Assalamualaikum, aku perempuan, 24 tahun, bekerja dalam private organization, orang biasa dan datang dari keluarga yg biasa. Diskriminasi. Aku mempunyai pengalaman berada dalam situsi diskriminasi, disisih, ketidakadilan dan yang seangkatan dengannya. Ini pengalaman aku, pengalaman kamu yg baca mungkin tak sama atau ada juga yg terkena.
Di sekolah rendah dan sekolah menengah murid-murid dah mula dilayan dengan tidak adil. Anak2 cikgu mesti duduk di kelas pertama walau pada dasarnya mereka tidak layak. Yang jadi pengawas, anak2 cikgu tak perlu mohon, pasti ada tawaran yg tak diduga walau anak cikgu itu sendiri taknak. Yang bukan anak cikgu, nak jadi pengawas kena mohon then dengan bersungguhnya tunjuk yg kita boleh jadi pengawas walau bukan anak cikgu. Jawatan tertinggi dalam persatuan juga rata2 nya adalah anak cikgu atau ibu ayahnya ada pengaruh. Jarang sekali kalau anak2 cikgu tak ada apa2 jawatan di sekolah.
Post ini bukan untuk merendahkan atau membenci anak2 cikgu atau juga membenci cikgu itu sendiri. Aku yakin, ramai cikgu yg bertimbang rasa dan lebih memilih untuk anak mereka dilayan seperti pelajar lain dan cuba untuk menjadikan hubungan disekolah adalah cikgu pelajar dan bukan ayah anak atau ibu dan anak seperti dirumah. Itu contoh normal situasi disekolah, yang lain pula bagaimana.
Kalau ibu ayah ada jawatan, orang dikenali, layanan juga mesti lain. Sejak dari sekolah kita sudah boleh melihat ketidakadilan ini, maka bagaimana kita nak expect anak2 kita untuk lebih bersikap adil pada hari depan mereka. Anak2 ini akan letak dalam diri mereka bahawa, oh, aku kena jadi someone baru orang akan layan baik, aku mungkin kebal kalau aku adalah penyandang, dan dihujungkan mereka juga akan melayan dan memberi keistimewaan hanya pada dasar jawatan dan title yg dipegang.
Nak pegang jawatan biar dengan cara adil, nak dapat keistimewaan biar kena pada tempatnya, nak ada pengaruh usahalah dengan adil. Aku lebih suka untuk mengenali atau dikenali kerana diri sendiri. Bukan kerana ayahnya siapa, keluarganya bagaimana. Aku berkawan dengan ramai orang yang latar belakang keluarganya berbeza. Dari duduk dirumah kampung yg atapnya bocor ke rumah besar macam istana. Dari anak tukang sapu hingga ke anak dato’ menteri besar.
Dilahirkan sebagai anak siapa adalah takdir yg takkan dapat diubah sampai bila2. Kalau kita berterusan untuk melayan anak2 kita dengan ketidakadilan seperti ini, anak2 yg lahir dalam keluarga yang tak ada apa2 akan mula rasa menyalahkan orang tua, rendah diri dan takut untuk munculkan diri. Jika sudah disekolah rendah mereka sudah dibiasakan dengan ketidakadilan seperti ini, tidak mustahil dihari depan nanti mereka cuba untuk mendapat sesuatu juga dengan cara yg tidak adil samada kerjaya, projek, dan mungkin juga harta.
Confession ini cuma sekadar satu pandangan yang mungkin tak memberi apa-apa keseriusan pada segelintirnya. Sama2 kita ubah mana yg perlu diubah. Thank you guys for your time.
– Kiki
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit