Disondol Suami Bos

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin menceritakan pengalaman saya sendiri, disondol Suami Bos yang saya gelarkan sebagai Jantan Tak Guna (JTG).

Selepas grad, saya mendapat peluang pekerjaan di tempat yang saya intern. Alhamdulillah, rezeki yang baik kerana gaji yang ditawarkan agak lumayan.

Company yang saya kerja ni dimiliki oleh orang Melayu dan diuruskan suami isteri. Puan Bos banyak menguruskan hal ehwal HR dan bahagian accounting manakala encik Bos JTG bahagian2 lain.

Saya bekerja dibawah Puan Bos yang sangat baik. Kalau melalui penampilan, Puan Bos ini sangatlah elegan & cantik.

Kami yang staff ni pun suka lihat Puan Bos setiap kali beliau datang ke office. Beliau mempunyai karakter yang tegas namun sangat bijaksana dan berkarisma.

Flashback sedikit, ketika zaman universiti, saya mempunyai geng yang gila-gila yang mana ketika selepas grad, kami semua belum berkahwin dan group WhatsApp kami diberi nama Single Yang Sendu (SYS). Dalam group kami ada 5 orang 2 lelaki dan 3 perempuan.

2 lelaki ni bukan lembut pun cuma perangai masing2 agak sewel dan bila bercinta asyik putus ditengah jalan. Kami memang saling sokong menyokong antara satu sama lain dan group ni selalu menjadi tempat kami berkongsi masalah.

Kisah disondol ini bermula apabila company semakin berkembang dan bos semakin kaya. Ketika keadaan company semakin stabil, Puan Bos ketika itu disahkan mengandung anak kedua yang mana jarak antara anak pertama dan kandungan kali ini agak jauh.

Puan Bos mengalami morning sickness yang agak teruk dan banyak memantau kerja dari rumah sahaja. Saya memang banyak melapor terus dengan Puan Bos dan berbincang melalui WhatsApp dan email sahaja.

Ketika ini lah Encik Bos JTG ini mula menujukkan kemiangan dan penyakit gatal beliau. Disebabkan Puan Bos hanya menerima report dari saya, jadi saya juga harus berjumpa Encik Bos JTG ini secara bersemuka.

Segala laporan dan dokumen harus melalui perbincangan dengan Encik Bos JTG untuk dibuat keputusan.

Pada permulaannya, saya memang tidak perasan sikap miang JTG ini kerana saya sejenis telus dan beretika ketika berkerja.

Namun, dia mula menghantar WhatsApp ketika diluar waktu kerja dan bertanyakan hal-hal personal. Saya berprinsip, kalau sesuatu perkara itu tidak ‘urgent’, saya tak akan balas mesej tersebut.

Kalau urgent dan berkaitan kerja, saya akan screenshot mesej tersebut, masuk ke email, dan pastikan saya cc ke Puan Bos untuk makluman dia.

Saya mula perasan niat JTG ini apabila dia mula mengajak saya lunch bersama selepas meeting bersama client.

Dia agak memaksa dan menyuruh saya naik kereta bersama. Boleh sahaja kalau nak lunch terus dengan client kenapa mesti nak makan berdua dengan saya.

Saya memang jujur dan menolak terus. Pernah juga saya setuju lunch bersama tapi ketika ada kehadiran orang ketiga atau keempat.

Saya jenis sedar diri dan tak mahu menjadi topik umpatan masyarakat office terutamanya. Banyak kali saya menipu puasa, sedangkan otw balik saya drive thru dan makan siap2 dalam kereta sebelum sampai office.

Perkara menjadi semakin panas apabila saya menerima hadiah dari unknown sender dan dihantar terus ke office. Mana tak kecoh, tiba2 dapat bouquet bunga dan sebentuk cincin.

Biru muka saya sebab kad tu tertulis ‘i love to know you deeper’ -Mr Z. Hantu betul hadiah tu sampai ketika saya sedang meeting bersama JTG dan beberapa orang HOD.

Ketika saya masuk ke bilik mesyuarat semula, JTG tegur saya, ‘boyfriend proposed hantar bunga dengan cincin ke? ‘ dengan senyuman gatal dan sinis.

Saya agak terkedu dan terkejut kerana bagaimana dia boleh tahu apa yang saya dapat sedangkan perkara tu berlaku jauh dari bilik mesyuarat. Hadiah tu memang wasalam saya buang depan tong sampah office biar JTG nampak terus.

Banyak lagi hadiah2 yang dihantar namun sama ada saya bahagi2 sesama officemate atau saya humban ke tong sampah.

Perkara menjadi semakin tak terkawal apabila JTG suka memanggil saya untuk masuk berbincang di bilik beliau.

Beliau suka panggil saya berdiri sebelah beliau untuk tunjukkan screen laptop. Dia punya kebodohan sanggup tak mahu pusingkan screen laptop sedangkan benda tersebut reversible.

Saya memang siap sedia bawak tab masuk dan rujuk dokumen yang sama tanpa perlu berdiri di sisi beliau. Hanya Tuhan yang tahu betapa menyampahnya saya dengan JTG dan berharap agar Puan Bos bersalin cepat.

Officemates juga perasan sikap JTG yang keterlaluan terhadap saya. Namun saya sangat bersyukur kerana akak2 dan rakan office banyak back up saya kerana masing2 tahu perangai saya yang tegas dan menjaga diri.

JTG juga makin kerap WhatsApp saya meluahkan macam2 perkara. Saya cuma baca sekali lalu dan malas ambil pusing kecuali hal2 berkaitan kerja.

Pernah saya terpaksa (dipaksa) stayback oleh JTG kerana ada beberapa dokumen yang perlu dipinda. JTG siap berikan envelope berisi wang tunai sebagai upah saya stayback katanya.

Namun saya paksa 2 orang officemate yang masih bujang teman saya hingga kerja selesai. Mereka dengan rela hati sudi teman kerana saya janji belanja mereka ke Sephora.

JTG terkejut kerana ketika dia mencari saya untuk mengajak dinner, dia tidak menyangka ada 2 orang lagi staff masih ada dan teman saya dibilik sambil mereka buka lagu dan makan megi. 2 orang staff ni memang colleague saya dan jenis gila2 juga perangai.

Berbalik kepada group SYS saya, mereka sentiasa mendengar luahan hati dan kerap beri pendapat bagaimana untuk tangani perangai JTG. Mereka siap stalk siapa JTG dan background dia.

Salah seorang dari group kami kaki clubbing. Saya nama kan dia B.

B ni perempuan dan boleh kata selalu ke club2 yang terkenal. Atas risikan B, rupanya JTG ni selalu ke club dan sering bertukar2 girlfriend.

Banyak juga gambar2 candid JTG ni berpelukan dengan pelbagai jenis perempuan. Dasar buaya!

Kemuncak perangai JTG ni apabila dia merancang untuk mengajak saya berduaan2 di office pada lewat malam. Saya dan 2 orang lelaki dalam group SYS ni (D dan G) akan ada sehari dalam seminggu yang kami sertai kelas Muay Thai.

Kami bertiga selalu carpool sahaja dan selepas kelas kami akan pergi makan bersama. Kebetulan malam hari tersebut, JTG bertalu2 menelefon saya dan memaksa saya datang ke office kerana hanya saya yang boleh amend dokumen tersebut.

Saya yang baru selesai kelas Muay Thai mengajak 2 orang bff saya ke office bersama. Saya maklumkan juga kepada Puan Bos dan turut hantar gambar selfie kami bertiga dan minta izin bawa mereka masuk ke office lewat malam.

Saya tahu sebenarnya dokumen tersebut langsung tiada masalah dan telah diperiksa 3 lapisan dan Puan Bos juga telah memberikan approval.

Ketika sampai di office, kami memang ada terhidu bau harum yang seakan menggoda namun bau peluh kami sendiri lagi pekat dari bauan tersebut.

Sedang saya baru meneliti dokumen2 yang dimaksudkan, JTG telah datang ke bilik saya dengan berpakaian kemeja satin yang terbuka beberapa butang didada. Menggigil tangan saya kerana terperanjat.

D ketika itu ke tandas manakala G pula ke pantry kerana kehausan. JTG dengan langkah umpama ketam menghampiri meja saya dan terus duduk atas meja.

Ayat2 yang ditanyakan juga bunyi merenyam seperti mak ayam sedang mengeram apa pun tak jelas. Ketika JTG mula nak mencapai tangan saya D dan G serentak muncul depan pintu bilik.

Ketika itu memang berubah pucat lesi muka JTG. Suasana ketika itu umpama dalam bilik mayat, sejuk dan menyeramkan.

G dengan pantas terus mencekak leher JTG dan mengangkat penumbuk. Paling mengharukan, kemunculan Puan Bos dan abangnya menyaksikan kejadian tersebut.

Kami terkesima kerana Puan Bos tanpa segan silu menampar JTG di kiri dan kanan pipi. Malam itu menjadi malam yang panjang kerana teruk JTG dihentam (bukan fizikal) sampai pukul 4 pagi.

Si G pula sebab bengang sangat dan terlalu geram, tunjuk semua gambar2 JTG curang di club terus ke Puan Bos. Memang mengamuk besar Puan Bos!

Kejadian tersebut tersimpan antara kami sahaja dan sejak peristiwa tersebut, JTG memang nampak memusuhi saya. Saya tidak terlalu ambil pusing kerana sebelum kejadian lagi saya sudah ada back up plan.

Puan Bos juga telah mula masuk office semula dan keadaan beliau selalu nampak tegang. Saya tahu Puan Bos sangat tertekan apatah lagi beliau baru melahirkan anak.

Saya tidak menunggu lama dan mengeruhkan lagi keadaan. Dengan rela hati saya hantar surat berhenti kerana saya juga telah mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat yang lebih besar dan gaji yang lebih baik.

Walaupun ketika itu saya suka environment office dan officemates yang baik2, sikap durjana JTG telah menyusahkan semua pihak terlibat.

Saya perasan Puan Bos banyak mengelak berjumpa saya namun atas dasar professional, saya berlakon seperti tiada apa2 terjadi.

Hari terakhir saya di situ, saya request mahu bercakap dengan Puan Bos sendirian. Pada awalnya beliau agak keberatan namun ketika waktu pejabat hampir tamat, beliau sendiri turun berjumpa saya dibilik.

Sebaik pintu dibuka, Puan Bos terus menangis memeluk saya. Saya tahu bebanan perasaan beliau sangat berat dan beliau sedang mengalami waktu sukar dalam rumahtangga.

Lama juga kami berborak sehingga saya rasa Puan Bos akhirnya melepaskan saya tanpa menyimpan apa2 dihati.

Selepas saya tinggalkan syarikat tersebut, saya ada juga bertanya khabar kepada Puan Bos dan menghantar hadiah setiap hari lahir beliau.

Saya anggap Puan Bos sebagai mentor dan juga seorang kawan.

Untuk perempuan diluar sana, set kan limit berhubung dengan suami orang. Hatta bos sendiri pun. Pastikan ada orang lain maklum keadaan semasa dan elak keadaan berdua-duaan.

Dan kalau tiada jalan mudah, angkat kaki dari tempat yang membawa fitnah.

Doa semoga Allah tetapkan hati dan mudahkan rezeki ditempat lain.

Usahalah untuk jaga peribadi. Semoga mendapat rezeki yang berkat!

– Senah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *