Disebalik Kemiskinan

Assalamualaikum semua, aku nak nak confess lah sikit. Dekat Malaysia ni banyak group sukarela. Aku pun salah satu ahli group tersebut. Semua ahli kami ada kerjaya masing-masing. Tapi setiap minggu atau bulan kami akan berkumpul dan buat aktiviti utama kami iaitu membantu golongan miskin. Tak kira kaum apa. Biasanya “scouter” kami yang akan jadi orang tengah dan pantau kawasan atau keluarga yang memang memerlukan.

Sumbangan banyak, dan memang kami salurkan semua sekali dekat orang yang memerlukan. Kami bukan setakat bantuan. Tapi bagi khidmat kaunseling dan panduan juga. Contohnya kawalan untuk kewangan. Dan kalau yang nak cari kerja pun kami akan tolong usahakan. Tapi, aku sebenarnya hairan. Hampir majoriti kawasan orang miskin yang aku datang. Bila tanya apa diorang guna duit yang tak kira dari kerajaan ke atau orang ramai. Semua kebanyakkan tersengih dan ada yang cakap beli barang rumah itu lah ini lah. Tapi bila kami tolong kemas rumah berlambak kertas nombor ekor. Tak kira melayu ke cina india setiap rumah tu ada je kertas nombor ekor.

Bila kami tanya baru diorang mengaku. Katanya nak mencuba nasib. Tapi beli sampai berpuluh ringgit dan setiap hari pula tu. Tepuk kepala je kami dengar cerita diorang. Itu tak termasuk rumah, mungkin kalau ada yang ingat sebelum ni ada viral tentang rumah orang miskin yang bersepah tak kemas. Rumah yang kami lawat tu memang kebanyakkan macam itu lah rupanya. Baju berterabur. Pinggan kadang tu entah berapa lama tak basuh.

Ada member kami yang baru join biasanya sampai muntah-muntah kemas rumah diorang. Kami siap ajar cara simpan duit supaya tak terlebih guna. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kadang tu waktu gotong royong tolong kemas rumah ni. Diorang ni tak tolong. Kami ni kalau boleh nak lah tuan rumah join sekali jadi kalau bahagian awkward nak kemas tu biar diorang yang buat. Tapi tidak, yang anak-anak ni padahal dah besar habis merayap entah kemana. Si bapak ni duduk warung kedai kopi . Emak ni pula entah ke mana. Dah siap kemas baru datang..” eh terima kasih ” bukan aku ni ke atau orang lain nak merungut ke apa. Tapi diorang ni tak bagi kerja sama. Dan harap 100% tu kena kami yang buat.

Lagi satu benda paling ketara, anak. Yang ini biasanya dekat keluarga Melayu. Anak ramai, cukup lah guna ayat anak itu rezeki. Memang dapat anak itu rezeki. Tapi kalau anak kau nak makan pun payah. Terpaksa tahan lapar sehari dan esok baru makan mana kesian budak tu. Selalu kami pesan kalau nak buat “hubungan” tu kawal. Ini tidak nak main redah gitu sudah mengandung lagi. Nak kena tambah lagi pendapatan. Anak kecik ni kita tahu lah berapa banyak duit nak guna. Itu yang anak sampai tak boleh sekolah. Terpaksa kerja walaupun kecik lagi sebab mak ayah tak mampu. Rumah kecik anak sampai 6-7 orang. Beza pula setakat setahun haish.

Yang kali ni aku ni sentuh pasal agama sikit, aku buat aktiviti ni dah nak masuk 4 tahun. Beratus rumah orang miskin kami lawat. Setiap rumah tu memang ada record. Bila kami kaji, hampir 90% orang melayu islam tak jaga solat. Alasan sebab sibuk cari duit. Tapi bila “spy” kami tengok. Kerja keluar pagi tengahari dah balik. Ada kadang-kadang tu tak kerja pun. Sejadah tak ada telekung tak ada. AlQuran tak ada. Bila tanya orang kampung, rata-rata cakap jarang betul nampak keluarga diorang ni dekat surau atau masjid. Yang ni aku rasa korang bolehlah fikir sendiri.

Kalau bab sumbangan atau duit ni, bila kami kasi. Kami memang ajar diorang beli barang keperluan. Selalunya memang group aku akan minta sumbangan orang ramai untuk baju ke alat sekolah. Orang Malaysia ni jujur aku cakap pemurah. Kalau sumbangan macam-macam kasi. Kadang tu ada siap belikan beras sampai 20-30 bawang telur semua untuk di salurkan. Tapi itulah, diorang ni lebih suka duit berbanding barang keperluan lain. Ada sekali tu, kami cuma salurkan barang keperluan. Tiba-tiba tuan rumah ni tanya ” tak ada bantuan duit ke? ” Kami kasitahu sumbangan duit tu kami beli barang-barang keperluan untuk isi rumah. Di rengusnya kami siap cakap ” kalau boleh nak duit je beras tu semua tahu beli” tugas kita orang ni nak ringankan beban. Bukan bagi sumbangan duit semata-mata.

Sekarang aku dengan group aku pun masih aktif buat aktiviti macam ni. Tujuan kami bukan setakat meringankan beban. Tapi dalam masa sama nak bagi panduan dan tips untuk diorang ni keluar dari kalangan “miskin” kalau setakat setiap bulan tunggu bantuan. Tapi tak cuba nak ubah diri sendiri pun payah juga. Kami ni cuma nak meringankan beban mereka-mereka yang memerlukan. Kalau setakat kami sahaja yang beria tapi mereka yang susah ni tak langsung cuba memajukan diri sendiri. Payah lah macamtu.

– Adam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *