Disisih Keluarga II

Untuk part I, (https://iiumc.com/disisih-keluarga/).

Assalamualaikum. Terima kasih kerana kongsi cerita saya sebelum ni. Saya dah baca komen-komen pembaca, ramai mengecam saya. Sedih juga lah.

Jadi saya nak jelaskan point-point yang saya nampak dalam komen-komen tu.

Saya bukan anak yang nak kaut harta. Saya sayangkan rumah keluarga saya ni. Saya membesar disini. Saya nak renovasi tapi tak boleh ambil loan atas rumah ni, jadi kena bayar tunai.

Yang membuatkan saya nak kongsi kos tu sebab keadaan dapur yang rosak tu dah tak boleh bertahan 2-3 bulan lagi.

Sebolehnya saya nak rumah ni cantik selepas raya. Hajat ni dari tahun lepas, tapi progress ayah untuk tukar nama saya ke rumah ni bagi tujuan pinjaman rumah agak lambat, dan contractor kenalan ayah juga tak ada masa nak layan projek kecil-kecil ni.

Jadi saya usahakan segera mencari contractor untuk ubahsuai dapur agar cantik dan selesa untuk semua. Saya tak cukup duit, jadi terpaksa la mintak berkongsi.

Kalau tak diperbaiki, memang semua akan stress. Ibu pun merungut kabinet rosak dan mengharapkan ayah saya perbaiki sendiri.

Ayah saya sibuk, dan usianya bukan lah muda lagi nak bertukang sendiri. Ibu saya pula ada habit segala benda nak simpan selagi masih boleh diperbaiki.

Kalau saya cadangkan idea rumah yang lawa lawa pun ibu tak ada komen. Cuma katanya untuk apa buat, barang elok lagi.

Ada juga yang komen kata saya duduk free. Tidak. Sejak saya mula bekerja, ada pendapatan sendiri semua keperluan saya tak harap ibu bapa lagi. Urusan rumah juga saya tak lupa. Saya masak, basuh kain dan mengemas. Bukan goyang kaki.

Tapi sebab sikap ibu suka menyimpan barang, saya terhalang nak mengemas semuanya. Apa saya kemas ibu akan cari dan simpan semula.

Ayah pula dah giveup nak mengemas dengan cara ibu macam tu. Kan saya dah tersepit.

Saya bagi masa pada ibu untuk kemas barang-barang lama tapi tak berusik. Akhirnya ayah saya simpan semuanya dalam kotak di bilik stor.

Rimas saya tengok barang berlambak. Sebab itu saya nak renovasi rumah ni. Dengan cara tu saja akhirnya rumah ni akan dikemas secara all out dan barang-barang rosak akan dibuang.

Selepas berkahwin, banyak perubahan dalam rumah ni. Kami laki bini support barang-barang dapur tiap kali gaji. Ada bonus, saya bagi duit belanja lebih pada ibu ayah.

Setiap bulan pasti akan makan luar dan dalam 2-3 bulan sekali pasti akan pergi bercuti bersama. Kami laki bini tau tanggungjawab. Suami tak goyang kaki pun.

Ada yang minta saya keluar dari rumah, duduk berdikari. Bila saya kata depan ayah saya nak pindah, ayah kata saya ikutkan perasaan. Minta saya duduk rumah ni, nanti tinggal berdua.

Sebab ibu saya ada masa kerja sampai lewat malam, dan ayah ada masa akan ke kampung uruskan kebun.

Jadi bila saya tinggal sini, suami pun lega ada yang boleh teman ayah atau ibu saya jika salah seorang ada urusan lain. Kalau kami beli rumah sendiri, rumah tu pun jadi macam hotel.

Privasi yang saya maksudkan tu saya nak bilik tidur yang selesa. Bilik yang ada sekarang tak ada bilik air. Bilik air yang ada sekarang di ruang tamu rumah, ia bilik air asal master bedroom yang dah dipecahkan jadi ruang tamu lebih besar.

Ibu bapa saya pun jadi serba salah nak duduk lama di ruang tamu waktu malam. Bila kami laki bini tetiba pergi mandi, dah dijelingnya. Jadi saya nak ubah suai bilik tidur saya dan ibu ayah supaya ada bilik air.

Itu privasi yang saya nak. Selesa untuk semua. Jangan jeling-jeling anak nk mandi siang atau malam hari. Itu kisahnya.

Cukuplah ni saja saya nk tulis. Saya akan berbakti pada ibu bapa saya selagi saya mampu. Doa mereka penting untuk saya bahagia di dunia.

Kami sekeluarga tak tahu nak cakap sayang berdepan, jadi cara macam ni la saya nk tunjuk saya ambil berat dan nak balas jasa mereka. Saya sedih tu bila ada keputusan saya yang baik tapi ditolak.

Hal kebun ayah tu saya tak kisah la kalau memang nak beri pada sepupu. Saya pun tak boleh nak jaga. Tapi biarlah rumah ni saya jaga.

Saya sayang rumah ni. Banyak kenangan. Di sini saya belajar berdikari. Waktu ibu ayah sibuk bekerja, saya tinggal sendirian.

Belajar masak nasi, masak nasi goreng sendiri waktu balik dari sekolah. Tinggal waktu malam sorang-sorang sementara waktu ayah de mesyuarat rukun tetangga dan mak pula kerja shift malam. Menangis saya call ayah minta balik sebab takut tidur sorang.

Kenangan manis, pahit semua ada. Yang kelakar pun ada. Sebab tu saya sayang rumah ni. Nak jaga sebaik mungkin sebagai harta tinggalan dari ibu bapa saya.

– – (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *