Disebalik Kaunter Farmasi

Pengenalan. Aku Umi. Pernah berkhidmat sebagai Ahli Farmasi Pesakit Luar disalah sebuah hospital kerajaan. Pharmacist yang jaga kaunter masa korang ambil ubat tu. Tapi sekarang aku dah resign and beralih bidang.

Baru-baru ni viral tentang peristiwa pharmacist dengan pesakit di hospital sekian-sekian. Aku tak ada kena mengena dengan watak-watak tersebut, cuma nak kongsi pengalaman aku daripada kaca mata aku  pharmacist jaga kaunter.

Nota kaki, ini semua pengalaman aku. Aku tak kata semua pesakit begini ye. Sebahagian sahaja.

Farmasi pesakit luar adalah tempat yang last sekali yang korang akan pergi kalau datang hospital.

Ada sebahagian pesakit yang datang, tunggu doktor berjam-jam tak apa, tapi bila nak tunggu farmasi siapkan ubat pesakit 30 minit pon kena complaint. End up kami jugak yang kena marah.

Ada sebahagian ubat yang cuma doktor tertentu sahaja boleh prescribe. Contoh ubat tulang, doktor tulang sahaja boleh bagi. Kalau doktor bersalin nak bagi, pihak farmasi terpaksa reject.

Bila kami explain ke pesakit, end up kami juga kena maki sebab katanya doktor dah tulis, farmasi bagi jelah. Doktor lagi berkuasa katanya. Sebahagian pesakit sahaja yang macam ni ye.

Ada juga kes di mana bekalan ubat tak cukup. Sama ada company yang keluarkan tak ada stok. Atau pihak hospital tak cukup duit nak beli.

Terpaksa bagi ubat 2 minggu sekali instead of 1 bulan sekali.

Kenapa bagi 2 minggu sekali? Sebab seboleh2 kami nak semua pesakit dapat ubat. Contoh kalau bagi 1 bulan sekali macam biasa, mungkin 50% pesakit tak dapat bekalan ubat mereka.

Bila jadi macam ni, banyak khidmat tambah nilai tak dapat diteruskan, macam pos, ambil ubat di klinik atau hospital lain (SPUB). Kenapa?

Sebab masa untuk process ubat saja nak pos saja dah ambil 2 minggu. Bukan seorang dua yang guna sistem pos ye.

Di hospital besar ratusan pesakit nak pos setiap minggu. Worst case kalau ubat sangkut di pos laju. Bekalan ubat pon terputus. Nanti farmasi lagi yang kena maki.

Ada kawan saya ahli farmasi pernah kena maki dengan patient. Sampai ugut nak cari sampai rumah.

Ada juga yang follow kereta salah seorang kawan saya sampai dia terpaksa tukar-tukar kereta dan akhirnya berhenti kerja. Bila report polis, dia kata tak boleh buat apa.

Bila patient buat hal. Dia rakam dan viralkan part situasi yang menyebelahi dia, tapi bila penjawat awam buat laporan, tiada tindakan yang boleh diambil, walaupon kita tahu details pesakit.

Kalau penjawat awam viralkan, kena tindakan tata tertib pulak. Tiada siapa yang boleh pertahankan penjawat awam.

Aku di sini ingin menegaskan aku tidak menidakkan pengalaman buruk mereka2 yang pernah berurusan di kaunter farmasi. Memang ada juga segelintir penjawat awam yang tidak beretika dan berbudi bahasa.

Aku cuma ingin menceritakan pengalaman aku yang bekerja di sebalik kaunter farmasi yang aku kira tidak ramai tahu.

Yang baik datang daripada Allah. Yang tersalah kata atau susunan kata daripada aku.

Terima kasih kerana membaca sampai habis.

– Umi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *