasai slepas 1924… tengok negara kita sudah… dasar pecah dan perintah golongan penjajah, dasar pendidikan barat dekat golongan bangsawan dan golongan berpengaruh.. dah berjaya.

Anak2 bangsawan bakal pegang tampuk politik malaysia dihantar ke uk, britain, dibrainwash, dikenal dengan arak, wanita..hilang jati diri melayu dan islam. Dijanji dengan kuasa, harta, pangkat.

Kita nak laksana undang2 islam pun kena ikut negeri, bersorak penjajah.. orang islam berjaya dipeningkan. Sampai sudah orang melayu takkan bersatu.

Dah perlembagaam gitu, perlembagaan kan lagi tinggi dari quran. Macam mana umat islam nak bersatu, negara didukung dengan perlembagaan daripada penjajah…

Pandai sungguh mereka… hala tuju hidup umat islam dipesongkan… sibuk belajar sains, tapi jus atau intipati kepada sains tak diajar… kerja, makan, tidur tanpa tahu kenapa dan nak ke mana…

Ada saki baki umat islam yang ada lagi semangat dakwah pula.. dimomok dengan jeleknya orang yang berdakwah ni.. sekarang pula nama buruk i****n global ni. Orang islam pun tak yakin dengan orang islam. Sedihnya ya Allah… kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Betullah akhir zaman, umat islam ramai tapi ibarat buih di lautan…

Tahu tak tahun 1924 adalah tahun duka cita umat islam? Tahun 2024 nanti, ulang tahun duka cita umat islam… kita tak sedar sebab sejarah kita sendiri pun kita dah tak tahu…

10) Modal digunapakai untuk cult macam global i****n. Menjual harapan dan impian, yang islam akan bangkit semula. Basically memang islam akan bangkit semula, ada dalam hadis, kerana itu mungkin ramai mudah percaya..

Cuma this global i****n ambil kesempatan, padahal guna untuk kemewahan pemimpin mereka. Mereka orang yang ada sikit kefahaman agama, tapi guna untuk kepentingan sendiri.

Ada orang2 yang terpedaya, akhirnya menyesal dan tersedar. Adanya anak2 yang buat confession, yang ada akal dan iman boleh lah menafsir yang mana benar dan mana salah.

11) Tipsnya aku bagi mudah sahaja, apa sahaja bentuk modal air liur, ajaran, kuliah, youtube, atau apa saja daripada ustaz, ustazah, PU, daie segera, hatta mufti…

Jika apa yang diseru lebih kepada diri mereka yang berbentuk taksub, cepat2 lari, tutup telinga dan tak yah ikut mereka. Itu salah satu bentuk berhala kecil…

Kita tengok dia sebut ayat quran dan hadis lebih banyak ke, kita sebut empunya diri tu lagi banyak.. Kalau empunya diri tu lagi banyak, sah, bukan nak bawa kepada islam.. Tapi perhambaan diri kepada tuan punya badan.

Kalau bukan empunya diri yang sebut, dia biarkan ke tak orang ramai terus taksub pada dia… kalau dia biarkan, sah, dia penunggang agama… kalau dia benar, dia takkan biar manusia lain taksub pada dia…

So, aku harap kita tak mudah terpedaya… doa banyak2, moga dilorongkan kita kepada jalan yang benar… jangan takut dan putus harap..

Teringat kisah Salman al farisi, boleh cari kisah dia… sahabat Rasulullah saw yang merantau beribu km…yang asalnya beragama majusi. Berjumpa guru salah.. Sebelum akhirnya jumpa dengan agama yang dibawa Rasulullah saw…

Jika hati kita benar, insyaAllah kita akan jumpa lorong yang benar… mintalah pada Allah nescaya Allah makbulkan.

12) Yang global ******* ni, jika benarlah amalan sesat masih belum berkubur… penganiayaan yang masih belum dibela.. Semoga satu hari nanti terbuka semua yang palsu dan yang benar, ingat Allah pernah berfirman:

Katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. (QS.al-Isra’ :81)

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. QS. Al-Shaff: 2-3

Kalau Allah benci, aku juga benci.

– Bukan PU (Penunggang Ugama) (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> httapis://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *