Assalamualaikum. Apa khabar semua penduduk bumi. Saja nak bercerita sedikit tentang kisah diri aku sendiri dekat sini untuk dikongsi malah tujuan utama untuk kita sama-sama sedar dan ambil tindakan atas persepsi pandangan atau cara kita berfikir.
Macamana nak mula aku pun tak tahu sebab aku bukan penulis ke ape.
So macam ini lah, pertama sekali aku nak kongsi sedikit kisah awal. Aku ni bukan riak ke ujub ke takabbur ke. Sebab dari kecil aku dah diajar untuk berdoa agar dijauhkan daripada sifat-sifat tu jadi, aku takut ada terasa seperti sifat tu sepanjang aku kongsi atau tengah menaip ni. InsyaaAllah.
Aku ni boleh dikatakan sedikit handsome atau orang kata sedap mata memandang. Sejak dari kecil orang sekeliling asyik memuji je antaranya kawan-kawan mak aku. Sampailah umur aku meningkat dewasa. Sampai benda pujian ni aku dah tak rasa apa kalau orang puji. Uncle ke auntie yang chinese pun slalu panggil Handsome Boy ke dan benda tu aku dah terbiasa.
Masalah yang aku nak korang semua sedar ialah bukan semua yang hensem ni jalani hidup sentiasa gembira dan tak lari dari masalah atau maaf aku cakap penghinaan. Macam orang selalu cakap ‘Alah boleh la ko hensem’.
Korang tau tak slogan tu atau kata-kata cliché tu sebenarnya juga salah satu penghinaan atau sindiran yang mengguris perasaan orang macam aku. Sejak dari kecil aku kena perkara-perkara seperti ini.
Contohnya aku ingat lagi masa aku sekolah rendah, ko tau la masa dulu malas pergi sekolah tu kebiasaan bagi budak-budak. Ade kawan sekolah aku ni pagi-pagi datang sekolah boleh dia cakap kat aku. Kau untunglah bangun pagi tengok cermin muka hensem mesti seronok pergi sekolah orang puji, aku ni tak hensem tak datang sekolah pun orang tak kisah.
Kau tahu aku tak ada reaksi masa tu aku Cuma cakap dalam hati, aku pun malas sama dengan budak-budak lain jugak. Lagi satu jadi orang yang ada rupa ni ada semacam satu bebanan yang orang lain tak tahu. Aku ni selalu diletakkan dalam posisi benchmark dan pengharapan. Apa-apa semua tengok dia macam mana atau jadikan dia ketua itulah inilah.
Kalau time exam cikgu mesti tanya aku dulu awak keputusan macam mana. Aku sama je kurang pandai macam orang lain tapi aku seperti dipaksa untuk lakukan semua benda dengan terbaik perlu lebih daripada semua orang.
Benda ni bagi aku satu pressure. Sampai satu tahap aku pernah berdoa masa kecillah. Ya Allah kenapa kau beri aku wajah yang cantik, ubah la jadi yang biasa-biasa.. Hitam pun tak apa. Lepas aku dah berakal tu takdelah aku doa tu lagi.
Masuk sekolah menengah pun lebih kurang la. Budak-budak perempuan sibuk nak lalu kelas aku semata-mata nak tengok aku panggil-panggil aku pegi tangga la borak-borak la. Benda ni pun pada aku satu gangguan yang sangat kuat time aku belajar. Aku rasa macam diri aku ni orang cuma nak bersuka-suka dan aku rasa padanya ialah satu penghinaan dan jatuh harga diri aku.
Sebab ape aku cakap macam tu? Sebab bila dipindahkan ke kelas yang lain. Aku macam orang lain lah nak cari kawan yang baik-baik yang pandai-pandai untuk sama-sama belajar. Tapi dari sudut ni aku dah mula rasa lain bila ade orang-orang yang jenis tak suka untuk berkawan dengan orang yang femes/hensem lah macam tu.
Sampai aku tanya sendiri kenapa kau tak suka nak kawan dengan aku. Dia diam je. Lepas tu aku ni ade teknik macamna nak buat orang suka kita aku pinjam pen dia, aku catch up subjek tunjuk pandai sikit. Bila perhatian dia dah pada aku ni.
Baru la dia cakap, ‘Sorry aku ingat kau budak jahat sebab aku dengar banyak cerita kau’. Tapi rasa aku tak ade buat jenayah. Tapi tu yang aku dapat ubah seorang boleh jadi kawan. Aku masih perasan ramai lagi orang yang memang jenis Nampak yang hensem je dia judge this person is not a good person. I don’t know why.
Sampai lah aku di menara gading, masuk-masuk je da ditawarkan jawatan untuk itu ini. Ni aku takboleh cerita sebab nanti kantoi. Dah melalut rasa cerita kau ni.
Sekarang masuk lah ke alam reality masa kini, masyarakat yang lebih luas bebas bercakap memberi idea memperkasa sarcasm melupakan adab tatasusila mencemuh dihalusi tawa menghembur terus berdiam membangkitkan isu tanpa kemuka secebis cadangan.
Aku selalu terasa terhina dengan kata-kata seperti ni : “Muka hensem tak kemana, yang penting hati tu baik” Bagi korang mungkin tak ada apa. Memang betul kata-kata tu.
Tapi bagi aku benda tu satu yang membuat aku terfikir adakah hati aku ni tak baik? Tak cukup baik? Adakah aku yang minta wajah aku macam ni. Ni semua anugerah Allah. Setiap kali tengok cermin aku berdoa Syukur kehadrat Allah yang mengindahkan wajah ku, perindahkanlah juga akhlakku.
Lagi satu, bila orang anggap orang yang hensem atau cantik ni kalau buat apa-apa pun termasuk buat jahat tetap akan ada orang yang lindunginya. Benda ni tak betul jangan la sempitkan fikiran dengan kelakuan orang dengan wajah seseorang itu.
Dalam keluarga pun sama bila kau hensem sikit orang dah anggap kau tip top pioneer in life. Makcik-makcik bawang and the geng akan bermulut. Hensem je lebih tapi tak kaya, rumah tak besar, kereta tak sport, kawin pun lambat. Ini pun satu tahap tinggi punya penghinaan dalaman yang orang tak tahu malah masih menggunakannya tanpa segan dan silu.
Dalam kehidupan sehari-hari pula. Orang yang hensem ni memang agak sukar untuk mencari teman hidup dan sering disalah ertikan seperti kita ni playboy lah kaki perempuan lah. Sebab tu orang perempuan agak takut untuk dekati orang-orang macam aku ni. Sekadar suka-suka nak bergurau-gurau tu tak payah cerita aku pun naik meluat.
Contohnya time aku ade girlfriend pertanyaan pelik-pelik akan keluar macam berapa ramai dah ex you yang dulu? Ex awak dulu mesti cantik kan. Awak ni betulke tak pernah bertunang betul ke tak pernah bawak balik perempuan. This question somewhere somehow is insulting without you feel but us.
Korang fikir semua yang hensem ni memang tak boleh dipercayai ke? Cukup lah penghinaan bebanan kitaorang tanggung sejak kecil. Tukar lah pandangan tu jadikanlah pandangan tu sama rata dengan orang yang biasa. Kami pun manusia juga.
Kalau Boleh banyak lagi aku nak share tapi sampai disini sahajalah. Cuma aku nak share satu lagi je, orang yang hensem ni janganlah kau pandang dia orang sudah sempurna tak perlukan perhatian dan tak perlukan kawan.
Hidup mereka ni lebih banyak sunyi dan berdiam diri sebab tak ramai tahu perasaan dia tanggung daripada kecil lagi. Orang pun tak nak berkawan sangat sebab takut kita overcome diorang or dituduh macam-macam.
I am also just a human, I made mistake. Jangan kerana satu orang berwajah indah berbuat keji habis dikeji semuanya. Sekian, Wasalam.
– Abdullah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit