Assalamualaikum dan hai semua pembaca IIUM Confession. Ini kisah aku 30 tahun dulu…
Dalam kelas, aku gosok pipi perlahan-lahan. Terasa berdenyut dan pijar je. Hampir kebas rasa pipi aku selepas ditampar oleh cikgu Suria.
Umur aku baru lapan tahun masa tu. Ditampar hanya kerana salah mewarna.
Guru Bahasa Inggeris itu ingin aku mewarnakan gambar tersebut warna hitam. Tapi pensel warna hitam aku hilang. Maka aku gunakan pensel HB untuk mewarna.
Sampai di meja guru, cikgu Suria tampar pipi aku sekuat hati. Katanya itu grey, bukan black. Aku tak nangis sebab takut kena marah lagi teruk.
Selang beberapa hari, semasa di kantin, cikgu India bernama Helena memanggil aku.
Dengan skirt biru dan kemeja kolar putih yang lusuh bahagian dalam, ditambah kulit hitam aku sebab berpanas, cikgu Helena memuji aku.
Katanya, aku ni mesti pandai sebab kakak dan abangku pandai. Dia beritahu cikgu Suria, aku ni keluarga susah.
Sebaik terpandang cikgu Suria, aku rasa benci sangat. Masih terasa pipi aku yang pijar ditampar dia beberapa hari dulu.
Katanya cikgu Suria, aku adalah anak murid dia yang pendiam. Yang pasti, aku memang benci sangat cikgu Suria.
Masuk Ramadhan, ada seorang murid lelaki masuk. Dia beritahu guru yang mengajar, cikgu Suria panggil aku. Aduhai…takutnya aku.
Sampai di kelas pemulihan, kelihatan beberapa orang murid yang sedang menunggu sama.
Mula-mula cikgu Suria marah. Katanya kami semua akan dirotan sebab buat kesalahan besar. Rupanya bukan, cikgu suria bagi seorang sekeping sampul duit raya. Terkejut aku.
Sampai kat kelas, terus aku buka sampul. RM10! Wah! Terlalu besar nilai tu untuk budak darjah dua macam aku tahun 80-an. Alhamdulillah…sedekah dari cikgu Suria.
Hari ke hari, cikgu suria selalu hias kelas cantik-cantik. Mengajar B.I all out walaupun kami biasa-biasa. Aku dari tak suka B.I, terus dapat markah yang baik.
Yang paling aku ingat, setiap kali habis kelas P.Jasmani, cikgu Suria ajak kami menari sambil buat kuiz. Dan hampir semua murid-murid dapat hadiah bentuk goodies.
Benda ni kerap sangat-sangat dia buat. Sampai aku terfikir, banyak nya duit dia habis pada kami.
Dan setiap tahun, sampai darjah 6, aku antara yang mesti dapat sedekah jariah dari cikgu Suria.
Teknik nyanyian, quiz dan hadiah merupakan teknik wajib dia semasa mengajar B.I. Menarik bagi aku zaman 80-an tu.
Cikgu Suria, walau dah 30 tahun peristiwa ini, sampai sekarang aku teringat budi baik dia. A
ntara guru yang banyak membantu aku dalam pelajaran matematik dan BI. Antara guru yang banyak ambil tahu tentang masalah kewangan murid.
Aku terfikir, sebab kena tampar agaknya, aku sangat jaga peralatan sekolah anak-anak. Jangan menyusahkan cikgu dan hormat guru walau apa pon masalah melanda.
Ibubapa juga janganlah cepat melatah bila anak dirotan. Mesti ada sebab anak kita dimarah atau dirotan oleh guru.
Terima kasih cikgu Suria. Aku doakan agar Allah sentiasa lindungimu wahai guruku.
– Budak SKBB (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit