Disisihkan Bila Miskin

Bismillah… Tulisan ini bukan mengeluh, jauh sekali mengungkit.

Dulu, ya dulu… kami suami isteri lalui perniagaan online sejak awal. Umur 23 tahun dah kahwin dan usahakan niaga online. Kami berjaya sebab antara yang terawal berniaga online ni.

Cerita ini aku tulis bagi pihak perasaan suamiku. Dia tak pernah bunyi, jauh sekali mengadu kepada manusia, tapi aku faham… faham dari setiap doa dia walau dia banyak diam.

Bila berniaga maju, walaupun cuma niaga barang Thailand seperti toto, pinggan mangkuk… tapi diakui sangat mampu.

Umur 27 tahun dah pakai kereta BMW cash dan buat rumah untuk keluarga dia (suami), serta dia renovate rumah ibu bapa aku. Dia tinggalkan secara adil kedua belah kami.

Adik-beradik dia sebelum ni semua susah. Ada anak ramai tapi sangat susah. Kami masa tu, Allah bagi rezeki anak lewat.

Dia yurankan anak saudara dia mengaji, yang ibu bapa diorang pun tak yurankan. Lepas tangan. Tapi ayah saudara dia ini kutip, bayar yuran sampai diorang tak mahu lagi belajar. Duit poket dan duit raya tu jangan cakaplah.

Suami aku belikan kereta untuk adik-beradik dia yang susah, bayarkan sewa rumah, tanggung sepenuhnya ibu bapanya. Sebulan bagi RM600–RM1200, itu biasa.

Aku sayang kedua mertua sebab sangat baik. Sepatutnya begitulah tanggungjawab suami. Aku yang setiap bulan gesa untuk dia masukkan/bagi duit kepada ibu bapanya.

Nak ceritanya di sini… bila kami jatuh berniaga tahun COVID, cukai yang sangat tinggi tak mampu kami bayar dan akaun disekat.

Tiada wang boleh disimpan dalam akaun; kesilapan meletakkan semua pendapatan dalam bank. Cukai meningkat lebih RM1 juta. Allah uji untuk baiki diri…

Bila kami susah, adik-beradik suami aku kata abangnya tak bertanggungjawab. Nak bayar dapur gas rumah ibunya pun tak mampu. Kami teruk kena hentam kiri kanan. Anak aku disisihkan. Tika susah, jatuh, hadir anak aku baru umur 5–6 tahun.

Tahun COVID, ibuku meninggal dan seterusnya bapa mertua meninggal. Kami terus jatuh dan jatuh. Adik-beradik aku, alhamdulillah. Tapi adik-beradik dia…

Adik lelaki dia baik. Selalu hulur abang dia duit tika tak ada, walaupun dia tak tahu pun kami sangat susah, tapi sentiasa ada.

Persoalan aku… sekarang ibu dia (ibu suami) bagi sebahagian harta kepada adik lelakinya yang baik ni awal-awal dan sisihkan hak suamiku… sebab kami tak ada duit. Tanah ibu dia dah bagi kepada adiknya. Mereka anak lelaki dua orang sahaja.

Aku tak terkilan sebab ini bukan masalah keluarga aku. Cuma aku ralat, kenapa ibu dia sisihkan anaknya di kala kami telah miskin. Kenapa tak beritahu dulu,

“Boleh ke ibu nak bagi kedai runcit ibu ni ke adikmu, sebab dia niaga pandai…”

Atau tanah yang ditukarkan kepada adik lelaki sahaja — itu tak bolehkah tanya sepatah?

Kenapa bila miskin, suami aku yang selama ni menanggung adik-beradik… beli kereta sorang-sorang… bina rumah… bukan dengki, tapi… anak lelaki dia ni siapa pada mata dia?

Suamiku tak pernah mengeluh, tapi aku faham setiap doa dia… menangis.

Dan bila sakit, susah, atau nak ke Mekah — suami aku juga yang dipaksa hantar dari Perlis ke KLIA sorang-sorang ibunya. Alasan adik-beradik lain sibuk kerja/berniaga.

“Hanya kau yang tak ada kerja, kena jaga dan tanggung ibu pergi Mekah…”

– Kalam redha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *