Untuk part I, (https://iiumc.com/disihir-oleh-supervisor-sendiri/).
Pertama sekali, terima kasih di atas komen komen yang telah diberikan. Untuk merugkai persoalan yang diajukan oleh para pembaca, maka aku akan ceritakan bagaimana kisah aku disihir tanpa henti. Detik pertama aku ialah, waktu aku tengah solat Maghrib. Pada rakaat kedua, aku berasa berdebar-debar seakan aku tak sedap hati, rungsing dan seolah jantung aku mahu tercabut.
Aku teruskan juga solatku sehingga ke akhirnya. Usai solat, satu badan aku berasa miang-miang, gatal, aku tidak tentu arah, aku dah tak sedap hati. Dengan lajunya, aku ambil minyak gamat dan sapu satu badan aku yang gatal gatal bagai terkena buluh. Allahuakbar, hanya Allah yang tahu perasaan aku waktu tu. Kejadian malam itu, aku tak boleh tidur, selepas aku sapukan minyak gamat, ia kembali reda. Kemudian, pada waktu kemuncak, iaitu pukul 12 tengah malam, sekali lagi aku berasa gatal miang-miang sehinggakan aku garu dan kulit aku menjadi merah dan pedih.
Kebesokan harinya, aku lakukan rutin harianku seperti biasa, waktu tengah hari, selepas aku makan nasi, aku rasa tak sedap perut dan aku terus muntah. Segala makanan yang aku telan keluar semula. Aku menjadi sangat lesu, letih dan tidak bermaya. Aku memberitahu kedua ibu bapaku. Kemudian mereka menyuruhku ke Klinik untuk berjumpa Doktor dan mengambil ubat. Mungkin aku Allergic dengan makanan tertentu. Kemudian, aku berjumpa Doktor, aku menceritakan segalanya. Aku muntah dan gatal-gatal satu badan. Doktor memeriksa aku seperti biasa dan memberi ubat serta cream untuk aku makan dan sapu. Aku memakan segala jenis ubat yang diberikan, aku sapu cream yang Doktor berikan di satu badan aku. Aku mengulanginya sehingga seminggu, kemudian tiada perubahan terhadap aku.
Hati aku berdebar-debar, aku dapat rasakan ada sesuatu yang terjadi kepada aku. Kemudian aku ikhtiar untuk berubat secara rawatan Islam , iaitu berjumpa dengan Ustaz. Aku sangat terkejut, apabila Ustaz memberitahu aku terkena santau angin buatan orang. Hari-hari aku menjadi bertambah rumit, aku pernah bermimpi benda-benda buruk. Aku juga pernah bermimpi wajah Supervisor aku sendiri bersama Ular tedung selar dua ekor yang memanggungkan kepala . Aku pernah bermimpi tengkorak, aku pernah juga bermimpi bayi, bermimpi berada di tempat yang sangat tinggi, mimpi mayat bersama darah pada kain kafan. Sangat dahsyat Ujian yang Allah berikan untuk aku. Aku ikhtiar dengan berubat banyak tempat, sehinggalah terjumpa tempat yang sesuai dengan aku.
Sejak februari yang lalu sehinggalah sekarang, kehidupan aku dipenuhi dengan penderitaan dalam melawan jin dan iblis laknatullah. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai halangan yang aku tempuhi. Antaranya ialah, sebelum aku mendapat kerja sebagai Guru Tadika cuma beberapa bulan, aku pernah menghdadiri temuduga sebanyak 6 kali, dan kesemuanya gagal disebabkan ada benda yang menghalang rezeki aku, iaitu buatan Sihir ini. Selepas Ustaz merawat aku dan membuang ataupun disebut pelepas, Alhamdulillah, rezeki aku tidak pernah putus Allah SWT berikan untuk aku.
Halangan yang lain yang pernah aku tempuhi ialah, halangan untuk berubat. Pernah satu hari tu, aku keluar untuk berubat, Aku drive sendiri kereta dan dalam perjalanan, tiba-tiba kaki sebelah kanan aku yang aku gunakan untuk tekan minyak jadi cramp dan sangatlah sakit. Tapi, Alhamdulillah, aku cuba kuat dan lawan, aku cuba membaca ayat Kursi tanpa henti, Allah permudahkan urusan aku sehinggalah sampai ke tempat untuk berubat.
Inilah saat dimana Allah menguji aku , untuk melihat betapa besarnya hikmah bersabar, disaat aku diuji dengan Ujian yang begitu dahsyat. Disebabkan aku jenis insan yang sangat-sangat lemah , tapi aku kuat dengan Ayat-ayat Al-Quran, serta ayat pendinding yang aku amalkan. Ustaz pernah memberitahu aku, selain Sihir buatan orang, ada juga bercampur dengan faktor penurunan dari Keluarga sebelah ayah aku. Tetapi penurunan yang baik, kerana, arwah Atuk aku merupakan seorang Panglima suatu ketika dahulu. Disebabkan perbuatan Sihir ini juga, aku juga dilindungi oleh penurunan baik suatu ketika dahulu.
Pernah suatu hari, selepas solat Subuh, aku membaca Yassin 7 Mubin dan Al-Quran, aku berasa sangat lali dan mengantuk, dalam keadaan aku sangat mengantuk, muncul seorang lelaki berjubah putih tanpa melihat dengan jelas dan kabur mukanya, iaitu sewaktu aku terlelap untuk beberapa saat. Tiga kali pandangan itu hadir sepanjang aku membaca Yassin 7 Mubin dan Al-Quran. Seram aku dibuatnya, tapi aku cuba untuk positifkan diri aku, tiada apa-apa yang berlaku. Aku percaya kepada Allah SWT, dan setiap izinNya aku dapat sembuh seperti sediakala.
Kembai juga kepada persoalan yang ditanya oleh pembaca, sebab aku disihir ialah kerana aku menolak cinta Supervisor aku. Ia, aku masih waras, aku tak gila kerana dia sudah mempunyai Isteri dan anak. Aku rasa dia yang tergila-gilakan aku dan sanggup hancurkan aku dengan sihir yang dihantar tanpa henti. Aku rasa kalau aku tak berfikiran professional dan juga rasional, aku hantarkan semula sihir kepadanya sehingga menyebabkan dia dan isteri cerai berai. Tapi Alhamdulillah, aku masih mampu tersenyum, sabar serta banyakkan berdoa kepada Allah SWT, suatu hari nanti, ALLAH tunjukkan kebenaran, membalasnya setimpal dengan apa yang diperlakukan, serta mendapat hidayah dan kembali bertaubat serta kembali ke pangkal jalan.
Sungguh aku tidak menyangka seorang guru, yang kononnya menjadi imam di sekolah, sanggup melakukan perbuatan Sihir ini. Mengucap panjang aku. Betullah kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Berhati-hatilah dengan semua manusia yang nampak bagus, tapi hakikatnya hanya Allah SWT yang tahu. Doakan semoga aku segera sembuh, serta dapat fokuskan untuk pengajian Master aku, serta dapat Graduate dengan jayanya. InsyaAllah Amiin. Terima kasih.
“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada” [Surah Taha : 69]
– Dayana (Bukan Nama Sebenar)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit