Diskriminasi

Kalau korang rajin atau mungkin dah tengok video, “Why foreigners have difficulty renting in Japan” dalam tu kau boleh baca komen atau video dia sendiri pasal hal diskriminasi ni. Sebelum ni aku menetap hampir 4 tahun dekat Jepun. Jepun ni benda yang paling aku teruja sebenarnya, setiap hari aku akan jumpa benda baru.

Tapi terus terang yang paling aku tak suka orang dekat sini “agak racist” sebenarnya tak jadi masalah. Bagi aku benda ni macam biasa, sebab macam dekat Malaysia sendiri pun benda macam ni memang selalu berlaku. Tapi benda ni jarang berlaku dekat negara Eropah. Setahun aku duduk dekat estonia. Tak ada masalah racist langsung. Tapi bila dekat Jepun dan Korea Utara. Benda ni kadang-kadang agak melampau.

Aku kulit agak gelap, tipikal rupa dan kulit Melayu. Aku duduk dekat Jepun ni study dengan research tentang sistem pendidikan dekat negara luar. Khususnya, negara Maju. Terus terang aku memang kagum tengok sendiri sistem pendidikan negara orang. Selalu juga aku cemburu dan fikir bila Malaysia nak jadi macam ni. Ambik contoh macam mana sekolah ni hampir 80 percent kuasa di tangan pelajar.

Pelajar yang buat keputusan untuk aktiviti, rancang dan buat kajian sendiri serta back up plan untuk setiap program. Cikgu pula cuma sebagai penjaga supaya murid-murid tak melebih batas yang sepatutnya. Banyak perjumpaan sekolah aku datang. Dalam tu 10-20 murid umur baru 16/17/18 yang bincang dan buat keputusan macam orang dewasa. Benda ni memang jarang berlaku dekat Malaysia. Sebab dekat sini kita ada campur tangan cikgu yang akan buat keputusan untuk murid.

Tapi nak pergi dekat satu-satu sekolah tu bukan senang. Bila nak jumpa cikgu atau guru besar ni. Diorang semua setiap kali nampak muka aku semua buat reaksi “meh” padahal aku tak ada masalah bercakap bahasa jepun dengan lancar. Tapi reaksi sekitar tu tiba-tiba berubah. Lalu dekat hall sekolah tu semua murid bergossip pasal orang luar lah. Pernah juga sekali cikgu ni main perli aku. Padahal aku sebelah dia je.

Benda yang paling payah nak cari tempat sewa. Benda ni memang payah. Kau akan jumpa bermacam-macam tuan rumah atau agen yang serta merta reject sebab kau orang luar. Bila bercakap dalam telefon semua tak ada masalah. Tapi bila berjumpa nak bincang lebih lanjut. Masing-masing muka berubah dan terus reject. Kalau kau dapat rumah sewa pun, entah kenapa tuan rumah tu selalu sangat cari kesalahan. Aku biasa memang sibuk siang, malam tu pukul 9-10 baru balik. Biasa balik mandi dan terus tidur.

Tapi esoknya, datang tuan rumah ketuk pintu pagi-pagi cakap ada aduan bising. Aku terangkan bukan aku sebab aku balik pukul 10. Tapi dia tak percaya siap marah aku. Sebab malas nak bergaduh aku pun minta maaf. Jiran-jiran tu jangan cakaplah. Aku cuba nak berborak terus semua lari. Bukan setakat dekat rumah. Kau pergi kedai makan, dalam train nak balik berjalan tu pun orang perhati. Aku pernah duduk se rumah dengan warganegara America. Dia ni kulit gelap, bila aku dengar cerita dia dan reaksi orang ramai. Aku rasa yang situasi aku ni lagi Alhamdulilah berbanding situasi dia.

Aku suka Jepun, culture dia dan teknologi dia. Tapi bila hal rakyat Jepun ni. Aku agak kecewa, benda ni sama berlaku waktu aku pergi Korea Utara. Tapi sebenarnya benda ni pun dekat mana-mana pun terjadi. Tapi bila aku pergi negara-negara Eropah. Aku kagum, tak ada masalah langsung dengan hal diskriminasi ni.

Selain Jepun dan Korea, negara-negara Middle East pun sama. Macam Mesir, Arab saudi, dan lain-lain reaksi orang orang sana pun hampir sama. Mungkin benda ni agak ironi, tapi orang yahudi atau israel yang orang Melayu kita selalu caci dan maki aku rasa kebanyakkan diorang lagi elok dari orang-orang Arab yang lain. Aku harap tak ada lah yang triggered cakap “diorang buat-buat baik” aku duduk dekat Negara Arab ni banyak memori buruk berlaku.

Sedangkan dekat Kaabah yang sepatutnya tempat suci. Ada kes rogol, ada kes cabul dan macam-macam kes tak elok. Dulu aku selalu ingat tempat suci macamtu paling selamat. Tapi sejujurnya, tempat tu tak selamat yang di jangka. Racist ramai, dalam tu berapa ramai yang mencarut. Kadang-kadang kita tak tahu sebab mereka guna bahasa diorang.

Tapi bila kau belajar bahasa lokal kawasan tu. Baru kau tahu masing-masing macam mana. Aku pergi banyak kali. Ramai jumpa orang Malaysia kita beli barang-barang dekat sana. Hampir semua gossip benda lucah. Padahal yang datang tu pakai pakaian tertutup. Selalu juga kalau jumpa orang Malaysia aku datang dan berborak serta bagi beberapa nasihat. Sebenarnya, benda ni bukan baru dah lama lagi terjadi. Dulu orang kampung aku pernah cerita dia dekat sana kena cabul. Padahal umur dah masuk 50. sebelum pergi tu bersemangat. Bila balik dia rasa menyesal, bila laporkan pada orang yang bertugas tak di endahkan langsung.

Cerita macam ni banyak berlaku tapi “di sembunyikan” lagi satu bukan lah aku nak koperasi Arab ke apa. Aku ni dulu pun anggap orang Arab ni “baik” bila jumpa dan kenal meleset! Jauh sangat. Tempat yang aku rasa suci dan selamat bila aku pergi, nampak memang indah. Tapi bila bercampur dengan orangnya habis teruk.

Yang racist, yang diskriminasi dan macam-macam lagi. Macam aku cakap hal macam ni, dekat mana mana berlaku. Walaupun dalam ni aku tulis banyak hal negatif. Tapi dalam masa yang sama masih banyak cerita positif dan memori indah. Mungkin nanti kalau ada masa aku tulis pula benda terbaik dekat setiap negara yang aku pergi.

Cuma aku harap satu hari Malaysia dapat bersaing atau jadi Negara hebat. Kalau berdasarkan sistem dan rekod negara lain, mungkin negara kita nak capai tahap tu mungkin agak lama. Makan masa berpuluh tahun, atau mungkin beratus. Tapi harapnya Malaysia berjaya. Walaupun aku suka pergi dekat negara orang lihat kemajuan dan budaya negara luar. Tapi aku tetap sayang Malaysia.

– Zainal

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *