Disolusi

Disolusi

Assalamualaikum and hi!

Lama rasanya aku tak menyinggah page iiumc. Aku peminat tegar page ni tp waktu tak mengizinkan aku sejak kebelakangan ni utk jengah page ni. Tp skg aku free dan terbukak pintu hati nak tulis pasal diri aku selepas aku tgk filem Disolusi.

Apa2pun, thanks to iiumc andai cerita aku ni abe2 or akk2 sudi approve utk tatapan umum.

First aku tgk cerita Disolusi ni aku rasa mcm hmm okkk.. Yg family aku yg lain lak dah pening ntah pape jalan cerita sejak ke sini sejak ke sana. Tak tersusun dgn cantik.

But bg aku, aku tertarik. Sebab kisah itu benar wujud. Lagi2 part bila budak laki (lakonan syamsul yusof) time dia kat sekolah tu.

“Cikgu, kenapa daun warna hijau?? Cikgu kena terangkan kat semua org kenapa daun warna hijau bukan warna biru!!”

Tp syg, cikgu tu marah2. Belum lg soalan dia kat ayah dia.

“Kenapa dlm dunia ni ada kaya dan miskin??Kenapa Allah tak bg kita kaya mcm org lajn??”

Budak tu hidup dlm 1001 persoalan. Bila aku tgk, semua family aku hentam aku. Sebab aku dulu begitu. Penuh dgn soalan dan imaginasi yg terlalu tinggi.

Mak aku kata, waktu mengandungkan aku, dia suka dgr surah Ar-Rahman. Kan surah tu banyak kali tanda soal. So bila aku celik2 mata je kt dunia ni, mcm2 soalan aku tanya.

And yesss. Soalan2 tu masih segar bugar kt ingatan aku.

Aku peminat subjek agama no 1 dlm kelas. Markah aku top. Tp sayang… soalan2 yg pelik2 banyak aku ajukan sb aku pun taktau knp aku boleh ajukan soalan mcmtu waktu zaman sekolah rendah.

Waktu belajar pasal kiamat, beriya2 ustazah aku cerita pasal kiamat. Kau faham2 jela budak2 lain bila cikgu mengajar. Angguk geleng gitu. Tp aku excited overload sgt. Soalan aku,

“Ustazah, dunia ni dah pernah kiamat ke? Mcm mana ustazah tau semua tu.”

Ustazah aku just ckp tu semua dlm Quran. Allah yg tulis. Aku tanya lg,

“Macam mana Allah tulis kalau benda tu tak berlaku lg? Maksudnya ni bumi kedua ke selepas kiamat pertama?”

Ustazah aku dah diam semacam. Aku tanya lagi,

“Jadi kat syurga dan neraka tu kenapa dah ada org kalau belum kiamat lg? Kalau ni bumi pertama yg belum kiamat, syurga and neraka mesti takde org lagi.”

And.. ustazah aku mmg tak mampu nk jwb soalan2 budak terlebih petah dan pintar ni. Esoknya, aku dpt warning dr akak2 aku. Dia ckp , cikgu2 sekolah warning supaya aku tak terlalu banyak tanya sampai buat cikgu pening.

Sumpah aku sedih. Aku nk tau. At least terangkan bukan biarkan aku dgn soalan2. Aku stress gila. Rasa mcm soalan aku takde jawapan langsung.

Ok tu lupakan. Soalan seterusnya bila aku tanya, “ustazah, mcm mana nak ckp dgn Allah?” Ustazah aku jwb kalau nak berhubung dgn Allah, jgn lupa 24434. Ni no tel Allah.

Kalau kau, yg over cerdik terlebih minum susu DHA omega plus, kau rasa apa maksud ustazah tu?

Aku balik terus call! Nak ckp dgn Allah. Hampeh. Takde dlm talian no tu.

Esok tu aku bawak lg soalan.

“Ustazah, no smlm tu salah. Cuba bg yg btl. Sy catit.”

Tak ke tercengang2 ustazah tu. Rupanya no dia maksudkan tu ialah solat. Nak berhubung dgn Allah, SOLAT! Aduhh. Jgn berkias dgn aku lah ustazah. Ckp jelah solat. Ni siap bg no tel bagai.

Lepastu, dia ckp nak masuk ke syurga , laluan dia umpama shelai rambut yg dibelah 7 . (Hmm ye kot kalau tak silap). Kalau tak lepas, masuk neraka laa jawabnya.

Aku apa lagi.

“Ustazah!! Kalau rambut pendek mcm mana?? Rambut sy pendek. Kalau potong 7, takde ape dahh tinggal!! Sy mesti masuk neraka!! Huwaaa!!”

Arghh! Bila ingat, aku rasa mcm malu gila gelagat aku tu oii. Aku ni kira mcm budak petah. Mak aku ckp, tumbesaran aku laju drpd adik beradik lain. Aku nmpk lembab serba serbi tp sekali aku tangkap, mmg kaw2.

Aku mmg kuat bercerita ttg apa yg aku baca dan apa yg org ceritakan pd aku ttg agama. Tp yelaa budak2. Cerita tu ada yg merapu. Tp kwn2 yg hayunn layann kan je.

Bila hujan, aku ckp Allah tgh cuci rumah. Bila org pi haji, aku ckp Mekah kt atas langit. Tu naik kapal terbang. Sebab tu tiba2 kapal terbang hilang dlm awan sb dah naik langit ketujuh jumpa Allah. Bila cikgu tanya aku ada berapa mak ayah, aku jwb banyak. Aku sebut smua nama ayah sedara, jiran aku and smuanya. Pelikkan?

Lagi2 bila aku tanya mak aku, “mak, kuntum (nama samaran) lahir dr mana? Keluar kt mana?”

Mak aku lak over confident kata aku turun dr bulan. Beriya aku cerita kat kwn2 ckp aku lahir dr bulan. Mak ayah aku kait. Tu sb adik bradik aku ada sorg capang, sorg jendol sb mak aku silap tarik. Tertarik lebih kt telinga, tu capang dr yg lain.

Mak aku punya kias, lg buat aku pening. Tak memasal sampai skg aku kene tangung malu dgn cerita2 aku.

Bila tgk kematian, org dok kata “Allah syg dia”.

And aku lak kepochii nak tanya jugak. “Allah tak sayang kuntum ke? Nape Allah tak amik kuntum. Tu maksudnya Allah tak syg kuntum kee?”

Bila aku fikir2kan balik, aku rasa nak tergelak. Tp pada masa yg sama, aku rasa sedih. Soalan2 aku dibiarkan soalan sehingga aku besar dan pandai berfikir segala2nya.

Aku bertemu dgn sorg ustazah yg meleraikan segala kekusutan kepala otak aku. Dia kata, nak kenal Allah, kenal sifat2nya sahaja. Kenal yg zahir. Jgn kenal atau nak tau yg batin.

Asalnya aku lg tak faham. Lagi kusut aku. Rupanya ustazah tu maksudnya, nk belajar agama, belajar yg hak. Jgn dok sibuk tanya dan tertanya2 kerja Allah. Segala pujian dan kebesaran milik Allah. Takde siapa mampu mempersoalkannya.

Yg pasal imaginasi terlebih kuat tu, aku nak share pun segan bila ingatkan balik. Biar jela aku share pasal soalan2 pelik aku ni je.

Ok tu je. Aku share sb aku takut kot2 ada mak ayah yg ada anak2 yg terlebih cerdik dan banyak bertanya, tp kalian tersilap sediakan jwpnnya. Bersiap sedialah segala jwpn atas setiap pertanyaannya. Mereka hanya ingin mengetahui dan belajar. Aku tak ada niat nak buat anda jd pening tp ketahuilah, ank yg byk bertanya ni lebih pintar dr yg lain. Bukan nk angkat bakul tp setiap persoalan yg bermain di minda aku, pasti aku akan cuba leraikan sendiri. Mencari solusinya dan jawapan. Maksudnya dia akan berusaha jugak dptkan yg dia nak.

Mmg aku nampak annoying waktu sekolah. Tp alhamdulillah, buruk2 soalan aku, aku pelajar terbaik dr sekolah sampai zaman u. Tp takde dah soalan2 pelik yg aku nak ajukan. Sb aku dah dpt fikir sebaiknya.

Terima kasih ustazah. Terima kasih mak dan abah yg melayan 1 per 1 soalan aku. Banyak aku nk taip.

Kalau cerita aku tersiar, tag la aku ye. Nak jugak baca komen2 baik positif or negatif dr stiap pandangan manusia. Tp apa2pun, terima kasih sudi masuk ke dlm dunia persoalan aku yg menyebabkan korg pun tiba2 tertanya2 sekali.

K assalamualaikum

– Kak Fuh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit