Sejak kebelakangan ini kita sering dipersembahkan dengan pelbagai isu yang timbul dikalangan keluarga. Tidak kira agama dan bangsa. Tapi isu ni banyak terjadi dalam kaum melayu.
Aku merupakan salah satu netizen yang hidup dalam masyarakat tersebut. Masalah yang sering diperdebatkan oleh netizen adalah masalah tanggungjawab.
Seperti yang kita sedia maklum, seorang lelaki atau perempuan sama ada berstatus bujang, berkahwin, suami, isteri dan lain-lain mempunyai tanggungjawab yang sama.
Tapi isu yang aku nak ketengahkan kali ini adalah terhadnya tanggungjawab yang sama dikalangan kaum bernama lelaki.
Sebenarnya isu ini kalau diperdebatkan antara lelaki atau perempuan memang tak akan ada kesudahan.
Tapi aku yakin netizen sekalian ingin tahu apa masalah utama dan punca utama yang sering dikaitkan. Perkara ini seolah-olah menjadi isi dan kuku dalam seharian masyarakat kita.
Jom kita tengok diskriminasi orang-orang melayu kita.
1. Tidak membenarkan anak lelaki duduk didapur – memasak hanya untuk perempuan?
Sebenarnya dalam zaman yang dah serba canggih ni boleh dikatakan kebanyakkan orang lelaki zaman sekarang yang menjadikan tukang masak sebagai profession.
Tapi masih ada segelintir mak ayah yang berfikiran kolot telah mengajar anak lelaki masing-masing untuk tidak mempunyai kemahiran ini.
Sebenarnya hal ni dah boleh dibuang sebab aku boleh kata beberapa peratus kerja lelaki ada juga diceburi oleh kaum perempuan.
Jadi secara kasarnya orang perempuan kerja dia hanya akan berakhir didapur sahaja walaupun sudah kahwin?
Itu yang wujudnya masalah rumahtangga apabila dapat segelintir kaum lelaki yang bersahaja dan tidak mempunyai kemahiran ini.
Sebab dia telah dilatih sejak kecik untuk tidak mempunyai rasa tanggungjawab. Jadi tidak hairanlah wujud macam2 kisah rumahtangga.
Aku cakap ni bukan untuk menekankan tanggungjawab kaum lelaki sangat2 tapi si isteri pula kalau dapat suami bertanggungjawab jangan pula bersikap pemalas pula yer!
2. Barang-barang peribadi perempuan hanya boleh dibeli oleh kaum perempuan sahaja. Lelaki tak boleh!
Beberapa hari lepas aku telah keluar ke satu kedai farmasi terkenal. Barang terlalu banyak ditangan lalu aku hulurkan 1 pek tuala wanita kepada suami.
“Takpe ke saya suruh awak pegang benda ni?” Jawab suami “Eh takpe lah, boleh je” Lalu suami pun bawa lah merata-rata selagi aku tak habis membeli barang.
Tapi aku perasan orang sekeliling memandang sinis suami aku. Ada tu yang mentertawakan suami aku.
Ok. Kenapa kalau sang lelaki kalau membeli barang-barang peribadi wanita menjadi satu isu yang memalukan untuk diri dia sendiri?
Mungkin lepas ni netizen semua boleh membuka mata luas-luas dan tengok masa hadapan.
Bayangkan satu hari kau akan berkahwin dan bersalin. Tapi dapat pula sang suami yang pemalu tak bertempat dan tak nak membelikan barang peribadi si isteri.
Jadi macam mana? Cukuplah satu contoh aku bagi mungkin netizen boleh tengok sendiri contoh2 yang lain.
3. Status perempuan vs status lelaki – berat sebelah?
Perbezaan status lelaki dan perempuan memang aku boleh kata bagai langit dan bumi.
Lelaki kalau berstatus duda tiada satu penghinaan pun tetapi cuba kau bandingkan perempuan berstatus janda atau balu? Teruk sangat layanan netizen terhadap mereka.
Aku sendiri pernah mengalami keadaan tersebut. Mak aku berstatus balu.
Jiran baru sebelah rumah pada awal perkenalan dengan mak tersangatlah baik dan peramah akan tetapi bila dia tahu status mak aku. Terus layanan dia menjadi hambar dan sombong seolah-olah mak aku nak sangat merampas suami dia.
Tak terkecuali untuk yang bujang terlajak. Kalau si lelaki bujang terlajak, perkataan yang sering keluar dari mulut netizen “Alahh takpe tu kahwin lambat, nak kumpul duit, kerja bagus-bagus tu”
Tapi cuba kau letak perempuan bujang yang terlajak tak kahwin lagi. Agak-agak apa perkataan netizen?
“Eh dia ni jual mahal lah tu! Kerja bagus sangat lelaki takut nak dekat lah tu! Memilih sangat! Nanti kahwin tua-tua susah dapat anak lah!” Dan macam-macam lagi penghinaan yang diterima.
Sedih dan muak sangat dengan perbezaan yang diberikan oleh netizen. Padahal lelaki atau perempuan sama sahaja.
Akibat dari 3 masalah utama ini aku boleh katakan, akan terhasilnya masalah utama yang lagi besar dimasa hadapan.
Cuba kita pikir panjang akan tindakan kita sendiri?
Didikan bermula dari rumah. Didiklah anak-anak supaya mereka tahu tanggungjawab bermula dari usia yang muda. Tidak mengira jantina. Jangan kuat mendiskriminasi tak tentu hala.
Sekian itu sahaja luahan aku.
– Manusia Konkrit (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit