Salam, hai nama aku Ara sudah tentu bukan nama sebenar, usiaku 29 tahun.
Tahun lepas aku berhijrah ke ibu kota untuk memulakan kerjaya dalam hidup, since sebelum ni selepas tamat degree aku hanya kerja biasa sahaja dan kerja kontrak sahaja di kampung.
Setelah aku datang sini aku rasa terlalu kesunyian sebab aku tiada keluarga di sini.
Kawan-kawan yang ada pun kebanyakan sudah berkahwin dan sudah tentu mereka fokus pada keluarga kecil mereka.
Aku selalu rasa sedih sebab kesunyian yang amat. Aku pergi mana-mana pun selalu bersendirian pergi beli barang dapur, pergi perpustakaan (aku suka luang masa di perpustakaan),
Pergi cari barang, pergi survey rumah sewa lain, pergi KLCC pun sorang diri sahaja boleh dikatakan hidup aku memang berseorang 24 jam.
Aku rasa kesunyian yang amat sampai aku menangis menanggung rasa kesunyian ini dan untuk pengetahuan korang selama hayat hidup aku tidak pernah bercinta dan aku juga introvert sebab tu susah nak berkawan.
Di tempat kerja pula masing-masing sudah ada kelompok masing-masing cuma aku sahaja yang agak terpinggir.
Jadi aku mula bermain dating dalam facebook ini, lelaki pertama aku kenal sangat baik orangnya dia seorang anak mak, lembut, manja dan menghormati aku sebagai seorang wanita sebab tidak pernah sentuh tangan aku.
Tapi hubungan kami hanya sekejap sahaja oleh kerana ibunya tidak suka aku memandangkan aku lagi berusia tua 3 tahun daripada dia jadi hubungan kami terputus begitu sahaja. Aku sedih juga sebenarnya dekat seminggu menangis.
Seterusnya lelaki kedua aku kenal aku gelarkan dia Miles. Miles ni pernah berkahwin duda bercerai. Salah satu kesilapan dalam hidup aku pernah buat adalah berkenalan dengan dia ni lah. Nak rasa menyesal pun benda dah jadi.
Pada pertemuan kedua dia dah cuba-cuba pegang aku tapi hanya tangan dan muka. Setelah beberapa kali berjumpa kami buat aktiviti ringan-ringan.
Dia merayu supaya aku menyerah diri, aku pula kesunyian dan kesedihan baru putus dengan lelaki pertama tadi jadi aku biarkan sahaja apa yang Si Miles buat pada aku.
Pertama kali sebab tak pernah berlaku dalam hidup aku perkara sebegitu tapi aku rasa seronok dan rasa disayangi bila dia selalu care pasal aku padahal itu semua standard jantan durjana sebelum dapat apa yang dia nak.
Sebelum ini aku sibuk bekerja telefon jarang buka waktu bekerja dan malam sibuk berjumpa dengan dia kalau tak berjumpa pun kami hanya on the phone berjam-jam.
Mula-mula kenal dia bukanlah tak stalk fb dia cuma aku tak stalk sepenuhnya dan aku pun tidak menyimpan sebarang sangkaan buruk terhadap dia memandangkan dia pernah berkata dia nak serious dengan aku. Oh naifnya aku.
Kami pernah check in apartment walaupun aku menolak dan sedikit sahaja lagi kami sampai tahap zina sebab aku memang berkeras menolak.
Bila aku teringat apa yang aku dah buat aku menyesal sangat sampai aku menangis.
Padahal sebelum ini aku sangat menjaga batas diri aku tangan aku pun susah nak bersentuhan dengan lelaki walau tanpa sengaja dan aku tak pernah bercinta sebab aku mahu menjaga ikhtilat.
Kemudian aku stalked lagi fb Si Miles ni dan aku ada terjumpa nama seorang perempuan ini. Bila aku stalked lagi fb perempuan ini barulah aku sedar rupanya dia dah berpunya dan bukan single seperti yang dia katakan pada aku sebelum ini.
Pada pertemuan seterusnya barulah aku tanya dia siapa gerangan perempuan itu.
Pada mulanya dia tidak berpuas hati bila dia tahu aku stalked dia dan setelah ditekan-tekan barulah dia mengaku rupanya tidak sampai sebulan lagi dia akan mendirikan rumahtangga.
Sedih dan kecewa bukan kepalang lagi aku ini sehinggalah kami bergaduh.
Aku sedih mengenangkan diri aku yang sudah disentuh walaupun belum sampai tahap zina.
Bila tahu dia akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi aku masih lagi berhubung dengan dia dan dia pun masih lagi datang jumpa aku.
Aku rasa aku tidak boleh buang dia dari hidup aku dan aku tidak rasa aku boleh terima lelaki lain dalam hidup aku setelah apa yang dia buat pada aku.
Macam mana la aku nak move on ni?
Aku sedar aku bodoh sebab masih lagi meneruskan hubungan ini sebab dia cuma jadikan aku side chick sahaja sebab selepas kahwin nanti pun dia PJJ dengan bakal isteri dia.
Tolong bagi kata-kata pedas pada aku supaya aku dapat bertindak dengan lebih cerdik sikit.
Terima kasih.
– Lonely Ara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Faham rasa lonely sunyi tu sebab aku pun mcm kau jugak. Tapi aku takde sampai nak randomly kenal orang sana sini. Jujur lah eh aku dah 3 tahun single lepas first breakup aku. Umur pun dah lanjut 30+. Tapi satu jelah nak pesan jadi wanita ni kaau boleh biar sunyi tapi jangan nampak desperate. Itu je. Banyak benda lain boleh buat. Tak salah pun kalau kita buat apa apa sendiri. Shopping ke cafe hunting ke tengok movie dkt cinema ke. Sebab bagi aku apa pun jangan nampak kita ni desperate perlukan kasih sayang seorang lelaki yang belum tentu baik.
Haah betul tu Kak Abby, Lonely lonely jugak, tapi nasib baik tak jadi ap2 lagi ngan laki tu, cuba fikir kalau termengandung umur 30-han, pastu nak gugurkan anak, pastu menyesal perut dah besar, malu ngan family lagi…Polis pun duk rogol orang, jual dadah sana sini, inikan yang kenal kat app dating & fb…dlm app dating ni lah paling banyak jantan2 durjana yang krja fikir nak ambil kesempatan je..
Jodoh tak sampai lagi tkpelah, spend time ngan family, dekatkan diri ngan agama & allah, gi majlis agama ke & cuba dekatkn diri ngan orang2 yang kuat agama/kawan Perempuan…Kadang2 orang yg dah kawin pun nak merasa jadi single balik, jadi gunalah baik2 waktu single sblum menyesal
Confess denga bakal isteri lelaki tu. Insya allah, u selamatkan perempuan tu juga if anything.. sunyi tu biasalah lumrah hidup. Tapi dapat laki durjana yg buatkan ko sode chick yg entah keberapa lagi teruk. Nnt ko dapat jodoh in the future ke kan, susah pula nanti. Improve on urself, kayakan diri sendiri. Walaupun u lonely, at least u lonely in style buat benda yg u suka
Dear Lonely Ara, satu je nak cakap, lelaki camni dia akan try hard bila tak dapat, bila dah dapat nanti percayalah dia akan tinggalkan kau. Jangan menyesal di kemudian hari, dah tahu kan dia bakal kahwin maksudnya mmg dia tak serious pun dgn kau at first place. Cuma nak benda tu je. Syaitan mmg suka benda yang mendekati zina ni, selagi korang tak berzina selagi tu syaitan ni duk pujuk, gelapkan mata kau. Zina ni kau akan menyesal seumur hidup, rasa jijik dengan diri kau seumur hidup tau kak. So tak payahlah. If rasa lonely, cuba banyakkan aktiviti, join la kelas pape, dan berkawan la. Masuk ke crowd, jgn jadikan alasan introvert.
Kenapa tiap kali rasa sunyi asyik nak berdating dgn ajnabi??? Bukan ke banyak masa boleh habis buat benda lain? Main game ke, makan ke, food hunting ke, belajar kemahiran ke, paling2 tgk movie. Kalau sis ada family, waktu cuti jumpalah family, main dgn anak saudara tolong mak ayah ke apa. Asyik2 nak fikir jantan or betina.
Apa2 pun, Allah dah selamatkan sis drpd zina. Dan tunggu apa lg?? Terang2 dia laki jahat dan ambil kesempatan. Jd bini kedua yg sah berganda ganda lebih baik drpd jd side chick. Tolonglah jgn jd bodoh bg peluang kedua kat jantan tu.
Awak baru 29 tahun. Kawan saya ramai yg 30an masih belum ada calon tp mereka habiskan masa dgn family. Lebih baik membujang drpd nikah dgn org jahat dan x bertanggungjawab.
bahaya dik. satu tu je kita ad, once kita bagi mmg dah xde dahh.. lgpun laki tu kn dh nk kwin. jgn la , kesian pulak wife nanti. klau u ad husband, husband u ad scandal apa perasaan u, even mmg laki tu yg salah..
Meh kwn dgn sy.. kita boleh keluar buat xtvt sama2.. beli brg dapur sama2.. lupakan jantan X guna.. tmbh dosa kita je.. ada rezeki adalah jodoh awak.. byk2 doa ya.. Allah kan ada..