Diskriminasi Terhadap Wanita Hodoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Namaku Kak Limah tiada rupa, berumur lewat 20an, mempunyai fizikal yang rendah, bertubuh badan gempal dan kulit sawo matang.

Bentuk wajahku bulat, mataku kecil, kening berterabur, hidung penyek dan gigi tak tersusun.

Sepanjang hidupku, ke mana saja aku pergi. Pasti orang akan memberi pandangan jijik dan jelik. Terutama sekali lelaki.

Dari kecil hingga kini, aku tidak pernah didekati oleh mana-mana lelaki atas dasar ingin berkenalan.

Jika aku berjalan dengan kawan-kawanku. Pasti lelaki akan lebih tertarik untuk berborak dengan kawan-kawanku berbanding aku.

Selalu juga teman2 lelaki mereka memandang jelik padaku. Dan setiap apa yang aku buat pasti akan dikritik oleh mereka.

Bukan itu sahaja, diskriminasi terhadap rupa yang hodoh juga sering aku terima bila membeli barang.

Pernah sekali aku menunggu hampir setengah jam untuk makanan. Tapi, perempuan cantik yang datang setengah jam kemudian yang dapat dulu.

Selain itu, aku juga selalu dibuli oleh orang sekeliling yang akan point out my insecurity. Gemuk, pendek, hodoh macam fiona dalam filem shrek.

Macam perempuan normal yang lain. Aku juga punya perasaan untuk jatuh cinta. Semasa belajar dulu, aku ada minat seorang lelaki ini.

Punya rupa paras yang kacak, berbadan sasa, kulit putih gebu dan berpenampilan kemas. Aku tak pernah memberitahu isi hatiku kerana aku sedar diri.

Tapi, kawanku tahu bahawa aku sukakan lelaki itu. Kami cuba berkawan dengannya. Dan ternyata dia sukakan kawanku.

Yang menyedihkan, kawanku perli aku waktu itu. Dengan sinis dia berkata nak aku kirimkan salam kat dia tak.

Lelaki itu juga sering memanggil ku monyet. Katanya, rupaku ini seperti monyet. Dan, rasa suka itu bertukar jelik. Rupa dan hatinya tidak seiringan.

Maka aku pun menjarakkan diri dengan lelaki itu dan kawanku itu.

Memang aku tak dapat terima fizikal aku yang hodoh. Aku sangat benci diriku ini. Aku selalu berfikir ingin bunuh diri. Tapi, iman masih ada di dada. Jadi, aku fikir aku wajib menerima anugerah tuhan ini.

Aku cuba untuk sayang diri sendiri dan bina keyakinan diri.

Antaranya, aku lebih mendekati tuhan. Bila tiba je perasaan benci pada diri sendiri. Aku istighfar.

Dan, aku ingatkan diri aku yang dalam dunia ini lebih ramai orang lebih malang dariku. Aku masih sempurna akal dan fizikal.

Selain itu, aku juga banyakkan kemahiran diri. Aku belajar macam-macam untuk buatkan aku rasa aku ini manusia yang berbakat.

Seterusnya, aku layan keluarga dan kawan-kawanku dengan baik. Aku bina semula akhlak2 mulia dan personaliti positif.

Untuk membuatkan hatiku tak terluka. Aku pura2 tak suka berkawan dengan lelaki. Dan tidak bercakap dengan lelaki tanpa urusan penting.

Padahal, aku taknak lagi dihina oleh kaum lelaki.

Cara lain aku buat untuk tidak rasa cemburu dengan kawan yang dapat perhatian lelaki ialah. Aku doakan kawan2 aku bahagia dengan pasangannya. Dan sentiasa hadirkan rasa bahagia untuk diorang.

Alhamdulillah, sekarang aku sayang diri aku. Dan aku terima ujian Allah atas rupaku ini.

Setiap kali aku pandang cermin aku akan kata “aku cantik dan aku kuat”. Aku sekarang mampu redha dengan ujian fizikal ku yang hodoh ini.

Tapi, bila malam menjelma aku tak dapat nafikan perasaan sunyi. Perasaan ingin dikasihi. Tapi, aku fikir aku ni tak layak dicintai. Tak pernah pun ada lelaki yang cintakan aku.

Bukan aku tak pernah confess. Aku pernah mulakan perkenalan dengan seorang lelaki bernama S. Kami pernah bertemu sekali.

Sejak dari pertemuan itu, dia sudah jarang hubungi aku dan berbalas mesej. Saja aku ajak buat kali kedua. Katanya sekali sudah cukup untuk bertemu.

Dia juga mengaku yang dia hanya inginkan wanita cantik. Luluh hatiku sekali lagi.

Hina sangatkah wanita hodoh?

Kisah perkenalan seperti dengan S juga berulang2 dalam pencarianku mencari jodoh. Kebanyakannya, hanya inginkan wanita cantik.

Ya, aku tak percaya cinta akan hadir dalam hidupku. Aku sangat takut dengan perkahwinan. Mampu ke lelaki selain ayahku mencintaiku dengan tulus?

Aku rasa tiada. Aku belum jumpa lelaki yang mampu mencintai perempuan kerana akhlak dan budi. Bukan rupa.

(Disclaimer : aku percaya lelaki tak pandang rupa wujud. Kawan2 ku yang kurang rupa juga punya suami yang sayang mereka. Tapi, aku je belum jumpa)

Aku rasa lelah dalam pencarian ini. Jadi, aku kuburkan saja perasaan ingin bersuami itu dalam2. Cukuplah aku mencintai diriku sahaja.

Buat teman2 di luar sana yang mencari jodoh. Aku doakan korang berjumpa lelaki yang ikhlas mencintai korang tanpa pandang rupa.

Buatku, biarlah aku bahagia sendiri dan aku akan terus berbakti pada keluarga dan masyarakat. Agar aku mampu mengisi kekosongan dalam hati.

Ku cari cinta di ruang yang lain.

Ini sekadar luahan di malam hari. Tiada niat untuk mencari jodoh di sini. Tolong jangan cuba kenenkan ye.

Akhir sekali, saya sangat perlukan kata2 semangat dan dorongan dari semua. Positive words, please.

Sekian….

– Kak Limah tiada rupa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *