Untuk part I, (https://iiumc.com/232089-2/).
*Nota:
PKRC = Pusat Kuarantin & Rawatan Covid19
BDR/WFH = Berkerja Dari Rumah/ Work From Home
CAC = Covid19 Assessment Centre
(Kebanyakan shortform yang aku guna adalah terms yang KKM/MKN perkenalkan. In case kalau ada terlepas pandang lagi, korang check website KKM/MKN k).
Assalamualaikum wbt. Ok haritu aku dah janji nak sambung. So….here I am…..
Actually tahun lepas family aku dah kena C19 ni. Alhamdulillah semua makin sihat sekarang eventhough after effect C19 (search: long covid) ambil masa berbulan untuk betul-betul back to normal (taklah normal sangat sebenarnya). Aku saja yang ‘tertinggal ambulance’, baru terkena. Hahhaa…
Way before family aku kena C19 ni lagi, aku memang selalu buat sharing dekat story socmed, info-info yang aku baca dari reliable sources dalam & luar negara tentang C19. Sebab aku rasa aku kena educate orang keliling aku terutamanya parents aku tentang bahaya C19.
Time family aku kena pun, aku selalu update sharing pengalaman, apa yang perlu apa yang tak bila kena kuarantin @ kena C19.
Nak create awareness ni bukan senang ye. Aku ingat lagi before MCO 1.0, aku dah start create kan SOP untuk company aku, tapi sangat-sangat susah nak suruh orang comply. Bayangkan dari sebelum MCO 1.0 sampai lah masuk 3.0 still ada lagi yang tak comply sampai aku frust & penat nak tegur.
Bila tak tegur, benda tak betul jadi kebiasaan. Dan bila benda dah biasa tu, faham-fahamlah. Makin ramai yang anggap benda biasa tu betul and slowly lupa pasal SOP. Sampai aku pun kadang-kadang terlupa & terikut sebab tengok orang keliling tak patuh.
Benda ni yang jahatnya sampai buat aku pikir “orang dalam ni tak comply, kenapa aku nak comply. Diorang tak kisah pun kena C19 (sebab tak pakai mask kat tempat kerja), kenapa aku nak kisah. Aku patut tak payah kisah sebab family aku semua dah kena”.
Tup. Allah turunkan direct kena kat aku sorang. Nak bagi peringat kat aku dengan orang keliling yang dah start lupa.
Ouh, masa family aku kena dulu tuh, sempatlah rasa famous kejap sebab family kitorang viral dekat dalam whatsapp. Hahha… Bayangkan kawan-kawan yang duduk beratus-ratus kilometer, jauh terpisah negeri boleh dapat whatsapp details pasal family aku.
So, mak aku ni dah jadi trauma tau. Kesian aku tengok. Bila aku positif, mak aku tak bagi inform orang pun, sebab boleh nampak lah dia trauma. Sebab tu, aku terpaksa rahsiakan dari kawan-kawan, tak share dekat socmed. Padahal aku banyak benda nak share pengalaman, orang-orang yang aku jumpa.
Tapi takpelah, sharing kat confession ni pun bagus jugak ye dak? Actually, ada jugak beberapa pihak berkepentingan yang suruh aku rahsiakan & tak update dalam socmed yang aku kena C19. Nanti aku cerita.
Berbalik pada cerita aku, macam mana aku boleh tergerak hati nak buat swab. Sebenarnya, macam aku cerita dekat part 1, aku dah 2 minggu meeting back to back. Seminggu meeting tak henti, dengan kerja banyak. Weekend tu pulak ada seminar 2 hari, sambung lagi seminggu meeting dengan kerja tak habis.
Aku jadi burn out. Aku ingat lagi, aku tengah susun jadual weekend seminar pastu aku nangis tengok hampir 3 bulan aku tak ada weekend sebab full dengan kelas. Padahal aku suka saja pergi program-program ilmu ni. Cumanya, before ni semua online.
Kali ni nak dijadikan cerita, sebab company yang hantar so nak taknak memang kena lah pergi. Berat hati nak face to face seminar, tapi tulah…
Esoknya, sebabkan dah burn out sangat aku decide ambik MC. Lusa & tulat tu weekend, so dapatlah aku rest lama sikit. Aku ingat aku penat sebab kerja, tambah lagi tengah datang bulan.
Little did I know, itulah simptom C19. Tulat aku selsema & batuk sikit, aku ingat sebab malam before tu aku tertidur atas cold pack sebab leher rasa lenguh.
Aku memang sensitif dengan sejuk, so aku anggap benda tu biasa, dan memang benda tu biasa untuk aku. Isnin aku masuk kerja, kebetulan site personnel tak datang site sebab ada hal. So, aku kena juga datang nak arrange kerja. Time ni still selsema sikit saja cuma penat sangat.
Esoknya, aku dah tak selsema. Aku nak siap pergi kerja aku perasan semua benda yang patutnya ada bau, dah tak berbau. Baiknya Allah, haritu dia gerakkan aku untuk cium segala benda yang berbau.
Aku ingat lagi, sahur tu masa lap meja aku ada spray pewangi kat meja still ada bau. So, aku pun ambil balik pewangi tu spray, dah tak ada bau.
Sabun yang aku guna pagi tu, pun dah tak bau. Aku pasang lilin pewangi yang aku paling suka pun dah tak bau. Minyak wangi tinggal bau alcohol saja.
Adik aku siap spray penyembur nyamuk sebanyak tidak (aku rasa kalau hidung aku function time ni mesti dah pening gila), aku chill saja boleh duduk dalam bilik tu tak bau apa. Aku ambil ubat gigi, calit sikit dekat lidah, alhamdulillah still ada rasa.
Aku dah rasa tak sedap hati. Based on pengalaman family aku, hilang deria bau ni memang simptom yang paling obvious. Aku inform family, inform HR company, terus buat swab test pcr, then terus kuarantin dalam bilik. Nasib baik, bilik aku ada toilet asing, so tak bercampur dengan family yang lain.
Makan semua, order saja semua sampai depan pintu bilik.. Hahaha.. Esoknya dapat result. Covid-19 detected. Terus update status dekat MySejahtera yang aku positif then tunggu KKM call. So korang, pergi google simptom C19 & do check yourself regularly.
Honestly, KKM tak call pun. Aku dapat result dari private lab through SMS, full result kena download dekat apps doctor2u (reliable list lab yang buat pcr test ada dalam apps ni). Tapi sebab aku pernah baca steps yang KKM ajar lepas result positif, aku follow saja steps tu.
Dalam pukul 10 lebih macam tu, lab tempat aku buat pcr call officially inform result test aku. Then suruh aku call CAC dan dan tu jugak. Call CAC, CAC suruh datang dan dan tu jugak.
Dalam hati aku, dah pukul 10 lebih ni mesti nombor dah habis. Selalunya CAC ada bagi nombor, limit sehari berapa klien (pesakit/kontak rapat) untuk diorang entertain.
Yeklah, pakai PPE time puasa lagi, tak kan nak expect diorang nak pakai sampai ke petang kan (tapi selalunya memang injak sampai lepas lunch hour). Aku pergi CAC, betul nombor dah habis, so esoknya aku datang lagi.
Sebab aku ada result pcr positif (result swab rtk biasanya kena buat swab pcr lagi), so aku terus pergi ke zon y check blood pessure, SpO2 etc. Kalau tak lama jugak nak tunggu. Time aku tu, ramai budak sekolah yang nak buat swab.
Zon ni sebenarnya nak tentukan aku ni patut masuk hospital ke atau PKRC berisiko rendah. Selalunya kalau BMI tinggi (obese), ada sejarah penyakit 3 serangkai, sakit serious macam kanser atau simptom dah teruk akan masuk hospital.
Kalau ada insurans atau mampu boleh request hotel, tapi ikut kekosongan sebab ada hotel tertentu saja yang dikhaskan untuk pesakit C19. Macam aku, kena masuk yang berisiko rendah. Tapi lepas aku keluar, kes naik mendadak ramai yang kena kuarantin rumah.
Aku memula mintak kuarantin kat rumah saja sebab family semua dah kena & aku pun ada bilik & toilet asing.
Tapi Dr cakap, yang dah kena pun still ada risiko untuk kena lagi. So, aku ok saja. Lagi bagus masuk PKRC sebenarnya. Bayangkan kalau dok 10 hari dalam bilik sorang-sorang, tak boleh keluar jalan mana.
Mau tergeliat segala urat. At least dalam PKRC semua dah positif. Kawasan pun luas, bukan takat nak jalan, siap pakej boleh membawang lagi. Hahha..
Family aku still kena buat swab test dekat CAC & pakai gelang ‘pulut dakap’ pink. Alhamdulillah semua negatif. Kontak rapat dekat site, dekat HQ, klien yang aku jumpa time meeting, siap pakej dengan satu ofis diorang pun buat swab dekat private lab. Alhamdulillah semua pun negatif.
Sebenarnya, bila dah positif ni, life korang dah bukan lagi pasal diri korang sendiri. Kepala korang konfem akan risau 24 jam dok pikir nasib kontak rapat yang lain, ok ke tak. Dok risau, korang ni ada sebarkan kat orang lain ke tak. Macam orang-orang yang aku cerita kat part 1.
Untuk kes aku, alhamdulillah semua negatif. So aku boleh kuarantin dengan aman damai.
Actually bila aku kena ni, adalah suara-suara sumbang sindir. Jaga SOP gila-gila pun still kena, baik takyah jaga.
NO! Bila tak jaga SOP, kontak kasual sekelip mata bertukar jadi kontak rapat (tolong Google @ tengok website KKM untuk lebih faham beza dua ni). Ikut pengalaman family aku & orang-orang dalam PKRC, semakin ramai kontak rapat, semakin tak tenang hidup korang.
Dengan KKM call non stop untuk contact tracing. Dengan close contact korang dok WhatsApp non stop mintak info itu ini. Belum lagi yang salahkan korang punca dorang kena kuarantin @ kena C19.
Aku bersyukur sebab, Allah pilih aku yang kena so that boleh bukak mata orang keliling aku yang dok langgar SOP.
Kira macam wake up call untuk orang keliling. Buatnya kena kat yang buat main dengan SOP ni, maunya lagi ramai yang kena. And guess what? It really works!
Lepas aku kena tu, ramai dah yang follow SOP balik even still ada yang degil, tapi at least tak sedegil before aku kena. Alhamdulillah untuk yang satu ni…
Honestly, time aku dok sini tenang saja tak pikir apa, sebijik feeling masa aku pergi umrah. Nak pikir kerja pun, member-member marah. Padahal kalau ikut fizikal aku, sihat tak macam sakit pun. Kalau tak kuarantin, aku rasa boleh pergi 2-3 site buat site walk.
Bayangkan kalau aku decide tak nak buat swab lepas hidung tak ada bau (anosmia) . Bayangkan kalau aku ambil remeh anggap hidung tersumbat saja, apalah nasib 2-3 site yang aku nak pergi tu.
Korang bayangkanlah, aku tak sanggup. Aku kena anosmia ni pun sehari saja tau. Ni pun aku syukur sangat-sangat. Allah turunkan simptom yang paling obvious. Ikutkan CT value aku, hari yang aku buat swab pcr, cun-cun ‘dia’ baru nak betul aktif.
Ok, balik dari CAC tu kena tunggu whatsapp dari PKRC bagi no katil siap dengan list barang apa nak bawak. Honestly kalau ada yang tanya aku barang apa yang perlu bawak, aku memang akan nasihatkan bawak makanan banyak-banyak. Sambal ikan bilis ke tempoyak ke.
Bukan apa, sebab bosan dok dalam tu mulut asyik lah nak ngunyah. Aku pulak deria rasa alhamdulillah ada saja tak hilang. So selera tu on saja. Satu lagi sebab, time aku kat sana menu buka & sahur lauk ayam hari-hari. Makanan sedap saja ada rasa, cumanya tulah. Tekak orang puasa kan…
Dah dapat whatsapp tu, terus kena check in masuk PKRC. Masa kat CAC tu aku cakap nak gerak sendiri, so lepas dapat no katil terus drive pergi CAC. Ada yang pilih untuk naik ambulance, kena tunggu ambulance ambil.
Suasana dalam tu ok lah… Tipsnya, jangan buat hal sendiri. Kalau tak bergaul, asyik dok hadap fon korang akan rasa stress nak tunggu masa berlalu. Sehari rasa macam setahun dalam tu. Bukan terseksa apa pun, homesick saja lebihnya.
Kat sana dorm 24 jam bukak aircond. Sebab aku jenis tak tahan sejuk, aku terpaksalah jalan-jalan kat koridor luar sebab area tu saja tak ada aircond.
Time ni lah terjadi nya sesi interview macam part 1 tu. Geng aku kat sini semua akak-akak, makcik-makcik. Yang baya-baya aku kebanyakan busy dengan fon… Hmmm
Ok lah.. Aku rasa aku dah masuk mode bebel. Panjang sangat ni. Ada few parts yang aku janji nak share tapi tak sempat cerita.
Nanti part 3 (last) aku cerita macam mana aku tau bila dan ketikanya aku dapat C19, orang nak sue aku & ada yang suruh aku tipu sejarah perjalanan… Sorry sangat. Aku banyak nak share, tapi member yang tak follow SOP ni taknak layan aku cerita. So, sinilah tempat aku bebel.
Cumanya aku adalah terpikir apa silapnya kita ni sampai kes asyik naik saja. Aku tengok balik. Masa MCO 1.0 masing-masing dari instafemes, tweetfemes, youtuber, artis sampailah kepada kita yang marhaen ni semua pakat share pasal C19, pakat ajak orang stay safe, stay at home…
in which sekarang ni payah sangat nak nampak. Ada pulak tu artis yang langgar sop terang-terangan seolah macam nak menormalisasikan langgar sop ni.
So kat sini, aku nak ajak korang semua yang baik hati yang baca bebelan aku ni sampai habis. Jom jadi hipokrit. Hahaha..
Maksud aku, kita normalisasikan balik stay at home. Even korang pergi bercuti ke makan luar ke atau apa pun yang korang buat yang agak-agak tak sesuai dengan sop (tangkap gambar kat pelamin tak pakai mask contohnya), simpan dulu takyah post.
Sebab lumrah manusia ni, bila tengok member bergambar tak pakai mask elok saja tak kena saman, dia ikut (ye, orang pakai mask sbb takut saman bukan virus). Member pergi situ sini elok saja balik sihat, dorang pun akan buat jugak. Dorang bukan tau korang pergi situ sini tu sop korang tiptop.
Sebab tu korang tengok bila instafemes pergi bercuti kat secluded area pun, tak lama lepas tu mesti ramai orang kat situ. Sebab dorang rasa tempat tu selamat sebab tak ramai orang. Little did they know, orang lain pun pikir yang sama.
Jom kita promosikan balik #staysafestayathome. Please check yourself regularly. Please educate peoples around u especially parents korang. Ni dah bukan tugas KKM saja, dah jadik tanggungjawab kita jugak sebab kita pun nak landaikan lekuk. Kan?
Follow page & doktor yang buat sharing pasal C19. Banyak info, korang pun at the same time boleh reshare balik untuk awareness kawan-kawan. Macam page Covid19 Malaysian Stories, Dr Malar etc.
Aku down sikit lately, tak sampai seminggu lebih 5 orang yang aku kenal masuk ICU & meninggal sebab C19.
So, mohler kita jadik hipokrit.
– ads (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit