Disihir Tanpa Henti

Assalamualaikum. Namaku Aryana (Bukan nama sebenar). Berasal dari utara tanah air dan berumur lingkungan 25 tahun. Terima kasih admin kerana approve coretan aku sebelum ini iaitu confession yang bertajuk, Merangkak Cari Aku Di Padang Mahsyar (https://iiumc.com/merangkak-cari-aku-di-padang-mahsyar/) lebih kurang sebulan yang lalu.

Sambungan daripada cerita kisah aku yang sangat seram. Aku ialah mangsa sihir tanpa henti, dan orang yang menghantar sihir tu ialah orang yang pernah aku rapat sebelum ni, iaitu bekas Supervisor aku sendiri, lelaki.

Hampir 7 bulan aku menderita sakit disihir. Tapi aku cuba untuk kuat dan lawan, aku cuba untuk amalkan Bacaan Ayatul Kursi, 3 Qul, Yassin setiap Subuh , Ayat Manzil dan pelbagai lagi sebagai pendinding untukku. Aku dah habis banyak duit untuk berubat diri aku. Aku cuba ikhtiar sebaiknya dan selebihnya dengan izin Allah SWT.

Pada mulanya, aku seolah tidak percaya apabila Ustaz memberitahu orang yang hantar sihir ni ialah orang yang pernah aku rapat suatu ketika dahulu. Tapi Allah SWT Maha Kuasa, aku diberi petunjuk melalui mimpi-mimpi ngeri. Waktu mula aku terkena sakit sihir ni, aku ke Hospital, aku ingatkan aku Allergic jadi gatal-gatal miang satu badan, muntah dan sebagainya. Seminggu selepas kejadian, tiada perubahan terhadap aku. Kemudian aku cuba ikhtiar untuk berubat dengan Ustaz, kerana aku berasa sangat-sangat lemah, aku selalu mimpi ngeri, mimpi ular, mimpi bayi, mimpi Tengkorak, dan bermacam lagi. Aku berasa tidak sedap hati.

Selepas berubat, aku kembali sihat. Kemudian seminggu atau dua minggu selepas itu, aku kembali sakit. Aku berubat lagi, dan Ustaz kata sihir dihantar lagi kepadaku. Sehinggalah ke hari ini, aku tidak putus berubat merata tempat untu sembuhkan sakit aku ni. Alhamdulillah, sakit aku kurang sikit daripada waktu mula aku terkena. Berat badan aku turun mendadak disebabkan aku kurang selera makan. Lebih kurang 6kg berat badan aku hilang.

Simptom-simptom lain yang terjadi kepada aku ialah, aku sakit sehingga ke sendi, perut aku rasa bagai disiat-siat dengan pisau, satu badan aku terdapat kesan lebam-lebam, tapi kaki aku berasa menyucuk nyucuk. Ujian yang terkadang aku rasa sangat berat untuk aku. Aku pernah berdoa, menangis teresak-esak kepada Allah SWT, Aku berdoa suatu hari nanti apa yang aku rasa dan alami penderitaan ini, akan berbalik kepada orang yang menghantar sihir kepada aku. Semoga Allah menimpakan azab yang sangat pedih di dunia dan di akhirat kepadanya dan aku berdoa semoga dia mendapat hidayah dan kembali ke Pangkal jalan.

Kadang-kadang aku pelik jenis manusia yang sanggup berdendam sehingga sanggup mengupah orang lain untuk menghantar sihir. Aku sedih apabila golongan professional (Guru) sendiri yang sanggup melakukan perkara terkutuk ni demi memenuhi hasrat serta untuk membalas dendam. Mungkin suatu hari nanti, yang kita tidak ketahui Kuasa Allah SWT, dia akan melutut meminta maaf kepada aku di atas perbuatan terkutuk dia tu. Tidak akan tenang dan berkat kehidupan kau dan kasihan sangat dengan isteri dan anak-anak kau tu, disebabkan perbuatan terkutuk kau. Dalam hati aku, dan sepanjang hidup aku, aku tidak pernah berdendam dengan sesiapa.

Aku harap coretan confession aku ini viral sehinggakan dia sendiri dapat membacanya dan bertaubat. Akhir sekali, doakan aku semoga cepat sembuh seperti sediakala, jadi aku dapat fokus untuk pengajian Sarjana aku. Jika pembaca tahu tempat berubat yang sesuai di Utara, boleh komen di bawah dan aku akan tanya detail dengan inbox kembali. Aku tahu, Ujian yang besar ialah untuk orang yang berjiwa besar.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata , “Kami telah beriman ?” Sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)” [ Al-Ankabut : 29 :2]

“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada” [Surah Taha : 69]

– Aryana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *